EPILOG

689 54 19
                                    

Tiit...tiit....tiit....

Kedengaran esakan seorang wanita di dalam bilik itu ditemani oleh seorang lelaki yang berusia beberapa tahun daripada wanita itu. Di atas katil itu, kelihatan sekujur tubuh sedang terbaring kaku dengan tangan kanannya yang bersimen dan kepalanya berbalut serta bergantung kepada alat bantuan pernafasan untuk bernafas.

"Kenapa Hanis jadi macam ini, bang? Salah saya ke sampai Hanis koma begini?" Lelaki itu yang merupakan suaminya cuba menenangkannya.

"Ini semua takdir. Jangan pernah mempersoalkan takdir. Kita perlu terus berdoa agar Hanis cepat sedar dan kembali kepada keluarga kita, ya?" Tangan isterinya digenggam erat, memberi semangat.

'Cepat sedar, sayang. Ayah rindu dengan gelak tawa anak ayah ini.'

Wanita tersebut mencapai tangan anak gadisnya. Cuma memberitahunya bahawa dia tidak bersendirian.

"Mama minta maaf, Hanis. Sejak dua menjak ini mama kurang beri perhatian kepada kamu. Mama ini memang ibu yang teruk, bukan?" Wanita itu masih menangis teresak - esak.

Tiba - tiba, dia dapat merasakan tangan anaknya bergerak dalam genggamannya. Kelihatan Hanis mulai sedar daripada komanya. Namun, kadar degupan jantungnya tiba – tiba menjadi tidak menentu.

"Doktor! Doktor!" Tidak habis di situ, lelaki itu segera berlari keluar. Wanita itu hanya mampu berdoa agar anaknya selamat dan cekal menghadapi ujian ini.

Tiiiiiiitttt...........

Bunyi mesin degupan jantung yang mendatar itu mengejutkannya. Dia segera bangun dan menggoncang badan anaknya.

"Hanis! Jangan tinggalkan mama! Hanis!" Tubuhnya ditarik keluar oleh jururawat yang baru tiba di situ. Dirinya dipeluk kejap oleh suaminya di luar daripada wad anak nya itu.

"Hanis! Hanis!" Nama anaknya dilaung beberapa kali. Dia benar – benar rasa bersalah terhadap puteri tunggalnya itu.







- Memorial Room ( HQ Identity )

"Jadi, akhirnya kitorang berbaik juga. Walaupun diorang buat macam - macam supaya tak nak Im ada dalam pasukan mereka, tapi Im tak kisah. Im tahu, mereka buat begitu pun kerana Im. Im terharu." Ejen Imani hanya tersenyum apabila mengingati kembali segala kenangannya semasa dirinya tidak diterima oleh rakan sepasukan mereka lagi.

Tangannya masih berada pada salah satu tugu yang menempatkan beberapa nama yang pernah terkorban semasa berkhidmat kepada Identity. Ukiran nama ayahnya disentuh lembut. Ejen Imani menarik nafas perlahan sebelum memghembuskannya.

"Okaylah ayah. Im nak pergi jumpa Husna pula lepas ini. Nanti Im datang lagi. Ingat nak pergi kubur ayah dan ibu petang ini. Tapi, takut tiba - tiba sibuk. Jadi kalau Im tak datang, Im minta maaf. Im sayang ayah dan ibu. Tunggu Im dan Am dekat sana ya, ayah."

Perlahan - lahan Ejen Imani melepaskan tapak tangannya daripada tugu itu dengan perasaan yang berat. Wajahnya diangkat memandang gambar - gambar yang digantung pada dinding dan diwarnakan kelabu.

Wajah seorang Double - A dipandang dengan senyuman nipis. Ejen Imani menenangkan dirinya sebelum bersuara.

"Assalamualaikum Husna. Hari ini aku datang lagi. Aku harap kau ada bersama dengan orang - orang yang soleh. Aku sihat saja. Cuma, kerja aku semakin banyak saja. Haha..." Ejen mula membayangkan dirinya berbual dengan Husna.

"Aku sudah masuk dalam pasukan lama aku. Pasukan yang aku ada cerita dulu. Pasukan masa aku di ISaAc itu. Mula - mula mereka tak cam aku, tapi sekarang mereka sudah tahu. Seronok rupanya selesaikan misi secara berkumpulan. Yalah, selama ini pun aku selesaikan misi pun seorang diri, takpun berdua dengan....." Ejen Imani terdiam apabila teringatkan pada pemuda itu.

Secret Identity : ICEBREAKING [BOOK 1]Where stories live. Discover now