BAB 12

660 56 11
                                    

"Jadi, kau akan kembali sertai kami?" Ejen Aisya bertanya sambil cuba mengambil salah satu mangkuk kaca di atas rak.

"Ya. Kenapa? Ada apa - apa masalah ke?" Ejen Imani hanya menjawab tanpa memandang muka Ejen Aisya kerana masih mengacau lauk lemak cili padi yang baru sahaja dibuatnya tadi.

"Eh, tiada masalah pun. Cuma, kenapa? Apa yang kitorang dah buat...."

"Apa yang korang dah buat adalah satu kesilapan. Kita manusia, what do we need to expect from that? Kesilapan mematangkan kita." Ejen Imani menjawab dan masih tidak memandang Ejen Aisya.

"Langsung tidak seperti yang kami jamgkakan." Ejen Aisya hanya tersenyum. Tangannya masih ligat menghidangkan lauk ke dalam mangkuk.

"Ramai yang cadangkan supaya aku berhenti. Selesaikan saja tugasan yang sudah diserahkan kepada aku " Ejen Imani hanya bersuara dan tersenyum kecil mendengar kata - kata Ejen Aisya.

"Tapi aku tak nak. Apa yang aku boleh buat kalau hanya duduk tanpa buat apa - apa? Lagipun, aku masih nakkan pengalaman lakukan misi secara berkumpulan." Ejen Imani menjawab sedikit perlahan. Api dapur ditutup.

"Tugasan? Tugasan apa?" Ejen Aisya mula hairan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ejen Imani.

"Ermmm...macam mana nak cakap, ya? Aku boleh dikira salah satu orang kanan Headcore A - Bomb rasanya. Tapi ramai yang tak tahu. Dan aku sendiri tak kisah." Ejen Imani membalas bersahaja.

Mendengarkan jawapan Ejen Imani, mulut Ejen Aisya terlopong dan matanya membulat. Hampir - hampir sahaja mangkuk di tangannya jatuh.

"Kau...juga orang kanan Headcore A - Bomb?" Ejen Aisya terus kaku.

"Aku sudah lama simpan hal ini. Jadi, aku harap perkara ini habis dalam ini saja. Nanti aku bagitahu yang lain. Kalau boleh, aku tak nak semua tahu." Ejen Imani hanya tersengih sumbing di hadapan Ejen Aisya.

"Sejak bila kau dilantik? Sebelum atau kau kenal dengan kitorang?" Ejen Aisya mulai tertanya - tanya tentang tempoh penglibatan Ejen Imani dalam Identity.

"Sejak aku 5 tahun rasanya. Tapi, aku mula jadi orang kanan Headcore A - Bomb masa aku umur 6 tahun." Ejen Imani hanya menjawab ringkas membuatkan Ejen Aisya lebih terkejut.

"Jadi, sebelum kau kenal kitorang lagi?" Ejen Imani hanya mengangguk tanda mengiakannya.

"Banyak lagi yang korang tidak tahu. Aku sendiri tak pasti perlu atau tidak pecahkan semuanya pada korang. Lihat saja apa yang berlaku baru - baru ini." Ejen Imani mengeluh sambil tangannya giat mencedokkan nasi ke dalam sebuah mangkuk kaca.

"Tak apa. Ambil masa kau. Lagipun, kitorang akan sentiasa ada untuk kau." Ejen Aisya bersuara sambil menumbuk lembut bahu Ejen Imani membuatkan gadis tersebut tersenyum.

Tiba - tiba, sesuatu datang ke dalam fikirannya. Sesuatu perkara yang sebenarnya dari tadi agak menganggu mindanya. Ejen Imani mengeluh perlahan sebelum bersuara.

"Boleh aku nak tanya?" Ejen Imani bertanya perlahan. Tidak mahu mereka yang berada di luar mendemgarnya.

"Pasal apa? Kalau aku boleh jawab, aku jawab. Terpulang atas soalan kau." Ejen Aisya sedikit hairan melihat Ejen Imani yang bagaikan terganggu.

"Pasal Arif." Mendengar jawapan Ejen Imani, Ejen Aisya terus tersengih.

"Eh, ada apa - apa ke ini?" Ejen Aisya mula mengusik Ejen Imani. Muka Ejen Imani mulai merah.

"Ma...mana ada apa - apa. Cu...cuma nak tanya pasal seseorang yang Arif kenal." Ejen Imani mengelak daripada bertembung dengan anak mata Ejen Aisya yang galak mengusiknya.

Secret Identity : ICEBREAKING [BOOK 1]Where stories live. Discover now