Satu

287 12 0
                                    

"Janji dengan saya yang awak akan kembali. Saya akan merindui awak."

Maya terus terbangun dari tidurnya. Tubuhnya terasa dingin dan berpeluh-peluh padahal kipas angin berada betul-betul di atasnya. Dia meraup wajahnya dan melihat sekelilingnya. Ada cahaya malap di penjuru kanan biliknya.
"Kau tak tidur lagi ke, Mila?"
Mila terus menoleh ke belakang apabila mendengar suara Maya.
"Yes, esok I ada kuiz. So I ingat nak stay up malam ni. You mimpi buruk ke?"
Maya terkejut. Bagaimana Mila tahu dia bermimpi buruk?
"I dengar you meracau tadi."
Maya melepaskan keluhan berat.
"Pukul berapa sekarang ni?"
"Baru pukul 2 pagi. Awal lagi ni. You basuh la muka and kaki you dulu sebelum tidur semula," pesan Mila.
Maya bingkas bangun dari tempat perbaringan dan berjalan menuju ke arah loker pakaiannya.
"Aku nak pergi mandi terus. Aku nak buat kerja sikit."
"Okay."
Mila kembali fokus pada pembelajarannya. Maya melangkah keluar dari biliknya dan melihat masih ada beberapa pelajar sedang berbual-bual di luar bilik bersama-sama kawan mereka. Dia masuk ke bilik mandi dan mula menanggalkan pakaiannya. Sebaik sahaja air membasahi tubuhnya, ada seseorang mengetuk pintu bilik mandinya.
"Maya, you ke tu dalam bilik mandi ni"
"Ya! Kenapa, Mila?" sahutnya.
"Jom teman I ke pondok sekejap. I nak berehat sekejap."
"Okay, tunggu aku habis mandi dulu."
Maya terdengar Mila ketawa kecil.
"Janji tau. I tunggu you."
"Ya, ya. Nanti aku pergi. Kau pergi la dulu."
Maya sudah tidak mendengar suara Mila lagi di luar bilik mandinya.

Namun, tidak beberapa minit kemudian pintu bilik mandinya diketuk lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Namun, tidak beberapa minit kemudian pintu bilik mandinya diketuk lagi.
"Kenapa, Mila?"
"Minta maaf, awak. Saya jiran sebelah bilik awak. Saya tengah gunakan tandas tadi. Boleh saya tanya? Tadi awak bercakap dengan siapa ya?"
Maya mengeluh kecil. Kenapalah ada orang tanya soalan bodoh begitu?
"Oh, tadi saya cakap dengan roommate saya. Minta maaf kalau bising sangat."
Maya menekan butang switch off air pancut.
"Oh, takpa. Tak menganggu pun. Minta maaf kalau menganggu awak ya."
"Its okay. No problem at all."

Setelah hampir setengah jam Maya menghabiskan masanya di dalam bilik mandi, dia keluar berkemban tuala lalu mengeluarkan produk penjagaan kulitnya. Dia baru sahaja memakai penyegar muka apabila dia terdengar bunyi jeritan dari luar bilik mandi. Beberapa orang perempuan berlari di luar membuatkan Maya mengintai ke arah luar. 

"Masuk bilik cepat! Ada orang kena histeria!"

Terdapat dua orang perempuan sedang memandang Maya dengan pandangan aneh. Namun, Maya tidak perasan akan dua orang perempuan tersebut. Dia terus mengemas barang-barang mandinya dan penjagaan kulitnya seraya masuk ke dalam biliknya. 

"Kenapa bising-bising kat luar tu?"

Maya sedikit terkejut apabila melihat Mila masih berada di dalam bilik menghadap meja belajarnya.

"Eh, tadi kau cakap nak pergi pondok dulu."

Mila menoleh ke arah Maya.

"Bila masa I cakap nak pergi ke pondok dengan you?"

"Tadi, waktu aku tengah mandi. Kau ajak aku pergi pondok untuk berehat sekejap."

Mereka berdua saling berpandangan.

"Kat luar tu bising kenapa?"

Mila cuba menukar topik perbualan tetapi dia tidak tahu soalan itu hanya mencambahkan benih ketakutan dalam diri Maya. Dia mendiamkan dirinya seketika sebelum menelan air liurnya.

"Ada... hmm... ada histeria kat luar."

Wajah Maya menjadi pucat.

"MINTA PERHATIAN SEMUA PENUNTUT KOLEJ, DILARANG KELUAR BILIK SEHINGGA DIMAKLUMKAN KEMUDIAN."

Maya mengunci pintu biliknya. Dia terus menyarung baju kelawarnya, mengambil kerusi lalu duduk bersebelahan Mila.

"So, benda tu tegur you tadi?" bisik Mila. Dia juga telah menutup buku bacaannya dan merapati Maya.

Maya melepaskan keluhan berat. Dia mengangguk perlahan.

"Nasib baik I dah habis baca chapter yang masuk kuiz esok sebelum jadi benda ni."

Suasana menjadi diam buat sementara waktu. Namun, tidak lama kemudian mereka berdua terdengar bunyi hempasan pintu yang kuat yang bersilih ganti. Makin lama makin bunyi itu mendekati deria pendengaran mereka. Diselangi bunyi hempasan pintu, mereka juga mendengar suara beberapa perempuan menjerit dan menangis mengilai.

"Maya....."

Maya menoleh pantas ke arah kanannya. Dia mendengar suara memanggil namanya.

"You mimpi buruk sebelum benda ni terjadi kan?"

Maya menoleh ke arah Mila pula. Dia jadi kaget.

"Hah? Kenapa?"

"Maybe mimpi tu petanda untuk you," ujar Mila kepada dirinya sendiri.

Dahi Maya berkerut.

"Maya....."

"Sixth sense you dah mula bukakan pintunya untuk you."

"Apa kau cakap ni, Mila? Aku mana ada sixth sense ke apa. Kenapa dengan kau?"

Maya berasa sedikit terganggu dengan suara halus yang memanggil-manggil namanya dan percakapan merepek Mila.

"Kalau tidak, you takkan nampak I dalam bilik ni."

Tidak semena-mena tubuh Maya berasa seram sejuk apabila dia mendengar kata-kata Mila sebentar tadi.

"It's okay. I bukannya berbahaya pun. Cuma I pelik kenapa ada benda lain menyamar jadi I untuk panggil you. Hmm, menarik ni."

"Apa kau merepek ni, Mila? Kau bukan Mila kan?"

Mila pantas menggelangkan kepalanya.

"I memang Mila. Jangan takutlah."

Maya mulai menjauhkan diri daripada Mila. 

"Cik Maya, minta maaf kalau menganggu. Boleh buka pintu ni sebentar? Kami nak tolong cik Maya."

"Oh, mereka dah datang. Nak halau I lagi la tu."

Kali ini Mila pula mengeluh. Maya membuka pintu biliknya dan melihat ada dua orang ustaz dan beberapa pelajar perempuan bersama-sama ustaz tersebut. Dia jadi terpinga-pinga.

"Ya, kenapa?"

"Minta maaf kalau kami datang secara tiba-tiba tapi untuk pengetahuan cik Maya, cik Maya tidak pernah ada roommate di dalam bilik ini. Dalam sistem perisian data penuntut kolej, cik Maya ialah satu-satunya penuntut yang tidak mempunyai roommate."

"I dah cakap, sixth sense you dah buka semula."

Kata-kata Mila membuatkan Maya tidak berani menoleh ke belakangnya.

Kata-kata Mila membuatkan Maya tidak berani menoleh ke belakangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PENDIAMWhere stories live. Discover now