Tiga

137 12 0
                                    

Maya mendiamkan dirinya sepanjang  ibu bapanya datang mengambil dia di surau kolej perempuan.
"I'm sorry, Ustaz. But our daughter just having her delusional time AGAIN."
Ibu Maya sengaja menekankan perkataan 'again' itu kerana mereka tahu Maya sering berkelakuan begitu sebelum ini.
"No, don't get me wrong but I think you must take care of her and never let her be alone. She's quite special in this case."
Maya menjeling ke ustaz yang berada di hadapannya.
Bapa Maya menggelengkan kepalanya.
"She had been in trauma since her Grandma's death. So if anything wrong with her, it doesn't mean she is special. Be mature, Maya. You already an adults," marah bapanya sambil memandangnya.
Maya mengangguk.
"Say sorry to them for making all the trouble."
Ibu Maya pula memarahinya.
Maya bangun dari tempat duduknya lalu menghampiri ustaz tersebut yang ditemani beberapa pelajar lelaki dari kolej kediaman lelaki.
Dia melepaskan satu keluhan berat.
"Saya minta maaf."
Dia terus beredar dari surau tersebut.
"Maya! We're sorry about her rudeness, Ustaz."
Ustaz tersebut menggelengkan kepalanya.
"It's okay."
Sebaik sahaja ibu bapa Maya keluar dari surau tersebut, Ustaz itu mengangguk perlahan.
"Budak tu istimewa tapi sayangnya keluarganya layan dia begitu."
"Tapi, ustaz. Betul ka dia boleh nampak benda-benda tu? Kami semua dengar cerita yang dia cuma nakkan perhatian ja."
Ustaz itu cuma melemparkan senyuman kepada pelajar perempuan yang bertanya kepadanya.
"Kamu rasa? Aidil, semalam kamu nampak berapa banyak yang ada dengan budak perempuan tu?"
"Tiga. Dua rupa macam perempuan, sorang lagi rupa macam lelaki," ujar lelaki yang bernama Aidil.
"Itu yang kamu baru nampak. Saya nampak lebih dari tiga makhluk yang ada berdekatannya."
Kata-kata ustaz tersebut mengejutkan mereka semua.
"Tapi, kenapa dia?"
"Itu yang saya musykil sekarang ni."

"Maya, why you always create problem wherever you go? Mama malu tau bila orang call dan beritahu kami yang Maya timbulkan masalah."
Maya masih mendiamkan dirinya.
"Enough, Ma. Maya, I know you stress. We should forget this things. Let's have lunch somewhere now."
Maya mengangguk. Suasana dalam kereta menjadi senyap sehinggalah Maya perasan Mila ada di sebelahnya bersama-sama dua orang budak lelaki. Namun, dia cuba berlagak biasa.
"You seiras dengan mama you la. Patutlah you cantik."
"Kami berdua tak boleh masuk dalam kerana satu tempat tu dah dipagar. Hmm, terpaksa merempat di luar  pula."
"Better duduk di luar daripada dalam tu. Mereka akan bunuh atau buang kita kalau kita berdegil tak nak keluar," ujar Mila kepada dua orang budak itu.
Maya mengeluarkan buku notanya lalu menulis sesuatu.

Kenapa ikut aku?

"Kenapa? Nanti I takda kawan la nak berbual."

Maya menulis lagi.

Siapa mereka berdua tu?

"Oh mereka ni kembar. Sorang selalu duduk di kolej lelaki, sorang lagi duduk di bangunan pelajar. Mereka ni kawan I di sana sebelum I jumpa you."

Kenapa aku tak nampak mereka sebelum ni?

"Sebab kami berdua tak benarkan awak melihat kami. Manusia yang ada deria keenam sepenuhnya boleh melihat makhluk lain tanpa halangan."
"Tapi dalam kes awak, deria keenam awak tak buka sepenuhnya lagi. Jadi, awak hanya akan boleh melihat kami jika kami membenarkan awak untuk melihat kami," celah budak lagi satu.
"Tak lama lagi dia akan dapat melihat kita semua," sambung Mila.

Jangan ganggu aku buat masa sekarang ni.

"Sedih kan bila orang tak percayakan kita? Tapi tak apa. Kami semua boleh berkawan dengan awak. Kami percayakan awak."

Maya tersengih.

Aku tak perlukan kawan dunia lain.

"Tapi kawan you semalam tu dari dunia lain. Mereka berdua berbau aneh. Peliknya."
Dahi Maya berkerut. Mila maksudkan Tina dan lelaki semalam. Sejujurnya, Maya tidak dapat mengingati Tina sepenuhnya. Seperti ada satu batu besar menghalang dia daripada memasuki pintu memori otaknya.
"...dan baik. Kami tak rasa dia makhluk jahat."

PENDIAMWhere stories live. Discover now