Lima

109 9 0
                                    

“Hai, awak nak satu kumpulan dengan kitorang tak? Kami tak cukup sorang lagi dalam group ni.”

Maya mengangguk. Dia berasa malas untuk berbual-bual dengan mereka. Tetapi dia sedikit lega apabila dia dapat masuk dalam kumpulan memandangkan dia tiada kawan dalam kelas ini.

“Kalau macam tu, petang nanti kita jumpa di library selepas Asar.”

“Pukul berapa lepas Asar tu? Spesifikkan masa selepas Asar tu.”

Kata-kata Maya menimbulkan riak tidak senang pada ahli kumpulannya. Dia tidak berniat untuk bersangka buruk terhadap mereka tetapi dia tahu kawan-kawan Islamnya yang lain ada sahaja yang melewat-lewatkan solat Asar. Dia boleh tunggu mereka dari pukul 4.30 petang tetapi jika mereka menggunakan alasan solat Asar untuk datang lambat, dia tidak suka sikap sebegitu rupa.
Perempuan yang mengajaknya sekadar senyum sahaja kepadanya.

“Pukul 5.30 petang. Boleh tak?”

“Hmm… I tak percayakan perempuan ni la, Maya. You cari ja la group lain.”

Tanpa mempedulikan orang yang berada di dalam kelas itu, Maya menoleh ke arah Mila yang berada di luar tingkap kelasnya. Tingkat lima dan tiada koridor.

“Aku ingat kau tak boleh masuk sini dah. Kenapa tiba-tiba boleh muncul?”

Mila ketawa mengekek.

“Ustaz tu pagar memang la power tapi kalau jumlah manusia yang buat benda kotor banyak, cepat saja pagar tu terhakis.”

“Oh kalau macam tu kembar pun boleh masuk sekali la ya?”

Mila pantas mengangguk.

“Eh, sekejap. Benda kotor apa kau cakap ni?”

“Maya! Kamu bercakap dengan siapa tu?”

Panggilan daripada pensyarahnya membuatkan Maya terus terdiam. Dia menggelengkan kepalanya, tidak mahu menjawab.

“Eeee, rasanya you akan dicop pelajar bermasalah tak lama lagi la, Maya.”

Maya mencebik. Hampir seminggu Mila dan kembar tidak menemaninya dalam kolej membuatkan dia berasa sedikit sunyi. Ahli kumpulan yang baru dia sertai tadi terus menjauhkan diri mereka daripadanya.

“You duduk diam ja la. Nanti jadi apa-apa, susah. Hati manusia mana kita boleh duga.”

Kata-kata Mila membuatkan Maya tersenyum sendiri.  Dia menulis sesuatu dalam buku notanya dan mengisyaratkan Mila supaya membacanya.

Better kau cakap dengan aku, benda kotor apa yang kau cakap tadi?

Mila tersenyum sengih.

“Ada orang main spirit of coin tapi lupa tamatkan permainan tu. Bodoh kan manusia ni. Benda yang dilarang seronok sangat dibuat.”

Ada apa-apa masalah ke bila permainan tu tak ditamatkan?

“Of course la ada masalah. You ingat benda tu suka bila dia diseru-seru. I pun tak suka kalau tiba-tiba I diseru.”

Dah tu janganlah menyahut. Simple.

Mila tersenyum penuh makna. Namun dia tidak membalas apa-apa. Sepuluh minit kemudian, dalam keadaan Mila menemani Maya secara aman tiba-tiba salah seorang daripada kembar muncul dalam keadaan yang parah. Pintu kelas Maya dibuka kasar tanpa sebab. Keadaan menjadi kecoh seketika.

“Mila, Maya, tolong adik aku. Dia dalam keadaan bahaya. Benda yang diseru tu bukan benda dari sini…”

Maya bingkas dari tempatnya lalu mendapatkan kembar yang parah itu tanpa mempedulikan keadaan sekelilingnya.

“Kenapa ni? Mana lagi satu?”

“Dalam bilik stor yang dikunci di kolej lelaki. Benda tu jahat, Maya.”

Tidak semena-mena satu tamparan mengena pada pipi Maya. Dia terkesima.

“Kau memang sengaja buat macam tu ke apa? Kau bawa saka hantu apa ke sini!”

Seorang rakan perempuan sekelasnya yang menampar Maya sebentar tadi.

“Sini tempat belajar, bukannya tempat membela! Disebabkan kau la kawan aku hari tu terkena histeria sampai sekarang tak pulih-pulih lagi.”

Jelas terpapar api kebencian pada wajah perempuan itu membuatkan Maya hampir-hampir menumpahkan air matanya.

Tanpa melengahkan masa, Mila yang mendiamkan diri dari tadi menerpa ke arah tubuh perempuan bermulut celupar itu apabila melihat Maya sedang menahan kesedihannya. Keadaan menjadi bertambah kecoh apabila Mila menggunakan tubuh perempuan itu untuk memanjat sehingga ke siling kelas itu.

“Manusia bodoh!”

“Maya, keluar dari sini. Mila kalau jadi begitu, dia jadi makhluk yang tak kenal orang sekelilingnya.”

Maya yang masih terkesan dengan tamparan itu mengumpulkan kekuatannya untuk lari keluar dari kelas itu. Tidak sampai sesaat, kelasnya dikerumuni pelajar dari kelas lain. Telefonnya pula berdering memintanya supaya diangkat. Dia melihat nama yang terpapar pada skrin telefonnya lalu menjawabnya.

“Hi, Krist. What’s up.”

Maya cuba mengawal intonasi suaranya.

“Hey, I called you because I wanna tell you that I’m here, in your university. This place nice ah.”

Mereka sudah lama tidak berjumpa selepas pertemuan terakhir mereka tiga bulan lepas sebelum Krist dan keluarganya berpindah.

“Really? Aku ada hal sikit la Krist. Nanti kita jumpa lain.”

Krist diam di hujung panggilan.

“Krist? Are you there?”

“What’s wrong, Maya?”

“Nothing, Krist. Kita jumpa lain kali ye. Sorry but bye.”

Maya terus menamatkan panggilan. Dia ingin bergegas ke kolej kediaman lelaki tetapi malangnya dia bertembung dengan ustaz yang merawatnya sebelum ini.

“Kamu nak pergi mana, Maya?”

Dia mahu melarikan diri daripada ustaz tersebut namun terhalang dengan beberapa pelajar lelaki dan perempuan yang berada bersama-samanya.

“Saya ada hal. Minta maaf, tumpang lalu.”

Ustaz tersebut memberi laluan kepada Maya tetapi mengisyaratkan salah seorang pelajar lelaki lain untuk mengikutinya dari belakang. Dia perlu tahu apa yang Maya mahu lakukan tetapi dia perlu selesaikan masalah di hadapannya. Dia pusing memikirkan keadaan histeria yang makin berlarutan sejak kebelakangan ini. Dia tidak mahu bersangka buruk dengan pelajar bernama Maya itu.

“Jangan bahayakan diri awak seorang diri, Maya. Benda tu bahaya.”

Maya hampir-hampir terlompat apabila Tina dan Qi muncul mengejut di hadapannya.

“Tak guna betul la mereka main-main seru pula,” marah Qi.

“Mereka sentiasa tertanya-tanya tentang kewujudan makhluk lain selain mereka, Qi. Sekarang ni kita kena jaga Maya.”

Dahi Maya berkerut.

“Kenapa perlu jaga aku? Korang patut lihat keadaan Mila. Aku risaukan dia mengganas dalam kelas tu.”

Tina dan Qi saling berpandangan.

“Saya pergi lihat Mila. Qi, awak ikut Maya.”

Setelah Tina menghilangkan dirinya, Maya menjeling ke arah Qi.

“Aku betul-betul tak ingat kau. Kau pernah wujud ke dalam hidup aku sebelum ni? Aku cuma ingat Tina.”

Qi tidak menjawab. Dia cuma melemparkan senyuman sahaja.

“Aku ingat Tina dan… dan… ada lagi sorang pernah muncul waktu aku kecil dulu.”

Mata Qi terus membulat.

“Siapa? Cuma Tina yang mendampingi kau dulu. Siapa yang muncul dulu?”

Maya tidak tahu. Dia tidak ingat rupa orang itu. Dia cuma ingat Tina apabila Tina memunculkan dirinya di hadapannya sebelum ini. Jika dia melihat rupa orang itu semula,  dia pasti mengingatinya.

“Kau bercakap dengan siapa, Maya?”

Untuk kali keduanya, jantung Maya hampir gugur kerana terkejut dengan kehadiran yang tidak disangka. Cuma,  bezanya kali ini manusia yang menghampirinya.

“Kau siapa?”

“Ustaz suruh aku ikut kau. Kau nak ke mana? Kenapa kau menghala ke kolej lelaki?”

Maya mencebik.

“Kami semua boleh tolong kau, Maya tapi dengan syarat kau kena tolong diri kau juga.”

Maya melepaskan keluhan berat. Qi pula mmbisukan dirinya.

“Tolong aku dulu. Aku perlu masuk dalam stor kolej lelaki.”

Maya tahu dia tidak boleh memasuki kolej lelaki sewenang-wenangnya.

“Untuk apa?” tanya lelaki itu pula.

“Masalah dalam kelas aku tadi berpunca dari stor kolej lelaki la. Ada orang main spirit of coin tapi lupa tamatkan semula permainan tu. Bodoh punya orang,” marah Maya.

“Macam mana kau tau? Ustaz dah bersihkan tempat tu tadi pagi. Sepatutnya tak jadi apa-apa dah. “

Qi ketawa kecil.

“Patutlah benda tu mengamuk. Dia dibersihkan.”

“Diamlah. Sekarang ni kembar ada di sana. Kau tolong aku sekali.”

“Baiklah, Maya.” Jawab Qi.

“Siapa kembar?”

Maya malas untuk menjawab pertanyaan lelaki tersebut.
Sebaik sahaja mereka bertiga berada di hadapan kolej lelaki, darah Maya tiba-tiba berasa seram sejuk.

“Huuhuuuhuuuu. Tolong….. Aku… Huuuu.”

Itu bukan suara kembar tetapi suara benda lain.

Riak wajah Qi sudah berubah menjadi serius namun lelaki yang mengikuti mereka berdua tidak mengetahui apa yang mereka rasakan.

“Kau boleh buka tak bilik stor tu?”

“Stor tu tak berkunci pun sebab ustaz dah bersihkan. Kenapa kau beriya-iya? Jangan risau la.”

Maya mendengus.

“Kau diam la.”

Maya cuba amati suara tersebut. Matanya meliar melihat keadaan sekeliling. Sesetengah pelajar lelaki yang tidak berbaju terkejut apabila melihat Maya berada di kolej mereka. Namun, Maya tidak mempedulikan pemandangan itu. Tiba-tiba, matanya tertumpu pada sesusuk tubuh kecil yang terbaring di hadapan surau kolej lelaki. Dia terus bergegas ke arah tubuh kecil itu.

Bagi pandangan kasar manusia, mereka tidak melihat apa yang dilihat Maya lalu mereka berlari meninggalkan Maya bersendirian di tengah-tengah kolej itu. Mereka mengamati setiap gerak-geri Maya.

“Dia kan budak perempuan yang bermasalah tu?”

“Dia punca histeria kat kolej perempuan sebelum ni kan? Kenapa dia ada sini?”

“Perempuan gila tu buat apa tu?”

“Aku dengar perempuan tu membela. Ish ish ish.”

Qi sekadar tersenyum mendengar segala-gala perbualan lelaki lain yang berada di kolej itu.

“Kau okay, kembar? Siapa yang sakiti kau?”

Kembar mengangkat wajahnya dan melihat Maya berada di hadapannya lalu menghulur tangannya kepada Maya.

“Perempuan tu… dia… perlukan ban…tuan kau…”

“BANTU AKUUUUUUU!!!!!”

Maya menoleh ke kanannya dan melihat ada satu lembaga perempuan menakutkan menerpa ke arahnya.

“MAYA!”

Maya terus rebah mencium bumi sejurus lembaga perempuan itu memasuki tubuhnya.

Keadaan menjadi riuh di kolej itu apabila tubuh Maya terawang-awang dan warna matanya berubah hitam sepenuhnya. Rambut panjang Maya yang diikat kemas mengerbang dalam sekelip mata.

“AKU DATANG MENUNTUT JANJIMU!!!”

Qi melemparkan pandangannya ke arah kembar.

“Perempuan ni cari apa, kembar?”

“Janji yang tak ditunaikan… janji yang dikhianati…”

Qi perlahan-perlahan mengundurkan dirinya dari kawasan itu. Lelaki yang mengikuti mereka berdua sebentar tadi telah lama melarikan diri sebaik sahaja tubuh Maya mula  tidak menjejak tanah. Dia ingin mendapatkan ustaznya yang berada di kelas Maya sekarang.

PENDIAMWhere stories live. Discover now