Prolog

619 12 0
                                    

Sekarang

Maya menjeling tajam ke arah Tina.

"Macam mana aku nak tolong kau kalau kau berahsia dengan aku, Tina!"

Dia tidak dapat lagi menahan amarahnya. Di hadapannya kini, Krist terbaring lemah berlumuran darah di bahagian lengan kirinya.

"Saya tak boleh beritahu segala-galanya lagi. Awak akan tinggalkan saya sekali lagi jika saya beritahu semuanya."

Tina menundukkan pandangannya. Dia cuba menahan dirinya daripada menumpahkan air matanya.

Maya mengoyakkan kain skirt labuhnya sehingga menampakkan kedua-dua betisnya. Dia terus membalut luka pada lengan Krist.

"Kenapa Krist boleh nampak kau sekarang? Sebelum ni, dia tak pernah nampak kewujudan kau di sisi aku. Benda apa yang kita berdepan sekarang ni, Tina?"

"Saya benarkan dia untuk melihat saya kerana saya tahu dia betul-betul nak tolong awak."

"Tolong kau! Aku dan dia, kami berdua betul-betul nak tolong kau tapi kalau kau berahsia dengan kami, aku nak balik. Aku nak balik, Tina!"

Belum sempat Tina membalas Maya, Maya bingkas bangun. Dia mengisyaratkan Tina supaya diam. Matanya meliar melihat sekeliling. Wajahnya jelas menunjukkan riak ketakutan. Tina juga mendiamkan dirinya dan wajahnya bertukar pucat. Mereka berdua saling berpandangan.

"Bawa Krist pergi sejauh yang mungkin dari sini. Dia ada di sini," bisik Maya perlahan.

Tina mengangguk. Dia perlahan-lahan menuju ke arah Krist dan memapah tubuh sasa Krist.

"Nak pergi ke mana, sayangku Tina?"

"PERGI SEKARANG, TINA!"

Dalam sekelip mata Maya membelakangi Tina dan Krist menghalang daripada makhluk yang berada di hadapan mereka bertiga mengganggu pergerakan Tina. Tidak sampai seminit, Tina menghilangkan dirinya bersama-sama Krist meninggalkan Maya bersendirian.

"Kau! Tak cukup lagi ke dengan aku bunuh nenek kesayangan kau untuk warning kau? Kau nak aku bunuh semua orang yang ada dalam hidup kau ke?"

Kata-katanya diselangi ketawa besar. Maya tergamam seketika. Fikirannya terus melayang ke masa kanak-kanaknya apabila dia melihat neneknya mati dalam keadaan mengerikan setelah dia pulang dari sekolah. Semua orang menyangka neneknya mempunyai musuh dek kematiannya yang ngeri. Tidak semena-menanya nama baik neneknya sebagai guru sebelum ini tercemar. Semuanya gara-gara makhluk di depannya kini.

"Arghhhhhhhhhh!"

Tiba-tiba, Maya dapat merasakan ada sesuatu yang melepasinya menuju ke arah makhluk itu. Satu hunusan pedang tepat mengena pada jantung makhluk itu.

"JAHANAM KAU!!!!!"

"Aku tunggu masa kau leka sahaja, Beliar."

"HAHAHAHAHA! Aku akan kembali semula, Qi."

Maya terus melutut sebaik sahaja makhluk itu lesap dari pandangannya. Tiada lagi perasaan gerun seperti awal-awal tadi. 

"Itu kali pertama kau lihat Beliar?"

Maya mengangguk lemah.

"Tina rahsiakan tentang Beliar kerana dia tak mahu kau tahu yang Beliar bunuh nenek kau. Tapi, dia sendiri beritahu kau yang dia bunuh nenek kau..."

Qi melepaskan keluhan kecil sebelum menyambung kata-katanya.

"...Tina sedang melindungi kau, Maya. Percayakan dia. Dia juga merasai kesakitan yang kau alami."

Maya meraup wajahnya menahan tanggisannya.

Dia penat.

Kenapa dia perlu lalui semua ini dari masa kecilnya lagi? Semua orang menganggap dirinya bermasalah selepas kematian neneknya. Bahkan ibu bapanya sendiri hampir-hampir mahu memasukkan dia ke hospital gila. 

"Dan, semua orang ingat aku gila....." ujarnya seraya ketawa kecil.

PENDIAMWhere stories live. Discover now