Empat

113 8 0
                                    

"Berapa lama lagi kita boleh bertahan, Rina?"
Rina menggenggam erat tangan Mia, cuba memberi harapan kepadanya.
"Kita akan bertahan selama mana kita boleh bertahan, Mia."
"Dia akan jumpa kita tidak lama lagi, Rina. Awak pergi dari sini," ujar Mia, lemah.
Rina hampir-hampir mahu menumpahkan air matanya.
"Aku akan halang dia, Mia. Kau kena bertahan sehingga Pierre datang sini."
Rina melepaskan genggamannya lalu menghilangkan dirinya jauh ke dalam gua yang diduduki mereka. Dia berdiri tepat-tepat di pusat gua itu lalu mengeluarkan seluruh saki-baki tenaganya untuk menyembunyikan diri mereka berdua daripada dihidu musub.
Mia yang bersendirian menggagahkan dirinya untuk bangun. Dia dapat merasakan suatu kuasa hebat menghampirinya.
"Kau patut menyerah, Mia."
Mia mengukir senyuman kecil.
"Kau pengkhianat..."
"Aku perlu jaga kedudukan aku, Mia. Kau pun tahu."
"Kalau aku serahkan diri aku, apa jaminan yang aku dapat?"
Satu senyuman jahat terlukis pada wajah yang tersembunyi itu.
"Aku takkan ganggu sesiapa, kini dan selamanya kecuali kau."
"Kau akan mungkir janji..."
Mia merasakan tubuhnya semakin lemah. Satu ketawa kecil meletus.
"Kau dah tak berdaya, Mia. Jika aku memungkiri janji, sudah lama aku bunuh Rina yang jauh lebih lemah daripada kau tanpa pengetahuannya."
Mia mendiamkan dirinya seketika. Dia tahu mereka berdua tidak mampu berlawan setelah apa yang terjadi kelmarin. Rina pula sedang menghabiskan sisa tenaganya untuk melindungi kawasan ini.
"Bawa aku keluar dari sini dan jangan ada sesiapapun yang berani mengganggu Rina di sini."
"Baik, semuanya demi kau, Miaku."
Mia melemparkan pandangannya ke dalam kegelapan gua.
"Selamat tinggal, Rina..."
"Cepat keluar sebelum dia datang sini!"
Fokus Rina hilang sepenuhnya apabila dia tidak merasai kewujudan Mia. Dia terus kembali ke tempat asalnya. Namun hanya Pierre yang terlantar lemah di tempat perbaringan Mia sebentar.
"Mia..... Mereka dah ambil Mia..."
Melihat keadaan Pierre yang cedera parah membuakkan amarah Rina. Dia mahu keluar dari gua itu untuk mengambil semula Mia namun dihalang Pierre.
"Maaf, Rina. Aku aktifkan pelindung aku untuk elakkan sesiapa masuk ke sini."
"Mia? Mana Mia?"
Wajah Pierre bertukar sugul.
"Maafkan aku, Rina. Dia datang bersama-sama beberapa orangnya. Aku tak mampu nak lawan semuanya sendirian."
Wajah Rina terus menjadi pucat.
"Tak, tak, tak... Kita tak boleh biarkan dia dapat Mia! Aku nak kejar mereka."
Menggunakan tenaga yang masih berbaki, Pierre menahan Rina daripada keluar dari gua itu.
"Kau gila ka apa?! Mereka kuat daripada kita sekarang ni! Kau nak Mia lihat kita mati begitu sahaja?"
"MIA, PIERRE!"
Rina tidak menahan perasaan amarahnya ketika ini.
"Sabar, Rina. Kita akan dapat semula Mia. Jangan risau... Aku pun risaukan Mia, Rina."
Rina terus menangis teresak-esak di hadapan Pierre.
"Mia..... MIAAAAA!"
Pierre menyalahkan dirinya kerana membiarkan dia diserang hendap sehingga mereka berjaya menangkap Mia sebentar tadi. Dia juga berasa kecewa.

PENDIAMWhere stories live. Discover now