BAB 7

664 62 3
                                    

Arif hanya terdiam. Sudah seminggu Imani keluar daripada Identity. Selama itu juga dia sudah tidak bertemu dengan Imani. Mungkin sudah berpindah tetapi daripada apa yang dia terdengar daripada perbualan guru – guru yang bercerita tentang hal Imani yang dikatakan mula menjadi pendiam dan kurang tersenyum.

Apa masalah dia sebenarnya? Sungguh Arif berasa begitu hairan dengan hal Imani sebagai Auni yang dikenalinya begitu periang dan bersemangat dalam semua perkara yang dia lakukan. Cuma mungkin kini dia menjadi pendiam kerana mereka tidak mengecamnya membuatkan dia terasa kekok dan tidak selesa bersama mereka.

Lamunannya terhenti apabila jamnya yang diubah suai oleh Agensi Identity membuat panggilan kepadanya  agar dia segera melaporkan diri di sana. Tanpa berlengah lagi Arif segera membuat langkah ke salh satu pintu rahsia Identity yang telah tersedia tidak jauh dari situ.








" Tahniah kerana berjaya menyelesaikan misi ini. Sekarang kamu boleh balik dan berehat. " Komander Kumar hilang di monitor. Semua menghela nafas lega dan mula mengemas barang mereka untuk pulang ke kediaman masing - masing.

" Eh, mana Ejen Afiq? " Ejen Zackwan bertanya. Ejen Afiq tidak hadir bersama ketika taklimat untuk misi.

" Entah, aku tak nampak pun dari tadi. Ke mana pulak perginya dia ni? " Ejen Aisya mulai hairan dengan ketidakhadiran Ejen Afiq.

" Tidak hadir semasa sesi taklimat merupakan kesalahan yang besar dalam agensi ini. Komander sendiri kelihatan menahan perasaan marahnya. Nanti masing - masing cuba hubungi Ejen Afiq. " Ejen Imran mengeluarkan pendapatnya menyebabkan semua berasa susah hati.

" Kau pulak ada jumpa Ejen Imani? " Pertanyaan Ejen Zackwan mengundang resah Ejen Arif. Perlahan – perlahan dia menggeleng menyebabkan rakannya yang lain mula berasa susah hati.

" Dia macam dah tak wujud dalam sekolah itu. Aku tak tahu sama ada dia dah pindah atau masih bersekolah di situ. " Ejen Arif berasa serba salah kerana tidak lebih peka dengan keadaan persekitaraannya. Dia sendiri sudah cuba mencari Ejen Imani di sekolah tetapi Ejen Imani bagaikan tahu sahaja di mana dia berada dan mengelak dari bertembung dengannya.

" Tak menghairankan yang kau tak terserempak dengannya. Sekolah kau pun boleh tahan juga luas dia. " Ejen Imran cuba menaikkan semangat Ejen Arif yang kelihatan bersalah kerana menghampakan mereka semua.

" Lagipun kita tengah bercakap tentang Ejen Imani sekarang ini. Kita pun dah kenal dia macam mana, kan? Setakat nak mengelak daripada berjumpa dengan kita merupakan perkara yang senang bagi dia. " Ejen Zackawan turut memberi pendapat untuk menyenangkan Ejen Arif. Ejen Arif hanya menunduk cuba mengiakan kata - kata mereka.







" Apa yang kau buat ni, Fasya?!!! " Imani mula menempelaknya. Gambar Ejen Afiq yang sedang dirantai berjaya membuatkan dia begitu takut kini kerana perkara inilah yang paling dia cuba hindari selama ini.

" Inilah apa yang kau nak, bukan? Serahkan kepada aku kajian itu dan aku akan lepaskan kawan – kawan kau. Aku pasti kau pun tak nak mereka terlibatkan? " Fasya tersenyum sinis.

" Kau dah melampau Fasya! " Imani menahan amarahnya.

" Hahaha...melampau? Kau yang paksa aku, Imani.  Hand over the research and we're done! " Fasya mula berlalu dari situ tanpa mengendahkan Imani yang menyimpan keinginan untuk membunuhnya.

Bukk!!!

Sebuah kedai usang telah hancur salah satu dindingnya akibat menerima tumbukan amarah daripada Imani. Matanya mencerlung tajam melihat Fasya yang dari jauh tersenyum sinis memandangnya.

Dia mulai panik. Sekarang Fasha, kemudian Amir. Tapi, dia lebih risau tentang serangan daripada Amir nanti. Jika ahli pasukannya tahu tentang Amir pasti sejarah silamnya akan terbongkar sekali.

Secret Identity : ICEBREAKING [BOOK 1]Where stories live. Discover now