Sembilan

94 7 6
                                    

Cause we're the masters of our own fate
We're the captains of our own souls
There's no way for us to come away
Cause boy we're gold, boy we're gold
And I was like
Take off, take off
Take off all your clothes
Take off, take off
Take off all your clothes
Take off, take off
Take off all of your clothes

Matanya tidak lepas memandang gadis berambut perang yang sedang menyanyikan lagu tersebut. Bibirnya mengukir senyuman. Sepatutnya dia berasa marah kerana kawannya seorang lagi datang lambat ke cyber cafe untuk menemaninya memandangkan laptop miliknya telah dihantar ke kedai untuk dibaiki. Namun, dia berasa terhibur mendengar nyanyian kecil gadis yang menjaga kaunter dalam cyber cafe itu. Jika tadi, ramai budak-budak sekolah memenuhi cyber cafe ini, kini ia beransur reda. Cuma tinggal dia dan dua orang budak yang masih bermain permainan online. Mungkin disebabkan suasana regang ini, gadis itu berkaraoke sendirian di kaunter depannya. Dari tadi lagi gadis itu memainkan lagu dari Lana Del Rey. Hatinya seolah-olah berbunga mendengar nyanyian gadis itu.

"Sorry, Fan. Aku baru bangun tadi. Penat gila semalam. Aku tidur lepas Subuh tadi lepas settle assignment aku. Sorry lambat."

Arfan mencebik.

"Kau memang. Tapi takpa la. Mood aku tengah okay ni. Kau main la dulu pc tu sementara nak tunggu aku habiskan assignment aku ni."

Saiful tersenyum sengih kepadanya.

"Payung aku, bro. Nanti aku belanja kau makan mamak."

"Hah, boleh-boleh. Kejap, aku gitau kat perempuan duduk kat kaunter tu."

"Cantik! Thank you, Fan. Aku duduk pc belakang kau ni."

Arfan melihat nombor pada pc yang diduduki kawannya lalu bergerak ke kaunter.

"Kawan saya nak guna pc 3, kalau sejam berapa?"

"Woi, sejam mana cukup. Satu dua match boleh la main PUBG. Mana puas, gila!" jerkah Saiful dari tempat duduknya.

"Eh, kau diamlah. Aku baru tanya ja kan."

Selena terus click 'Pause' pada lagu White Mustang lalu memandang lelaki yang berada di depannya.

"Sejam RM2. Tapi kalau guna 4 jam baru RM6," ujarnya.

"Uish, lama sangat bagi mamat tu main game."

Selena melemparkan senyuman kepada lelaki itu.

"Tapi you tengah buat assignment kan? I tengok you baru buat introduction. Sempat ke nak habiskan dalam masa 4 jam?" soal Selena berseloroh.

Arfan ketawa kecil.

"Eh, macam you boleh tahu I baru buat intro? Sorry ye, I bahasakan diri I you dengan you sebab you pun bahasakan diri you I dengan I."

Kali ini Selena pula ketawa kecil.

"No problem. I lagi prefer macam ni. I tahulah sebab I pantau screen view semua pc sini. So, nak letak berapa ringgit untuk kawan you tu?"

"ULAT BULU DAH NAIK DAUNNNN," celah Saiful tiba-tiba.

Selena jadi kaget.

"Apa maksud kawan you tu?"

Arfan tersenyum sengih seraya menggelengkan kepalanya.

"Kawan I tu gila sikit. Takpalah. You letak RM6 la untuk dia. Nanti bila dah nak habis, I tambah lain untuk dia."

"You punya?"

"Oh, macam I cakap awal-awal tadi la. I punya open dulu. I tak sure bila boleh habiskan kerja tu."

Selena mengangguk faham.

"Alright, pc 3 RM6 untuk 4 jam. Oh by the way kalau you guys nak solat Asar, you guys boleh guna bilik belakang tu. Family I prepare kemudahan tu untuk customer Muslim. So, nanti kalau you nak solat, I boleh hold you punya pc."

"Wah, bagusnya family you. Alright, faham. Thank you, miss?"

"Selena."

"Selena... Nice name. My name Arfan."

Untuk kali pertama dalam hidupnya, Arfan merasakan dia telah jatuh cinta pandang pertama terhadap gadis bernama Selena itu. Dia akui dia mempunyai girlfriend sebelum ini tetapi perasaannya kali ini berbeza. Dia menatap sekali wajah Selena sebelum kembali menaip assignmentnya.

"Arfan... Arfan... Arfan, bangun wei. Kau dah kenapa menangis dalam tidur?"

Arfan terus terjaga dari tidurnya. Dia baru sedar pipinya basah. Dia memandang kawan sebiliknya, Nabil lalu mengesat pipinya yang kebasahan dek tangisan.

"Pukul berapa sekarang, Bil?"

"Pukul 5. Awal lagi. Subuh belum masuk lagi. Kau kenapa, Fan?"

Wajahnya sugul. Dia meraup wajahnya.

"Bil, kalau aku doakan untuk someone yang dah mati dan dia bukan orang Islam, boleh ke? Maksud aku, doa tu sampai tak kat dia?"

Kawan sebiliknya, Nabil terkejut mendengar soalan itu daripada Arfan.

"Aku tak pasti, Fan. Nanti aku tanya orang yang lagi arif pasal benda ni. Kenapa?"

Arfan mendiamkan dirinya. Melihat keadaan Arfan sebegitu, Nabil menghela nafas kecil. Dia menepuk bahu kiri Arfan.

"Jom. Walaupun Subuh tak masuk lagi, kita boleh buat solat sunat. Soal doa kau tu sampai ke tak, itu urusan Allah untuk tentukan niat doa tu. Tapi, tak rugi pun kalau doakan kawan kau tu."

Arfan mengangguk lemah.

"Ok. Terima kasih, Bil."

Dalam hatinya, Arfan sedang kuat melawan perasaan sedih apabila teringat mimpi tadi. Pertemuan pertamanya dengan gadis yang dia cintai. Tetapi, silapnya cuma satu. Dia tewas dengan amarahnya sendiri. Sehingga kini, dia dihantui perasaan bersalah itu, lebih-lebih lagi selepas pertemuan mereka berdua semalam selepas kematian Selena dan anaknya.

Arfan pantas menggelengkan kepalanya. Bukan Selena dan anaknya tetapi Selena dan anak mereka hasil hubungan terlarang mereka. Arfan berasa lemah. Namun dia tetap kuatkan hatinya supaya tidak tewas pada tangisan. Lelaki harus kuat!

Malangnya, Arfan tahu dia sudah tidak mampu perasaan tersebut. Dia melutut di hadapan Nabil sebelum Nabil sempat membuka pintu untuk mengambil air wudhu'.

"Aku berdosa, Bil. Aku berdosa besar, Nabil. Aku tak tahu macam mana nak luahkan semua ni tapi aku takut kalau orang tahu, lebih-lebih lagi family aku, aku akan dibenci mereka sampai bila-bila."

Air mata kelelakian Arfan akhirnya tumpah jua di hadapan Nabil.

"Kenapa, Fan? Aku tengok kau sejak kebelakangan ni macam pendamkan sesuatu. Kita semua pendosa, Fan. Aku, kau, kawan-kawan kita yang lain, semuanya tak terlepas dari buat dosa."

"Tapi dosa yang aku buat ni besar hukum dia dalam agama kita, Bil! Aku dah tak tahan. Aku tau nanti lama-lama dia akan menghantui hidup aku dan baru semalam aku nampak dia. Aku yang bersalah, Nabil. Aku yang bersalah!"

Nabil tidak pernah melihat Arfan dalam keadaan begini. Dia berasa simpati dengan Arfan.

"Takpa, Fan. Kau menangislah sepuas-puas hati kau. Lelaki pun manusia biasa, tak ada lebih, tak ada kurang macam perempuan juga. Kalau sedih, menangis. Jangan pendam," ujar Nabil cuba menenangkan Arfan.

Tidak semena-menanya Arfan teringat bait-bait lirik lagu yang sering dinyanyikan Selena sebelum ini.

You're in the yard, I light the fire
And as the summer fades away
Nothing gold can stay
You write, I tour, we make it work
You're beautiful and I'm insane

Esak tangisan Arfan cuba ditahannya.  Dia benar-benar merindui Selena.

****************
Sambungannya dalam chapter seterusnya.

Btw,

Rangkap lirik pertama:
Lust for Life // Lana del Rey

Rangkap lirik terakhir:
Venice Bitch //  Lana del Rey
(Video dia ada kat atas tu)

Enjoy.

Thank you, readers.

PENDIAMWhere stories live. Discover now