BAB 8

582 64 3
                                    

Arif mula berasa kekok dengan situasi yang mereka sedang hadapi sekarang ini. Dia hanya mengikuti ke mana sahaja Imani pergi walaupun Imani sendiri langsung tidak menyuruhnya. Tiba – tiba, Imani berhenti dan mula membuka telefonnya. Dia berpaling memandang Arif.

" Kenapa kau ikut aku? " Mukanya tidak beriak memandang Arif. Nadanya yang dingin membuatkan Arif semakin trauma dengan kejadian yang berlaku hari ini.

Gulp! Arif mula gelabah. Dia cuba untuk tidak menunjukkan muka paniknya ketika itu. Nafasnya ditarik dan dihembus untuk menenangkan dirinya.

" Aku rasa ... lebih selamat kalau ikut kau. Lagipun, berpasukan lebih baik daripada bersendirian." Arif hanya menunduk. Tidak sanggup untuk memandang Imani yang merenungnya tajam. Tiba – tiba, kedengaran tawa terletus daripada seseorang.

Arif hairan melihat Imani yang tergelak sakan sambil memegang perutnya. Sampai berair mata ketawa. Arif mula mengecilkan matanya sambil memandang Imani. Dia buat lawakkah tadi? Aii...dah lebih perempuan ini.

" Apa yang kelakar sangat? " Arif mulai berang. Sedikit terasa apabila ditertawakan hingga Imani sendiri seperti hampir putus nafas ketawakannya. Dia mula tidak senang dengan kerenah Imani yang baginya mampu bertukar mengikut keadaan.

Air matanya diseka dengan hujung jari. " Kau lah. Aku tak sangka alasan itu yang kau beri pada aku. Lebih selamat kalau terus bersama aku? Aku adalah orang yang kau sepatutnya jauhi mulai dari sekarang. " Imani mula bergerak menjauhinya.

Bagaikan baru tersedar, Arif terus mengejar Imani. " Apa maksud kau? Aku patut jauhi kau? Tapi kenapa? Kenapa kau masuk Identity kemudian tak sampai setahun kau keluar? Kenapa kau tak dedahkan diri kau yang sebenarnya? Kenapa sekarang kau mengelak dari kami? Kenapa kau terlalu berahsia Imani? Kenapa? " Separuh menjerit Arif meluahkan semua yang berbuku di hatinya. Dia mahu semua persoalan mereka terjawab hari ini, saat ini juga!

Imani berpaling. Melihat Arif yang memandangnya dengan penuh harapan membuatkan dia berdecit. Sungguh, dia benar – benar menyesal berkenalan dengan mereka. Dia menyesal menabur janji – janji palsu kepada mereka. Jika ini yang terjadi, pasti dia tidak akan menerima pelawaan Komander Kumar untuk menyertai Identity semula.

" Betul kau nak tahu? " Pertanyaan Imani membuatkan Arif memalingkan mukanya memandang Imani.

" Mestilah. Setiap hari, kau dijadikan topik utama pebincangan kami. File tentang kau yang disimpan dalam file agent Identity langsung tak menyamai dengan status sebenar kau. " Arif berkata sambil cuba untuk mengumpul kembali kesemua petunjuk yang mereka perolehi sebelum ini.

" Kau hack sistem agensi? Kau tahukan apa akibatnya jika pihak Headcore dapat mengetahui tentang perkara ini." Imani bagaikan tidak percaya dengan kegigihan mereka untuk membongkar identit dirinya yang selama ini tersimpan rapi olehnya.

" Ya, aku tahu. Tapi, kami terlalu terdesak mahukan maklumat sehingga kami ambil keputusan untuk hack sistem agensi. Siapa suruh kau jadi terlalu misteri? Kau bukannya tak tahu sifat ingin tahu kami sangat tinggi. Kami akan buat apa sahaja agar kami dapat jawapan kepada persoalan kami. " Dengan panjang lebar, Arif cuba mempertahankan tindakannya yang menceroboh sistem agensi walaupun dia sebenarnya berasa sangat takut jika tindakannya telah diketahui oleh pihak Headcore.

" Aku buat macam tu dengan sebab aku tersendiri. Lagipun, bukan Fasha sahaja yang kita perlu risaukan sekarang ini. Ramai lagi yang akan datang jika mereka tahu tentang kajian tersebut." Imani mengeluh malas apabila teringat akan beban yang digalas sejak dia masih berumur 5 tahun.

" Kau tak perlu pun tanggung semuanya seorang - seorang." Arif memandang Imani dan Imani membalas pandangannya.

" Kau...masih boleh mempercayai aku." Arif tidak berputus asa memujuk Imani memberitahu masalahnya.

" Betul? Aku boleh percayakan kau?" Imani bagaikan ingin memberitahu rahsianya kepada Arif dan ianya membuatkan Arif berasa ingin lebih tahu.

" Pastilah!" Arif menambahkan keyakinan Imani terhadapnya.

" Tidak perlu terlalu teruja. Aku takkan melibatkan korang semua dalam masalah aku. Jadi, berhenti berangan, Arif. " Arif kembali hampa apabila mendengar jawapan daripada Imani.

Tiba - tiba, Imani berhenti melangkah. Arif semakin hairan apabila mendengar Imani mengeluh sebelum berpaling ke arahnya.

" Betul, aku boleh percayakan kau?" Persoalan Imani mengejutkan Arif. Pantas, Arif mengangguk laju.

" Kau tahu, selama ini aku sangat percayakan Zi dengan Zack serta Barisan Headcore. Tapi, aku juga harap aku ada seseorang yang aku boleh percaya dalam pasukan aku." Kata - kata Imani membuatkan kehairanan Arf semakin menambah.

" Sekejap, bagaimana kau kenal Ejen Zi dengan Ejen Zack? Bukan ke kau baru lagi masuk ke dalam Identity? Tak...tak mungkin kau boleh kenal diorang dengan jarak masa yang sangat sekejap. Lagipun, mereka itu bukan calang - calang orang. Mereka itu..." Kata - kata Arif disampuk oleh Imani.

" Orang kanan Headcore A - Bomb? Ya, aku tahu tentang itu." Respon yang dia perolehi daripada Imani sangat mengejutkannya.

" Macam mana kau boleh tahu..." Imani mengangkat bahunya membalas pertanyaan Arif tetapi maksud yang tersirat daripada jawapan itu sangat difahami oleh Arif sendiri.

" Kau...kau dah lama sertai Identity, bukan? " Pertanyaan Arif masih dibalah dengan jongketan bahu oleh Imani.

" Macam mana langsung tiada rekod tentang aktiviti kau di Identity?" Pertanyaan Arif kali ini tidak dibalas dengan bahu Imani lagi.

" Kau cari dalam fail ' EJEN ORKED IMANI ', bukan?  Dari core A - Bomb? " Pertanyaan Imani pula kini dibalas dengan aggukan oleh Arif.

" Itu hanya suatu fail yang direka hanya untuk menipu ejen yang menyibuk macam kau ini." Jari telunjuknya kemudian dihalakan ke arah muka Arif.

" A...aku?" Arif sedikit terkujut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Imani sebentar tadi.

" Ya, sebenarnya Barisan Headcore sudah dapat mengagak yang kamu semua akan hack sistem agensi nanti untuk maklumat tentang aku. Tapi, fail sebenar aku bukan yang itu. Fail itu lebih sulit daripada fail ejen - ejen yang lain." Arif menjadi lebih terkejut apabila mengetahui bahawa Headcore sudah pun tahu tentangnya. Dia mulai risau tindakan yang akan dikenakan ke atasnya.

" Jadi, apa yang mereka akan buat dengan aku nanti? Adakah aku akan dibuang daripada Identity? Aku..." Arif menjadi takut apabila memikirkan tindakan yang akan dikenakan ke atasnya nanti.

"Hey, janganlah risau. Barisan Headcore sangat berterima kasih dengan kau kerana kau dapat tunjukkan kelemahan sistem Identity. Kalau kau masih boleh ceroboh ke dalam sistem, tolong beritahu aku. Nanti aku akan inform kepada Barisan Headcore tentang hal ini. "Kata - kata Imani membuatkan Arif berasa hairan. Mengapa Barisan Headcore tidak akan mengambil apa - apa tindakan?

" Kau pasti? "Arif bertanya bagi memastikan apa yang didengarinya tadi adalah benar.

Anggukan Imani masih lagi membuatkan dia berasa ragu - ragu. Namun, dia hanya abaikannya dan akan memikirkannya selepas menyelamatkan kawan - kawannya terlebih dahulu.

" Lain kali. Cubalah buat lagi. Kali ini aku tak pasti apa respon mereka dengan tindakan kau. " Imani bagaikan memberi ugutan kepada Arif agar tidak lagi mengulangi tindakannya yang dianggap tidak beretika sebagai seorang ejen Identity.

Arjf hanya menelan air liurnya yang kini terasa sedikit pahit daripada biasa.

"Tapi, sekarang ini kita hendak ke mana? " Arif mulai bertanya apabila mula mengetahui jalan yang sedang dilaluinya bukan jalan yang dia sendiri dapat kenal pasti. Arif mulai berasa risau.

" Tak mungkin kita akan pergi serang markas diorang dengan tangan kosong. Kita perlukan beberapa senjata untuk dibawa bersama nanti. " Imani kelihatan sangat yakin dengan langkah kakinya yang langsung tidak terundur ke belakang ataupun terhenti akibat ragu - ragu.

"Jadi, kita hendak ke mana sebenarnya sekarang ini? " Arif mulai mendesak Imani supaya memberitahu destinasi perjalanan mereka ini.

" Kita akan ke Identity. "

Secret Identity : ICEBREAKING [BOOK 1]Where stories live. Discover now