BAB 9

599 59 7
                                    

Badannya digerakkan ke kiri dan ke kanan. Namun, tidak berjaya. Rantai yang mengikat dirinya begitu ketat dan berbelit - belit. Sebenarnya itu bukan alasannya yang sebenar. Yang sebenarnya dia sudah kekeringan tenaga. Mujur ada air mineral dan sebungkus roti yang diberi krpadanya setiap hari.

Sampai bila dia hendak begini? Dia sudah penat diperlakukan sedemikian. Mengapa dia dilayan begini? Apakah kesalahan yang telah dibuat sehingga dihukum sebegini sekali?

Krekk...

Pintu besi di hadapannya terbuka dari luar. Dia hanya kaku tidak bergerak. Seorang lelaki berkot hitam dan berkaca mata hitam meluru ke arahnya dan memegang erat kolar belakang bajunya. Dia diangkat dan dibawa keluar dari situ.

Siapa lelaki ini? Di pihak manakah dia menyebelahi? Adakah dia sedang menyelamatkan aku daripada bilik yang penuh menyeksakan tadi?

Namun, sangkaannya jauh meleset. Dirinya hanya dibawa ke suatu lagi bilik yang menempatkan tiga orang lagi yang berantai ketat. Dirinya dilempar ke lantai dan lelaki itu beredar dan mengunci semula pintu masuk dari luar.

"Afiq...kau....kau tak...apa - apa? " Kedengaran suara garau yang lemah berada berhampirannya. Kepalanya terus terangkat.

Kelihatan Imran memandang dengan keadaan mata yang hampir tertutup. Pada mukanya dipenuhi dengan calar dan lebam yang langsung tidak dirawat. Baru disedarinya kehadiran Aisya dan Zackwan di situ. Mengapa mereka semua di sini? Mengapa mereka diculik dan diseksa begini?






"IDENTITY?!!" Jeritan Arif bergema. Imani menutup telinganya agar telinganya tidak rosak akibat daripada jeritan Arif yang agak nyaring.

"Kau ada masalah ke pergi ke sana?" Imani menjadi hairan dengan respon yang diberikan oleh Arif tadi. Pergi Identity sahaja pun, bukan pergi perang!

"Tolong berhenti melawak Imani. Ini sangat - sangat tidak kelakar." Arif mula berasa takut kalau - kalau ada sesiapa yang menunggu kehadirannya di sana untuk menghukumnya.

"Aku mana ada buat lawak. Kau ini apehal? Takkan nak pergi Identity pun takut?" Imani berasa hairan dengan kelakuan Arif yang tiba - tiba berubah. Trauma?

"Manalah tahu, diorang memang tunggu kita di sana. Takkan nak lawan macam tu sahaja?" Arif mulai pening dengan perancangan Imani yang langsung tidak dipandang dari sudut yang tertentu.

"Kalau diorang datang, lawan sahajalah. Nak buat apa lagi?" Imani berkata dengan selambanya dan membuatkan Arif bertambah risau dan gelisah.

"Dengan tangan kosong maksud kau? Jangan nak buat kerja gila! Kita tidak tahu kekuatan mereka. Bahaya!" Arif mula membantah perancangan Imani yang seperti 'aci redah sajalah' itu.

Imani mulai geram. "Sebab itulah kita kena pergi ke Identity. Ambil semua gadget kita kemudian pergi selamatkan mereka. Kalau mereka ada di sana pun, aku sendiri boleh tumbangkan mereka." Dengan penuh riak, Imani menjelaskan perancangannya kepada Arif.

Arif mendengus apabila mendengar perancangan Imani. Ianya merupakan suatu kesengsaran bagi dirinya perlu bersembunyi di belakang Imani seperti insan yang lemah sedangkan dia seorang lelaki manakala Imani hanya seorang perempuan yang langsung tidak kisah dengan penampilan dirinya.

"No, kalau nak lawan, aku akan lawan sekali dengan kau. Aku takkan biarkan maruah aku dipijak oleh seorang perempuan, lebih - lebih lagi perempuan itu kau, Orked Imani Binti Taufiq." Selesai berkata - kata, Arif berjalan lebih laju berbanding Imani dan membuatkan Imani hampir tertawa. 'Ada maruah rupanya, ingatkan pengecut!' Imani hanya bermonolog sendirian.

Setelah tiba di hadapan pintu masuk yang ditempatkan di bepakang sebuah bangunan, Imani memasukkan pin untuk membuka pintu tersebut.

Setelah sampai di HQ Identity, mereka terkejut apabila kedatangan mereka disambut oleh seseorang yang mereka sangat kenal malah hampir seluruh Identity mengagumi dirinya, Ejen Sky.

Secret Identity : ICEBREAKING [BOOK 1]Where stories live. Discover now