BAB 6

714 68 7
                                    

Ejen Imani melangkah masuk ke dalam bilik latihan simulasi dengan tenang walaupun kehadirannya diiringi dengan beberapa pandangan yang tajam menghunusnya. Ejen Imran mendekati Ejen Imani degan yakin.

" Hey, kau ni sebenarnya layak ke tak jadi ejen sebenarnya?" Pertanyaan Ejen Imran membuatkan perbuatan Ejen Imani terhenti.

" Kenapa? tak yakin? Jangan risau Ejen Imran, walaupun aku tak sehebat kau tapi aku bukannya diperlukan sangat, bukan? Sekadar pemerhati sahaja." Ejen Imani hanya memandangnya Ejen Imran bersahaja.

" Bagus. Nampaknya kau faham dengan keadaan kita sekarang. Kau perlu tahu, jika seseorang itu tidak diperlukan dalam sebuah kumpulan, maka dia harus dikeluarkan dari agensi ini. Jadi kebolehan kau untuk menyelesaikan latihan ini akan menentukan samada kau kekal atau pergi." Ejen Imani hanya berdiam diri menunggu ssambungan kata - kata Ejen Imran. " Sebagai pengenalan, aku sudah setkan satu latihan A – Bomb untuk kau. Jangan risau. Ianya pada tahap satu sahaja."

Kata – kata Ejen Imran berjaya membuatkan Ejen Imani sedikit tercabar. " Tahap satu sahaja pun. Kacang! " Penuh riak Ejen Imani menuturkan kata – katanya. Kakinya melangkah ke tengah ruang bilik itu dengan penuh keyakinan. Latihan simulasi itu dihidupkan.

Kini, Ejen Imani berada di dalam sebuah bilik yang kecil dan kosong. Hairan sudah mula menyapa di benak fikirannya. Mana bomnya? Tak nampak batang hidung pun. Bukan setakat batang hidung, bayang - bayang batang hidung pun tiada ini. Tanpa dijangkanya, bunyi lain yang menyapanya.

BANG! BANG!

Bulat matanya apabila terlihat seseorang sedang memegang sepucuk pistol yang disasarkan kepadanya. Sebaik sahaja tembakan yang ketiga ingin dilepaskan, Ejen Imani melemparkan sebilah pisau yang berjalur biru pada pemegangnya.

Pisau itu membelah dua peluru itu dan terpasak kukuh di dinding. Setelah beberapa saat, pisau itu mengeluarkan letupan angin yang menolak lelaki itu jatuh lalu hilang.

Mereka yang melihat Ejen Imani dari luar hanya diam. Ejen Imran segera menyelaras kembali ujian itu. Dia tersenyum puas.

" Kalau dia mahir menggunakan pisau, kita bagi pedang. " Ejen Aisya hairan dengan respon daripada Ejen Imran. " Maksud kau? " " Kau tengoklah sendiri nanti. "

Ejen Imran memandang Ejen Arif yang begitu serius menonton ujian Ejen Imani. " Kenapa dengan kau ni? " Ejen Arif tersentak apabila ditegur begitu oleh Ejen Imran.

" Tak, pisau yang Ejen Imani guna itu. Nampak macam familiar ... tapi kat mana eh? " Ejen Imran menepuk bahu Ejen Arif.

" Perasaan kau kot. Abaikan sahaja. " Ejen Arif hanya terdiam. Matanya kembali difokuskan kepada ujian Ejen Imani.

Ejen Imani sudah terkepung! Dia dikelilingi dengan orang – orang yang bertopeng dan memegang sebilah pedang bersama mereka. Ejen Imani mengeluarkan dua bilah pisau yang berwarna biru dan hijau di hujungnya. Pisau diayun beberapa kali dan dalam sekelip mata, pisau itu menjadi dua bilah pedang.

Ejen Imani pantas berlari ke arah salah seorang lelaki bertopeng di hadapannya dan terus melibasnya laju. Badannya segera ditundukkan apabila seorang lagi lawannya menyerang dari belakang. 

Bunyi lagaan pedang bergema di dalam bilik itu. Satu persatu musuhnya mulai rebah membuatkan Ejen Imani mulai melajukan pergerakannya. Disebabkan terlalu cuai, perut Ejen Imani ditikam dari belakang membuatkan ejen - ejen yang dari tadi melihat latihannya terkejut.

Ejen Imani pantas menarik kain yang telah digulung dan diletakkan awal - awal lagi di dalam poketnya dan mengikat luka tikaman di perutnya sambil meneruskan perlawannya. Semua bagaikan terkaku melihat Ejen Imani yang bagaikan tidak merasai apa - apa daripada luka tikamanya.

Secret Identity : ICEBREAKING [BOOK 1]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα