BAB 3

843 75 49
                                    

Ting!!

Pintu bilik kawalan terbuka kelihatan ejen – ejen yang lain sudah lama berada di situ. Mereka hanya memandang Imani yang hanya selamba masuk ke dalam.

" Aku tak suka lah dia ni... " Ejen Aisya mula merungut. Masing – masing turut pening bagaimana ingin membuatkan Imani keluar dari pasukan mereka.

" Kita tengok dulu macam mana dia selesaikan misi, lepas itu kita buat keputusan, okay? Lagipun kali ini Komander Kumar berkeras untuk kita terima dia sebagai salah seorang ahli kumpulan kita." Ejen Afiq memberi cadangan. Mereka saling berpandangan setelah mendengar cadangan Afiq.

" Kalau dia terlalu bagus, macam mana? Mesti dah tiada alasan untuk kita singkirkan dia." Ejen Zackwan mula membuat andaian yang menyedarkan mereka tentang hakikat yang mereka sendiri tidak mampu hadapi.

" Kalau begitu, by hook or by crook, kita kena cari juga cara untuk singkirkan dia. Sekurang - kurangnya, biar dia dipindahkan ke kumpulan yang lain atau apa sahaja yang akan mengosongkan kembali tempat Ejen A - Bomb dalam kumpulan kita ini." Ejen Aisya selaku ejen yang memegang core 'Ace'  yang berperanan sebagai masterplanner dalam sesebuah kumpulan mula memberikan idea untuk menunaikan janji mereka yang termeterai lama dahulu.

Setiap core yang diwujudkan di dalam Identity mempunyai fungsi dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Core Hacker mempunyai kelebihan untuk memanipulasikan fikiran seseorang dan menyesuaikaan diri dalam apa jua keadaan.

Bagi core Armor pula mestilah pandai berlawan dan mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental yang kuat kerana mereka merupakan perisai dan barisan pertahanan pertama kepada ahli ejen yang lain.

Core Invent pula mahir tentang teknologi dan berfikiran kreatif dan inovatif. Ejen Invent merupakan ejen yang bertanggungjawab mencipta pelbagai gadget yang berguna untuk ahli ejen dan seluruh agensi.

Kesemua ini merupakan main core yang perlu ada dalam sesebuah kumpulan. Terdapat 4 lagi core yang dikategorikan sebagai minor core dalam agensi tersebut.Hehehehe....

Antaranya ialah A - Bomb iaitu ketua dalam kumpulan minor core. Ejen ini mempunyai kemahiran dalam mencipta, mematikan dan menghidupkan kembali sesebuah bom.

Core Double - A atau agent assistant merupakan pembantu kepada para ejen yang lain dan antara core yang dianggap unik kerana ejen daripada core ini direkrut kerana mengetahui tentang kewujudan Agensi Identity tanpa sengaja dan agensi tidak boleh memadamkan memori tentang agensi atas sebab - sebab tertentu. Seorang Double - A perlu mempunyai asas dalam semua main core dan core ejen yang dijaganya. Namun, hampir semua Headcore perlu mempunyai seorang Double - A.

Bagi core Medic, core ini tidak terlalu banyak dalam sesebuah kumpulan kerana kebanyakan ejen dari core ini kebanyakannya bertugas di pusat rawatan iaitu Identity Medical Centre atau singkatannya IMC.

Core yang terakhir ialah core A - Cid iaitu core yang berkemampuan dalam bidang radioaktif dan radionuklear serta  pandai dalam tindak balas kimia.

Semua core yang diwujudkan bertujuan untuk menambahkan kecekapan keberkesanan perkhidmatan agensi Identity sebagai salah satu pertahanan negara. Namun, keberkesanan ini akan tetap menurun jika tiada kerjasama dalam ahli sepasukan. Kita tengok sajalah nanti macam mana kesudahan kumpulan diorang ini, okay? Canteekkk...


Kelihatan seorang remaja lelaki menumpukan sepenuh fokus terhadap pelbagai komputer di hadapannya. Setelah menjumpai apa yang dikehendakinya, dia tersenyum jahat.

" Dengan ini, aku dapat cari cip yang kau sorok daripada aku , Orked Imani Binti Taufiq." Pemuda itu tersenyum melihat titik merah yang sentiasa bergerak di dalam monitor di hadapannya. Tiba – tiba ingatan melayang kepada arwah ayahnya yang telah lama meninggalkannya.

Secret Identity : ICEBREAKING [BOOK 1]Where stories live. Discover now