BAB 4

723 70 6
                                    

" Jadi macam tu lah nampaknya. " Semua mengangguk setelah mendengar maklumat yang Ejen Arif perolehi.

" Jadi, besar kemungkinan juga ayah dia masukkan dia ke sini untuk jadikan dia lebih kuat untuk membela diri. Yalah, selalunya anak orang kaya kan banyak orang iri hati. "  Ejen Zackwan mula memberi pendapatnya melalui maklumat yang diterima daripada Ejen Arif.

" Ada kemungkinan juga. Tapi, kenapa A- bomb? Kenapa bukan Armor? " Ejen Aisya setuju dengan kata – kata Ejen Zackwan tetapi berasa hairan dengan core yang Ejen Imani perolehi. Core Armor lebih sesuai jika keluarga Ejen Imani ingin dirinya dapat melindungi dirinya sendiri.

Keadaan menjadi sepi apabila masing – masing memikirkan tentang latar belakang Ejen Imani. Ejen Arif mengeluh. Terdapat sesuatu yang mengganggu fikirannya sedari tadi.

" Aku dah godam sistem maklumat Identity sebenarnya. " Kata – kata Ejen Arif membuatkan semua menjadi teruja.

" Jadi, apa hasilnya? " Ejen Imran mula berasa ingin tahu dengan maklumat yang bakal diketahui oleh mereka.

" Rupa – rupanya dulu, Imani juga pernah menyertai ISaAc. Tapi, rekodnya sepanjang penglibatannya semasa disana kosong. " Ejen Arif mula berasa curiga dengan kemunculan Ejen Imani di Identity.

" Tapi, komander kenalkan kepada kita sebagai ejen istimewa. Bukan ejen yang dilatih di ISaAC. Ada sesuatu yang tidak kena Ini. " Ejen Afiq mula menyatakan pandangannya.

"Apa sebenarnya disembunyikan oleh budak ni? Kenapa kumpulan kita yang dipilih untuk menerima dia sebagai Ejen A- Bomb? Itulah persoalan yang kita perlu cari jawapannya, sendirian! Tanpa pengetahuan mana - mana ejen lain, lebih - lebih lagi Komander Kumar." Ejen Aisya kelihatan nekad menyebabkan ejen - ejen yang lain turut bersemangat.

Perbincangan mereka terhenti apabila Ejen Imani masuk ke arena latihan simulasi itu. Seperti biasa Ejen Imani hanya akan duduk di suatu sudut dan berdiam diri. Ejen Arif mula memberanikan diri berjalan ke arahnya.

" Arif! Apa yang kau nak buat ini? Memanglah aku bagi semangat! Tapi, bukan sekarang waktunya!" Ejen Aisya sedikit menjerit namun, tidak memberi kesan kepada Ejen Arif. Ejen Imani yang mula perasan akan Ejen Arif berjalan ke arahnya hanya tersenyum nipis.

Kerusi di hadapannya ditarik. Buku nota serta sebatang pen dikeluarkan dari poketnya. Penutup pen dibuka dan buku nota diselak ke halaman yang masih kosong. Melihat Ejen Imani yang hanya tersenyum dan memandangnya membuatkan dia sedikit gugup.

" Boleh kalau saya nak temu bual kamu sedikit? " Ayat Ejen Arif yang kedengaran sedikit formal membuatkan Ejen Imani pula yang menjadi gugup namun dia tetap mengangguk, membenarkan Ejen Arif meneruskan tugasnya.

" Bila pertama kali kamu berurusan dengan pihak Identity? " Ejen Imani tersenyum nipis apabila mendengar akan soalan itu. Alah, soalan klise...

" Dalam dua atau sebulan yang lalu, bukan? Saya ini ejen tanpa kelulusan sah dari pihak ISaAc." Ejen Arif memandang Ejen Imani tajam apabila mendengar jawapan Ejen Imani. Bibirnya tersenyum senget.

"Baik. Kenapa kamu masuk ke sini? Menjadi salah seorang rekrut disini? " Ejen Arif dapat menghidu tindakan Ejen Imani menutup sejarah hidupnya. Dia yakin pihak Identity serta Komander Kumar terlibat dengan rancangan ini. Baru dia menyedari betapa liciknya gadis di hadapannya menyimpan rahsia dan memanipulasikan fikiran seseorang.

"Entah. Dapat tawaran ke sini, nampak menarik. Jadi, saya pun terus melaporkan diri." Sejujurnya dia mahu temu bual ini dihabiskan secepat yang mungkin. Dia mulai bimbang dengan serangan mulut daripada Ejen Arif. Apatah lagi Ejen Arif merupakan salah seorang ejen terbaik bagi core Hacker. Dia takut tanpa sedar, dia akan membongkarkan identitinya tanpa sedar!

'Nampak menarik? Ya, sangat menarik, Ejen Imani.' Ejen Arif hanya bermonolog sendirian sambil memandang ke arah Ejen Imani.

"Bukan untuk keselamatan kamu?" Ejen Imani menjadi hairan dengan kenyataan yag baru sahaja dikeluarkan oleh Ejen Arif.

"Maksudnya? Boleh terangkan dengan lebih lanjut?"

"Yalah, tak payah upah bodyguard. Jimat duit. Eh, dengar cerita business keluarga kamu tengah nak jatuh sekarang, bukan? Tak sangkalah pula kan." Ejen Arif sengaja menyimbah minyak kepada Ejen Imani yang kelihatan merah padam apabila dikatakan begitu.

"Mulut itu, baik – baik sedikit, eh. Ok sahaja. Mana ada masalah. Kamu sahaja yang mendengar berita tanpa usul periksa." Suara Ejen Imani naik seoktaf. Sekali lagi dihina keluarganya, memang lunyai Ejen Arif dikerjakannya.

" Eh, tapi bukan Specific Holdings tengah berhutang banyak ke? Saya dengar, bangunan tu dah kena sita dah. Dengan syarikat ayah aku pun kau orang ada berhutang juga, bukan? Lebih bagus kalau kau berhutang dengan kami daripada berhutang dengan Ah Long, bukan? Hmm...satu langkah yang agak bijak bagi aku. Bagaimana dengan pendapat kau, Ejen Orked Imani? " Ejen Arif gembira melihat Ejen Imani yang mula menggigil menahan amarah.

Dia kalau boleh tidak mahu menggunakan kekerasan tetapi mengenangkan semua kata - kata hinaan yang diterima terhadap keluarganya yang membesarnya dari kecil, dia sudah mengabaikan arahan abinya tentang menggunakan keistimewaannya ke arah yang salah.

" Ini kau yang minta. "

" Hah? " Ejen Arif menjadi keliru mendengar kata - kata Ejen Imani. Tapi cuma seketika.

Buk !!

Buku lima Ejen Imani singgah di pipi kanan Ejen Arif membuatkan Ejen Arif rebah ke kiri. Sebelum Ejen Arif rebah ke lantai, Ejen Imani sempat menendang perut Ejen Arif. Ejen Zackwan, Ejen Imran, Ejen Aisya dan Ejen Afiq yang melihat keadaan itu, terus meluru ke arah Ejen Arif yang tidak bergerak. Ejen Imani sudah menghilangkan diri.

" Arif ... Arif .... " Pipi Ejen Arif ditampar perlahan. Kelihatan bibirnya pecah dan pipinya yang mula membiru.

" Dahsyatlah budak tu. Sekali tumbuk dah KO? " Ejen Zackwan mulai hairan dengan kekuatan Ejen Imani. Baginya Ejen Imani bukan begitu. Gadis itu kelihatan sungguh naif dan lurus. Semua kata – kata mereka diikutinya. Ataupun, ianya hanya lakonan semata - mata? Tanpa mengaitkan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia?

Tak lama selepas itu, muncul Komander Kumar di monitor. Beliau hairan melihat keadaan ejen – ejennya yang kelihatan dalam keadaan mencurigakan. Apabila melihat Ejen Arif yang cedera dan tidak sedarkan diri, dia kini mulai faham dengan keadaan itu.

" Hantarkan Ejen Arif ke IMC dalam kadar segera. " Arahan yang kedengaran agak tegas itu menyentakkan mereka semua. Tanpa bertanya apa – apa, Ejen Imran terus memapah Ejen Arif ke IMC.

" Mungkin Komander akan terkejut kalau saya beritahu bahawa... " Tanpa sempat menyambung kata – katanya, komander pantas memotong.

"Ejen Imani yang lakukannya? Bukan perkara yang luar biasa." Jawapan Komander Kumar mengejutkan mereka semua yang masih berada di situ.

" Jadi, Komander pun tahu pasal ni? " Perlahan – lahan Komander Kumar mengangguk mengiakan kata – kata Ejen Afiq sebentar tadi.

" Hurmm...tapi di mana Ejen Imani? " Masing – masing mula menggarukan kepala masing - masing. Apabila Komander Kumar melihat pergerakan anak buahnya itu, dia mulai risau.

"Cari dia sampai dapat!! Kalau dia hilang, habis agensi kita! " Kata – kata yang berbaur tegas itu mendapat respon yang positif daripada mereka.

Ejen Afiq dan Ejen Aisya segera berlari keluar dari bilik latihan sambil diperhatikan oleh Komander Kumar dari monitor.

Manakala, Ejen Zackwan dan Ejen Imran memapah Ejen Arif ke IMC (Identity Medical Centre).

"Memang ada perkara yang tak kena, kan tengah terjadi sekarang?" Ejen Zackwan bertanya sambil memandang Ejen Imran.

"Iya. Dan kita sendiri akan bongkarkan hal itu." Ejen Imran berkata tekad.

Perjalanan mereka ke IMC diteruskan.

Secret Identity : ICEBREAKING [BOOK 1]Where stories live. Discover now