Lapan

101 13 3
                                    

Maya sebenarnya penat apabila mukanya dicari ustaz Hakim setiap kali berlaku kes histeria di mana dia berada. Rina masih menemaninya namun hanya dari jauh.

"Saya tak mahu sesiapa yang hijabnya terbuka penuh tahu saya berada dengan awak. Jangan risau, saya akan lihat awak dari jauh."

Maya mengurut kepalanya yang pening mendengar jeritan salah seorang penghuni kolej yang masih lagi dalam keadaan histeria.

"Kenapa hang boleh relax macam ni? Hang tau dak, semua ni jadi sebab hang."

Dahi Maya berkerut. Dia tidak suka dituduh begitu oleh orang luar yang tidak tahu apa-apa mengenai dirinya.

"MAYA!!!"

Darah Maya terus berderau. Dia tahu suara itu. Dia menjauhi dirinya dari surau, tidak mahu mendengar suara itu kembali.

"Ustaz, dia lari dari sini, ustaz!" panggil perempuan yang menjaga Maya sebentar tadi.

"AKU MAHU MAYA!"

"Kenapa kau nakkan dia? Keluar kau dari badan budak ni! Dia tak bersalah apa-apapun!"

Tiba-tiba, mereka yang berada di dalam surau itu dapat merasakan satu goncangan kuat sekeliling mereka membuatkan mereka terpaksa menunduk ke lantai.

"Kau pergi dari sini atau aku akan hantar mayat kau kepada tuan kau!"

Perempuan yang dirasuk itu menjeling tajam ke arah Rina.

"Maya milik kami! Kau tahu tapi kenapa halang aku ambil dia!"

Sebilah lembing tiba-tiba tergenggam erat pada tangan Rina membuatkan perempuan itu bergerak ke belakang menjauhinya.

"Kau tahu benda yang aku pegang ni apa? Kau tahu kan aku pernah lumpuhkan kuasa tuan kau guna lembing ni. Kau nak merasa apa yang tuan kau pernah rasa?" Rina memberi amaran keras kepada perempuan itu.

"Aku akan kembali semula. INGAT!!!"

Serta-merta goncangan tadi berakhir sebaik sahaja Rina menghalau lembaga yang merasuki perempuan itu. Dia terus menghilangkan dirinya.

"Ustaz, benda tu cakap dengan siapa tadi?"

"Allahuakbar. Saya pun tak tahu tapi kita patut tengok keadaan perempuan tu dulu."

Ustaz Hakim bersama-sama pelajarnya perlahan-lahan bangun. Dahinya berkerut seribu.

"Ada benda baik dan jahat yang muncul kerana Maya. Saya perlu bercakap dengan dia secepat yang mungkin."

Nafasnya tercungap-cungap setelah lari jauh dari surau kolej. Dia memandang keadaan sekelilingnya. Kini Maya berada di bangunan pentadbiran tanpa dia sedar. Tidak lama kemudian, dia terdengar suara sekumpulan orang sedang bercakap menghampirinya.

"Esok lepas habis test, kita discuss lagi pasal assignment kita."

"No problem. Kita nak jumpa kat mana?"

"Library ja la."

Maya merasakan kepalanya berpinar-pinar. Dia terjatuh ke lantai simen. Betul-betul di hadapan mereka.

"Arfan..."

Tiba-tiba Maya berdiri di depan lelaki berbaju kemeja biru gelap. Intonasi suaranya telah berubah. Maya bukan lagi Maya.

"Excuse me?" tanya lelaki bernama Arfan itu.

"Hey, ni kan budak pelik tu. Yang kena rasuk kat kolej kita hari tu," bisik salah seorang kawannya.

Maya menjeling kawannya.

"Hai, Arfan. You dah lupakan I?"

Wajah Arfan terus berubah pucat. Dia kenal suara itu.

PENDIAMWhere stories live. Discover now