Lima Belas

116 6 5
                                    

"Ya Allah, hilangkanlah rasa sakit yang bercambah di dalam diri aku ini. Kesakitan yang makin lama terpendam yang makin melemahkan diriku. Aku lemah, ya Allah. Aku lemah..."

Dia berpura-pura tidur, mendengar segala rintihan tulus daripada Sharmila, membuatkan hatinya tiba-tiba berasa sakit. Dalam sesaat kemudian, dia mula mendengar esak tangisan daripada Sharmila. Dia tidak suka mendengar tangisan Sharmila. Ia menyakitkan dirinya. Namun, dia perlu berlagak seperti dia tidak mendengar apa-apa dan itulah yang menambah kesakitan di dalam dirinya.

Keesokannya, dia sengaja tidak menzahirkan dirinya di hadapan Sharmila semata-mata mahu mengekorinya. Dia baru berkenalan dengan Sharmila beberapa minggu tetapi dia dapat merasakan ada sesuatu yang membelenggu diri Sharmila. Hijab Sharmila tidaklah sekuat mana tetapi menjadi rezekinya untuk melihat dirinya di dalam bilik itu. Dia sendiri tidak tahu apa perancangan Allah terhadap gadis bernama Sharmila itu. Terik tengahari sudah terasa, menandakan waktu Zuhur semakin hampir. Dia melihat Sharmila mengeluarkan dompetnya, melihat isinya tetapi menyimpannya semula. Wajahnya sedikit mendung tetapi sebaik sahaja kawannya menegurnya dari belakang, dia kembali tersenyum ceria. Kepura-puraan yang cemerlang.

"Saya nak pergi masjid dulu. Sementara nak tunggu Zuhur," ujar Sharmila.

"Oh, kalau macam tu takpalah. Kami nak pergi makan dulu. Bye, Mila."

Sharmila melambaikan tangannya dengan ceria. Dia melepaskan satu keluhan lalu bergerak menuju ke masjid berdekatan bangunan pentadbiran. Kebanyakan pelajar bergerak berlawanan arah dengannya kerana ingin mengisi perut. Dia juga berasa lapar tetapi mengingatkan duit di dalam dompetnya tidaklah banyak mana, dia menahan rasa lapar itu. Baru minggu lepas mak ciknya memberi duit sebanyak RM500 untuk menampung perbelanjaannya bulan ini tetapi disebabkan urusan pelajaran dan kelab, dia sudah menghabiskan sekitar RM300 lebih. Dia segan untuk memberitahu hal tersebut kepada mak ciknya tetapi dia tahu bahawa ia lebih daripada perasaan segan kerana dia tahu apa yang akan terjadi kepada mak ciknya jika suami mak ciknya mengetahui mak ciknya memberi duit tambahan kepadanya. Dia tidak mahu perkara sebelum ini terjadi kepadanya mak ciknya lagi. Dia cuba mengawal emosi pada wajahnya.

Dia kenal akan riak wajah yang baru sahaja dia lihat pada Sharmila. Dia pernah lihat riak itu pada hari Sharmila pulang bercuti dari rumahnya sebelum ini. Riak sebelum airmatanya tumpah mencurah-curah. Namun kerisauan itu beralih apabila dia mendapati Sharmila berjalan melepasi masjid. Dia fikir Sharmila mahu singgah masjid dulu.

Fikirannya menjadi kosong sebaik sahaja dia melihat bangunan masjid yang baru sahaja dia lepasi. Hilang entah ke mana niat asalnya apabila lalu di hadapan masjid itu. Tiba-tiba dia berasa kosong. Dia mengikut sahaja ke mana kakinya melangkah. Akhirnya, langkahnya terhenti apabila lalu di hadapan bangunan dewan utama peperiksaan. Dia melepaskan satu keluhan berat. Waktu-waktu begini bukanlah masa pelajar datang ke bangunan ini kerana bukan minggu ujian ataupun  peperiksaan. Dia bergerak menuju ke lif lalu masuk ke dalam perut lif. Dia menekan butang nombor yang paling atas, iaitu tingkat 9. Dia ingin bersendirian. Sebaik sahaja dia keluar dari pintu lif, lututnya terus terasa lemah. Dia melutut lemah di hadapan  laluan lif. Dia terduduk terus lalu menyeret tubuhnya ke dinding tengah antara kedua-dua pintu lif. Dia menekup mukanya, mengeluarkan tangisan yang tidak berbunyi. Wajahnya tidak dapat menyembunyikan keperitan yang dirasainya ketika ini. 

Untuk kali pertamanya, dia melihat urat pada wajah Sharmila timbul, menahan kesakitannya menahan diri daripada menangis kuat. Dia hampir-hampir menitikkan airmatanya namun menahan dirinya. Tanpa disedari Sharmila, dia duduk betul-betul bersebelahannya. Tetapi perbuatannya hanya menambah kesakitan dirinya. Dia melihat kedua-dua tangan Sharmila mencakar kedua-dua lengannya seolah-olah sedang membuang sesuatu yang kotor pada lengan tersebut. Keronyok teruk lengan baju kurungnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 09, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PENDIAMWhere stories live. Discover now