Empat Belas

95 5 4
                                    

Dia menghampiri bilik itu dalam keadaan berdebar-debar. Terlalu banyak cerita mengenainya yang membuatkan dia berasa sedikit takut. Dengan lafaz bismillah, dia membuka pintu bilik itu dan hampir tergamam apabila dia melihat keadaan bilik itu baik-baik sahaja. Normal.

"Hari tu budak tu menggila dalam bilik dia sampaikan ustaz Hakim dihalaunya, madam."

"Dia buat hal semalam dalam dewan makan kolej perempuan. Boleh tak sapa-sapa bawa dia pergi berubat? Menakutkan orang lain ja."

"I don't expect orang bukan Melayu pun membela. Selalunya Melayulah yang suka main bela-bela ni."

Dia terpandang pada katil di sebelah kirinya dan melihat ada dua buah beg galas sudah terduduk kemas di atas katil itu. Dia segera mengambil beg itu.

"Assalamualaikum, Amirah."

"Waalaikum..."

Madam Amirah baru perasan tiada sesiapa di dalam bilik itu namun dia terhidu bau harum yang tidak pernah dihidunya sebelum ini. Dia perlahan-perlahan menoleh sekelilingnya. Tiada orang. Dia menelan air liurnya meskipun tekaknya tiba-tiba terasa kering.

"Titipkan khabar penting ini kepada Maya. Musuh sedang menanti peluang kealpaannya. Sentiasa menjaga hatinya dari amarah. Amarah sumber kekuatan mereka. Dan, tetapkan keimanan kau pada yang dizahirkan dan yang dibatinkan, Amirah. Assalamualaikum, anak Adam."

Sebaik sahaja dia memberi salam, bau haruman itu juga telah hilang. Wajahnya menjadi pucat.

"Madam Amirah, macam mana madam boleh ada di sini?"

Dia terus memandang ke arah ustaz Hakim yang berada di hadapannya bersama-sama seorang pelajar lelaki yang tidak dikenalinya.

"Ustaz... Saya... tadi, saya..."

Bibirnya tergagap-gagap. Dia agak terkejut dengan kemunculan 'benda' itu.

Ustaz Hakim mengangguk faham.

"Benda tu benda baik, madam. Dia lindungi bilik Maya dengan mengaji setiap hari dalam bilik ni. Saya dapat komplain dari pelajar di sini yang mereka dengar suara orang mengaji dalam bilik ni setiap malam, sekitar 2, 3 pagi. Baru hari ni saya ada kesempatan nak jenguk bilik ni."

Baru hati madam Amirah berasa sedikit lega. Namun dia masih berasa kaget dengan kejadian tadi.

"Benda tu bercakap dengan saya, ustaz."

Ustaz Hakim dan pelajar lelaki itu saling berpandangan.

"Dia cakap apa dengan madam?"

"Dia cakap..."

"Madam! Madam cakap dengan siapa tu?"

Madam Amirah menoleh ke belakang ustaz Hakim, melihat beberapa pelajar perempuan lain sedang menjauhinya dalam keadaan ketakutan.

"Saya tengah bercakap dengan..."

Dalam hatinya, dia tidak putus-putus menyebut nama Allah. Dia tidak mahu memandang ke arah ustaz Hakim walaupun matanya sipi-sipi melihat satu senyuman mengerikan pada wajah 'ustaz Hakim'.

"Allahuakbar! Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah. Tolong aku ya Allah," bisik hati kecilnya.

Madam Amirah berasa lemah. Dia terasa mahu pitam, namun dia tidak bisa me'mitam'kan dirinya.

Tiba-tiba telinganya menangkap suara seorang lelaki melaungkan azan dari belakangnya. Laungan azan itu begitu kuat membuatkan 'ustaz Hakim' dan 'pelajar'nya tiba-tiba lesap begitu sahaja di depannya. Madam Amirah melutut lemah di hadapan pelajar perempuan yang lain. Mereka terus memapahnya.

PENDIAMWhere stories live. Discover now