Sepuluh

94 7 0
                                    

"Janji dengan aku, sahabatku. Kau akan jaga keluarga aku sebagaimana kau melindungi aku selama ini. Janji dengan aku..."

"Aku janji tapi kau harus janji dengan aku juga kau tak akan tinggalkan aku."

"Masa aku sudah tidak lama lagi. Tak kira apa-apa pun yang berlaku pada aku, kau janji dengan aku yang kau akan jaga dan lindungi keluarga. Mereka tak boleh apa-apakan keluarga aku dengan izin Allah."

Dari jauh, mata Maya tidak berkelip-kelip memandang dua orang perempuan yang berada tidak jauh daripada mereka. Mereka berdua seolah-olah tidak perasan akan kehadiran Maya. Maya kini berada di kawasan hutan di mana sekelilingnya dipenuhi tanaman bunga mawar merah yang indah namun ia mengundang perasaan sayu dalam dirinya. Dia sendiri tidak tahu sebabnya.

"Maya..."

Maya menoleh ke kanannya dan melihat ada seorang perempuan yang menutupi wajahnya berada di depannya. Dia terlompat ke belakang menjauhi perempuan itu.

"Siapa kau?"

"Ikut aku, Maya."

"Kenapa? Siapa kau?"

"Untuk jawapan kepada segala-gala yang berlaku kepada diri kau. Aku minta maaf, Maya."

Maya baru menapak selangkah namun tiba-tiba seluruh hutan tersebut menjadi gelap-gelita.

"KAU MILIK AKU, MAYA VAN GRACE. QISTINA DAN QIYAMAN AKAN TUNDUK KEPADAKU APABILA KAU MILIK AKU!"

Badan Maya menggigil ketakutan. Tubuhnya serta-merta meremang dingin. 

"PERGI! PERGI!!! PERGI DARI AKU!!!!!"

Maya menutup kedua-dua belah telinganya. Airmatanya laju menuruni pipinya. Dia kenal suara itu tetapi dia tidak ingat siapa empunya suara. Malah, jarang sekali mana-mana orang tahu nama sebenarnya melainkan keluarganya dan Krist. 

"AKU AKAN AMBIL KAU SUATU HARI NANTI, MAYA! KAU SENDIRI YANG AKAN DATANG KEPADAKU. INGAT!"

"TAK! TAKKKKK!!!!!"

"Maya! Buka pintu ini. Kalau tak, kami terpaksa pecahkan pintu ni."

Maya terjaga dari tidurnya apabila dia mendengar suara ustaz Hakim dari luar biliknya. Dia mengesat air matanya. Semuanya mimpi.

"Tak. Tu bukan semata-mata mimpi."

Maya memeluk lututnya. Kepalanya terasa berat. 

"Maya! Tolonglah. Saya nak tolong kamu, Maya."

Maya menjadi marah apabila mendengar kata-kata ustaz Hakim itu. Dia bingkas bangun lalu menendang kembali pintu biliknya membuatkan ustaz Hakim dan beberapa pelajar lain terkejut.

"PERGI DARI SINI! Aku tak perlu pertolongan sesiapapun! Dari kecil sampai sekarang memang aku ni pelik! Pergi! Pergilah....." marah Maya seraya menangis lagi. Dia bersandar lemah pada pintu biliknya.

Dia cuba untuk mengingati siapa dan apa yang berlaku pada dirinya sebelum segala-gala ini berlaku kepadanya namun hampa. Dia tahu Tina dan Rina tetapi dia tidak ingat Qi dan mahkluk-mahkluk lain yang cuba mendekatinya selain Mila, kembar, dan Selena. Apa yang sedang berlaku kepadanya?

Dari jauh, Rina cuba menahan dirinya daripada pergi kepada Maya walaupun dia benar-benar mahu melindunginya. Dia tahu itu cubaan benda itu untuk menariknya keluar dari tempat perlindungannya. Lagipun, dia tidak mahu manusia yang bernama ustaz Hakim itu tahu dia ada berdekatan Maya. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu melibatkan mana-mana manusia dalam halnya dan Maya.

"Minta maaf, Maya. Cuba bertahan. Tuhan sedang menguji kau. Tiada kesusahan yang Dia berikan melainkan yang setimpal dengan kemampuan kau."

"Setiap kepayahan ada kesenangan, Maya..."

PENDIAMWhere stories live. Discover now