Tiga Belas

120 6 8
                                    

"Saya mahu melindungi keluarga saya."

Senyuman melebar pada wajahnya.

"Ya, benar. Sudah menjadi kewajiban engkau untuk melindungi keluarga engkau. Tapi, persoalannya dengan apa?" soalnya penuh makna.

Mia sudah bertekad.

"Saya perlukan penjaga... Untuk melindungi keluarga saya, bahkan seluruh keturunan saya. Keluarga saya mempunyai musuh di sini. Saya tidak mahu mereka diapa-apakan."

Dia tersenyum lagi. Kali ini ia penuh dengan kelicikan.

"Aku boleh tolong engkau. Tapi ada syaratnya, Mia. Aku akan memberikan engkau khadam terbaikku tapi apa engkau boleh melaksanakan syarat-syaratnya?"

Mia mengangguk pantas.

"Hidup saya dan keluarga terancam di bumi Melayu ini. Saya perlukan kekuatan untuk menjaga kehidupan kami sekeluarga."

"Datang ke sini semula pada malam Keliwon ketiga. Bawa bersama-sama engkau seorang pemuda sebaya engkau. Setelah itu, aku akan memberitahu engkau segala peraturannya. Selesai peraturannya, engkau akan dilindungi khadam buat selama-lamanya sehingga sangkala pertama ditiup."

Mia mengerut dahinya.

"Sangkala pertama apa?"

Dia hanya tersenyum, tidak menjawab pertanyaan Mia.

"Usah khuatir urusan itu, Mia. Sebelum engkau beredar, awas! Aku tidak berkenan jika engkau memberitahu sesiapa mengenai hal ini. Sudah, engkau boleh pergi sekarang!"

Mia bingkas bangun lalu beredar dari rumah itu. Dalam fikirannya, hanya satu nama pemuda yang terlintas. Dia harus memastikan pemuda itu bersetuju untuk mengikutinya pada malam Keliwon ketiga.

"Sabar, temanku. Engkau bakal bertuan tidak lama lagi."

Sebuah lembaga hitam muncul secara tiba-tiba dari belakangnya. Mereka berdua sekadar memerhati gadis muda itu berlalu meninggalkan halaman rumah mereka sambil senyum.

Sekarang

"You tahu, masa-masa beginilah sesuai untuk minta tolong kembar. Mereka boleh tolong you tengok skema jawapan ujian you ni."

Maya tidak mengendahkan Mila. Dia tidaklah bodoh untuk bercakap dengan Mila dan kembar pada waktu dia sedang mengambil ujian di dalam dewan kuliah bersama-sama pelajar kelasnya dan beberapa kelas lain.

"Kau ingat dia akan layan kau ke? Dahlah dia tengah jawab ujian dia dengan orang ramai macam ni."

Maya bersorak dalam hatinya mendengar kata-kata kembar.

"I cuma nak tolong ringankan beban dia ja. Itu ja pun."

"Kami yang susah pula nak kena curi jawapan. Itu betul-betul bawa toyol tulen masuk dewan ujian."

Maya cuba menahan dirinya daripada ketawa. Dia meletakkan pen dan bangun bergerak keluar dari dewan menuju ke tandas. Mila dan kembar mengikuti Maya sehingga ke tandas.

"Oh, ada beberapa kawan la di dalam ni."

Kata-kata Mila mengundang pucat pada wajah Maya. Dia tidak melihat sesiapapun di dalam tandas itu kecuali dia dan mereka bertiga.

"Jangan risaulah. Hijab you tak terbuka sepenuhnya untuk nampak mereka. You takkan boleh nampak mereka selagi mereka tak benarkan diri mereka dilihat you."

Maya menelan air liurnya. Dia terus membasuh mukanya sebelum keluar semula. Dia hampir-hampir menjerit apabila dia ternampak Arfan keluar dari tandas lelaki yang bersebelahan tandas perempuan. Arfan juga terkejut tetapi dia berjaya mengawal reaksi wajahnya.

PENDIAMWhere stories live. Discover now