BAB 11

591 63 10
                                    

Imani mula menghidupkan alat komunikasinya. Setelah beberapa saat, kelihatan Headcore Ace, Ejen Sky berada dihapannya.

"Imani?" Ejen Sky hairan dengan panggilan Imani yang tidak dijangka.

"Arahan daripada Headcore A - Bomb. Kod kuning. Kepada semua ejen yang tidak menjalankan misi, pergi ke setiap hospital yang berada dalam negeri ini. Sebuah bom dijangka akan meletup dalam masa enam minit." Imani terus memberi arahan tanpa membuang masa.

"Baik. Pihak Ace dan Hacker akan cuba menjejaki lokasi sebenar bom ini." Imani mengangguk tanda faham.

"Im..." Imani memandang ke arah Ejen Sky yang berada di dalam monitor.

"Hati - hati." Ejen Sky tersenyum ke arahnya. Imani membalas dan mengangguk sekali lagi.

Pamggilan diputuskan. Kini, dia menghubungi salah seorang Ejen A - Bomb, Ejen Zack.

"Im? Aku baru saja dapat arahan yang mengatakan semua Ejen A - Bomb yang berkelapangan perlu ke seluruh hospital di negeri ini. Arahan daripada Headcore A - Bomb. Betul? " Ejen Zack terus bertanya.

"Ya. A - Bomb akan mula berkerjasama dengan pihak Ace dan Hacker. Pastikan semua ejen dapat berhubung dengan mereka." Imani hanya menerangkan secara ringkas situasi yang sedang berlaku sekarang ini.

"Aku sudah selesaikan hal itu. Kau sekarang nak ke mana?" Ejen Zack hairan apabila mendapati Imani sedang menaiki Hovermobil.

"Aku akan pantau dan geledah setiap hospital yang sempat. Nanti Ejen Aisyah, Ejen Imran dan Ejen Arif akan hubungi aku. Pastikan semua Ejen A - Bomb juga dapat hubungi aku kalau ada apa - apa yang berlaku di luar jangkaan kita." Imani masih cuba menumpukan sepenuh perhatian kepada pemanduannya sambil memberi arahan kepada Ejen Zack.

"Baik. Aku pergi dulu." Imani mengangguk sebelum talian diputuskan. Kelajuan Hovermobilnya ditingkatkan.





Kelihatan beberapa ejen yang memakai uniform berwarna emas dan hitam berjalan dengan pantas dan tergesa - gesa. Ejen Aisyah, Ejen Imran dan Ejen Arif turut berada di situ.

"Dapatkan kesemua rakaman CCTV di semua hospital. Rakaman CCTV lalu lintas, taman perumahan, tempat awam, kesemuanya sekali." Dengan tegas seorang ejen yang memakai baju berwarna emas, Komander Kumar memberi arahan.

Kini, semua Ejen A - Bomb sudah berada di seluruh dibahagi mengikut kumpulan sementara sebelum dihantar ke semua hospital. Mereka perlu pergi dengan memakai pakaian kasual supaya tidak menyebabkan penduduk tempatan menjadi panik.

Kedengaran bunyi papan kekunci ditekan dengan laju. Kesemua Ejen Hacker yang memakai uniform berwarna hitam menjalankan tygas mereka dengan baik. Kini, terpapar pelbagai rakaman CCTV daripada pelbagai sudut termasuklah di dalam hospital.

Ejen Ace yang memakai uniform berwarna emas kini cuba mengagak kedudukan bom tersebut supaya diameter lokasi dapat dikecilkan.

"Tuan!" Salah seorang daripada Ejen Ace mulai bersuara.

"Sudah jumpa?" Komander Kumar mula bertanya.

"Kelihatan pesalah ada keluar daripada Hospital Sentosa  dan Hospital Cahaya beberapa hari lalu." Ejen tersebut pantas melaporkan hal tersebut.

"Pasukan siapa yang ditugaskan di kedua - dua hospital?" Ejen Nazri, salah seorang daripada penyelia daripada Core Hacker mula bertanya.

"Pasukan Ejen Lydia dan Pasukan Ejen Haikal." Salah seorang daripada Ejen Ace pantas memberitahu.

"Cepat! Laporkan kepada mereka dan pasukan yang berdekatan sebagai back up. Kita hanya ada 3  minit sebelum bom tersebut diletupkan." Komander Kumar memberitahu dengan tegas. Dia mungkin kelihatan tenang namun, di dalam hatinya sudah berdegup dengan laju.

Secret Identity : ICEBREAKING [BOOK 1]Where stories live. Discover now