Dua

177 11 1
                                    

"So, you cuma diamkan diri you ja bila mereka soal you?"
Maya tidak mengendahkan pertanyaan Mila. Dia dalam perjalanan menuju ke kelasnya dan semenjak kejadian semalam, Mila asyik mengikutinya ke mana-mana sahaja. Dia perasan sejak kejadian semalam, ada mata-mata yang memandangnya dengan seribu satu persoalan. Bukannya apa, tadi pagi bila dia masuk bilik mandi, hampir semua orang yang berada dalam bilik mandi bergegas keluar menjauhinya.
"Mereka layan aku macam aku ni hantu..." rungut Maya tanpa dia sedari.
"Hantu dalam bilik tu I, kenapa mereka takut dengan you?"
Maya menjeling tajam ke arah Mila.
"Semua sebab kau la, setan."
"Hey, I bukan setan okay. Itu level tinggi punya makhluk. I makhluk picisan ja."
Beberapa orang lelaki dan perempuan yang berada berdekatannya segera menjauhi Maya dan berbisik-bisik sesama mereka. Dia mengeluh berat. Dia baru pelajar semester satu yang baru sebulan belajar di sini tetapi dia mulai dipinggirkan. Keadaan ini sama seperti dia di sekolah lamanya. Maya menghentikan langkahnya.
"Sama seperti dulu..."
"Hah? Apa maksud you?"
Mila berdiri betul-betul di hadapannya.
"I dah agak dah you ni mesti special. Kalau tidak, macam manalah you boleh rileks ja berkawan dengan I."
Maya menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal.

Maya dan Mila memasuki kelas dan mereka berdua ialah orang pertama yang datang ke kelas.
"Mereka tak tahu ka kalau datang awal, ilmu senang masuk?"
Maya ketawa kecil.
"Tak ada kena mengena la."
"Ada la. Sebab you boleh duduk depan sekali. Kalau I masih hidup, I mungkin akan jadi kawan you, selalu teman you datang awal sekali. I suka datang awal dan duduk depan dalam kelas."
Maya mengambil tempat duduk paling hadapan sekali.
"Kau tak pernah bercakap seramah ni dengan aku sebelum ni. Kenapa sekarang?"
Mila duduk di hadapannya.
"Sebab you tahu siapa I yang sebenarnya dah. I takut untuk bercakap dengan you selalu sebab tak nak you tahu hal sebenar tentang I."
"Apa maksud kau?"
Riak Mila bertukar muram.
"Setiap kali ada penuntut baru dalam bilik tu, mesti dia akan pindah bilik lain ataupun lagi teruk, berhenti belajar. Dah berapa kali I kena halau dari bilik tu. Tapi boleh ja I duduk dalam bilik tu semula. Mereka cuma bersihkan bilik tu bila ada kes saja. Macam kes semalam. Tapi I pelik mereka tak datang bersihkan pun semalam."
Maya tersenyum kecil.
"Rasanya mereka bersihkan sekarang.  Aku perasan senior-senior yang datang semalam berkumpul di surau kolej tadi sebelum kau ikut aku datang ke sini."
Mila terus menjatuhkan mukanya ke meja Maya.
"Habislah I tak boleh masuk dalam tu untuk beberapa hari ni."
"Sabar je la, Mila."
Maya ketawa mendengar keluhan Mila.
"Maya, awak bercakap dengan siapa tu?"
Ketawa Maya terus berhenti apabila pensyarahnya menegurnya di pintu depan kelas. Maya menafikan pertanyaan pensyarahnya.
"Mana yang lain-lain? Dah pukul 9 pagi ni."
Maya menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.

Madam Amirah meneruskan pengajaran walaupun dia sedikit terganggu dengan apa yang dia saksikan tadi pagi dalam kelas pertamanya. Dia sendiri nampak salah seorang pelajarnya yang bernama Maya bercakap dengan seseorang. Dia jarang melihat Maya berbual-bual serancak itu kerana dia tahu pelajarnya itu seorang yang pendiam.
"Madam nak tahu tak semalam ada kes histeria kat kolej perempuan. Satu tingkat kena ganggu."
Kata-kata daripada salah seorang pelajar lelakinya menarik perhatiannya.
"Semalam ka? Kenapa, apa yamg terjadi?"
"Budak baru puncanya, madam. Kesian kawan saya kena semalam. Sekarang ni parents diorang bawa diorang balik," sampuk pelajar perempuan pula.
Madam Amirah mengerutkan dahinya.
"Budak baru?"
"Haah, budak sem satu. Dia jarang bercakap dengan orang dan bilik yang dia duduk tu berhantu."
"Dia dah la duduk sorang-sorang dalam bilik tu tapi setiap malam student yang duduk setingkat dengan dia kadang-kadang dengar dia bercakap dengan someone dalam bilik tu," celah pelajar perempuan yang lain.
"Aku tengok budak perempuan tu pun dah rasa seram wei."
"Tak baik la ko cakap macam tu doh. Dia orang betul la. Penakut betul. Dengan manusia pun boleh takut, ni kalau kalau jumpa hantu betul mesti terkencing dalam seluar dulu," ujar kawan mereka yang lain sambil ketawa.
Dalam ketawa mereka, tanpa mereka sedari, Mila memerhati mereka semua dengan pandangan tajam. Maya sudah pulang ke biliknya dan dia tidak dapat masuk ke dalam bilik itu, jadi dia sengaja berlegar-legar di sekitar kelas yang masih ada orang.
"Jangan sampai I kacau you all baru tahu langit rendah ka tinggi."
"Lelaki yang ketawakan dia paling sakan tu acah berani, Mila."
Mila perasan akan kehadiran seorang budak lelaki kecil di sebelahnya.
"Beberapa hari lepas aku nampak dia bawa masuk perempuan senyap-senyap dalam bilik dia. Mentang-mentanglah roommate dia yang lain balik rumah."
"You tak pergi takutkan dia?"
Budak kecil tersenyum lebar.
"Dia nak buat dosa, buat apa aku halang."
Mereka berdua masing-masing tersenyum penuh makna.

"Sini ka benda tu suruh you datang? I tak rasa apa-apa pun di sini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sini ka benda tu suruh you datang? I tak rasa apa-apa pun di sini."
Maya juga tidak berasa apa-apa seperti semalam sewaktu benda itu menyamar menjadi Mila. Sebenarnya dia dapat rasakan sesuatu apabila benda itu datang kepadanya. Satu perasaan yang pelik tetapi dia tidaklah berasa seram atau takut.
"You tahu, pondok ni dah lama terbiar kosong sebab dulu pernah ada kes rasukan di pondok ni. Tapi I pelik kenapa pondok ni tak dirobohkan walaupun berhantu," tanya Mila kehairanan.
"Sebab ada 'penjaga'. Tu."
Maya menuding jarinya ke arah lembaga bersusuk sasa di dalam pondok itu.
"Eh, sejak bila dia ada di sini? I tak pernah nampak dia la."
"Dia bukan penjaga pondok tu la."
Mereka berdua terdengar suara lembut dari belakang membuatkan kedua-dua mereka berpaling ke belakang.
Antara mereka berdua, Mayalah yang paling terkejut apabila melihat susuk lembaga perempuan yang berada di belakang mereka tadi. Dia sudah ingat kembali perasaan aneh yang dirasainya semalam.
"Apa khabar, Maya? Saya datang menagih janji kita semula."
"Dan aku juga."
Susuk lembaga sasa yang berada di pondok sebentar tadi sekelip mata berada di hadapan mereka berdua.
Maya cuba mengingati semula lembaga bertubuh sasa itu namun hampa. Dia tidak ingat akan lembaga itu kecuali lembaga perempuan itu.
"Tina... Qistina... Ya, Qistina."
"Qistina? Nama yang you selalu meracau dalam tidur you tu? Dia ni Qistina?"
Maya beralih pandangan kepada Mila.
"Aku selalu meracau ke?"
Mila mengangguk lalu berkata, "Setiap malam."
"Kita berdua janji yang awak akan kembali."

"MAYA, PERGI JAUH DARI SITU!"

"Shit, kita semua dalam masalah sekarang ni."
"Tak mengapa. Maya, minta maaf. Aku terpaksa buat begini pada kau."

Tidak sampai sesaat, pandangan Maya terus menjadi gelap. Dia terus rebah tidak sedarkan diri.
"Kau, pergi jauh dari sini sejauh yang mungkin. Bawa kawan-kawan kau sekali," arah lembaga bersusuk sasa itu.
"Mereka akan pagar tidak lama lagi. Mana-mana yang ada dalam ni takkan boleh keluar dan mana-mana yang ada di luar takkan boleh masuk," ujar lembaga perempuan itu.
Mila mengangguk faham. Dia terus menghilangkan dirinya. Mereka berdua juga menghilangkan diri mereka. Dalam sekelip mata, terdapat sekumpulan pelajar bersama-sama ustaz menggerumuni Maya.

"Mereka sengaja buat kacau."
"Hmm. Lebih baik kita juga beredar dari sini."
"Rosak rancangan kita."
"Tak mengapa. Lambat-laun kita akan dapat juga perempuan tu."

PENDIAMWhere stories live. Discover now