BAB 10

715 56 28
                                    


"Nanti!!"

Langkah mereka terhenti apabila jeritan daripada Ejen Zi. Dua buah kapsul diserahkan kepada mereka. Hulurannya tidak disambut malah Ejen Zi dipandang pelik oleh Ejen Arif dan Ejen Imani.

"Untuk apa ni, Zi? " Ejen Imani mula bertanya apabila melihat muka teruja Ejen Zi.

"Gadget baru. Tidak diedarkan lagi. Team Ikram yang buatkan. Aku dah tengok. Gempak gilaa!! Kau pun mesti teruja!" Wajah Ejen Zi semakin bercahaya sambil menceritakan kehebatan gadget tersebut.

"Gadget? Tapi, kami dah ada gadget kami sendiri. Rasanya tak perlu gadget baharu lagi. " Kata - kata Ejen Arif diakui oleh Ejen Imani. Mereka sudah pun selesa dengan gadget masing - masing. Kalau dapat gadget yang baharu, mungkin akan ambil masa untuk menyesuaikan diri dengan gadget tersebut.

"Alaa...janganlah macam ini. Headcore Invent yang minta beri kepada pasukan kau orang dahulu. Dia nak kau rasmikan dahulu. " Ejen Zi tidak berhenti memujuk Ejen Arif dan Ejen Imani untuk menerima gadget tersebut.

Ejen Imani mengeluh malas. "Baiklah...kami ambil. Jadi, yang mana aku punya?" Ejen Imani akhirnya mengalah dengan pujukan Ejen Zi. Lagipun, Headcore Invent sendiri yang minta, takkan dia nak tolak! Itu cari nahas namanya!!!

"Ambil saja yang mana - mana. Semua sama saja. Masih belum ada pemakai yang rasmi lagi." Ejen Zi berkata riang setelah berjaya memujuk Ejen Imani dan Ejen Arif untuk menerimanya.

"Kalau begitu, baik ambil satu saja. Lagipun, kalau sama, kenapa semua kena ada gadget ini?" Ejen Arif mula bertanya. Ejen Imani turut berasa hairan.

"Hehehehehe..." Setelah tertawa sinis, Ejen Zi bertindak menekan butang aktif pada kapsul itu dan melemparkannya ke lantai. Sebuah gadget berbentuk seperti motorsikal mucul bersama sebuah helmet. Cuma, yang ini tiada tayar.

"Perkenalkan, Hovermobil. Mobil yamg mesra alam. Mampu digunakan di pelbagai jenis permukaan. Menggunakan tenaga suria untuk pengecasan. " Ejen Zi dengan bangga menunjukkan gadget tersebut kepada Ejen Imani dam Ejen Arif.

"Hovermobil?" Ejen Arif kelihatan tertarik dengan gadget tersebut.

"Yang kau lebih - lebih ini kenapa? Bukan kau pun yang cipta." Ejen Imani dengan selamba menyindir Ejen Zi yang kelihatan sangat berbangga dengan penciptaanya.

"Alaa...suka hati lah. Jangan hilangkan mood aku, okay!" Ejen Zi mula membuat muncung.

"Lagipun, mobil ini menggunakan magnet sebagai pengganti kepada tayar dan jarak antara landasan dan permukaan bawah mobil sentiasa 50 cm. Mobil ini mempunyai pelbagai mode yamg membolehkan kau gunakan ia di dalam atau di permukaan air dan di udara. Oh, mobil ini juga mampu digunakan dalam keadaan memanjat bangunan dan halangan - halangan yang lain. " Ejen Zi masih lagi teruja menceritakan perihal gadget yang pastinya bukan ciptaannya.

"Ok, aku tahu gadget ini hebat tapi mana handle dia? Macam mana aku nak pegang dia ini?" Ejen Imani masih lagi keliru dengan gadget tersebut.

"Kau nampakkan dua lubang dekat bahagian depan mobil ini, bukan?" Ejen Imani dan Ejen Arif mengangguk bersama.

"Masukkan tangan kau orang ke dalam ini. Untuk pengguna pertama, cap jari korang akan diambil dan mobil ini hanya boleh digunakan oleh pengguna tersebut sahaja. Jadi, dalam ini yang akan menjadi tempat kawalan utama mobil ini. Faham?" Ejen Zi menerangkan tentang gadget itu sekali lagi tetapi kini penuh dengan gaya seorang penjual kereta.

"Tapi...."

Semua memandang ke arah Ejen Arif. Ejen Arif yang seperti ingin bertanya sesuatu tetapi kelihatan serba salah.

Secret Identity : ICEBREAKING [BOOK 1]Where stories live. Discover now