Chapter 1

546 17 0
                                    

Suasana di hadapan pusat membeli-belah 'ST' riuh seperti hari-hari biasa. Orang ramai, dari setiap lapisan umur, berjalan-jalan dengan tujuan masing masing. Kedengaran suara pelajar perempuan sekolah menengah tinggi berbual bersama rakan-rakannya. Bunyi derapan kaki seseorang yang sedang berlari anak seperti sedang bergegas ke suatu lokasi. Turut kedengaran kanak-kanak yang merengek meminta sesuatu daripada ibu bapanya.

Di bawah sinaran cahaya matahari yang terasa suam di musim luruh, seorang gadis sedang terbaring di atas bangku berhadapan ST Mall. Matanya tertutup manakala tangan kanannya menutupi dahi. Gadis tersebut mengenakan hoodie berwarna soft-blue bersama jeans dark-blue serta sneaker putih berjenama Puma. Beg galas berwarna hitam diletakkan di atas perutnya sementara tangan kirinya yang menggenggam cermin matanya berada diatas beg.

Beberapa minit kemudian, kelihatan 2 orang gadis berjalan mendekatinya. Salah seorang gadis tersebut berambut panjang yang beralun (wavy) paras pinggang. Dia mengenakan t-shirt strip hitam-putih bersama kot panjang merah jambu dan dipadankan dengan jeans soft-blue serta kasut berwarna pink.

Seorang lagi pula berambut sedikit kerinting diikat pony-tail. Hoodie putih dengan tulisan 'Youth' berwarna biru gelap di dada dipadankan dengan jeans soft-blue serta sneaker hitam berjenama Vans. Ootd-nya dilengkapi dengan cap plain berwarna putih.

"Yaa! Im, bangun." Gadis berambut panjang menegur Im yang sudah lama menanti ketibaan rakan-rakannya itu. Im memakai cermin matanya lalu memandang kearah mereka berdua. Dia bangkit untuk memberikan tempat duduk kepada Ae dan Min.

"Sorry lambat. Prof tu laa berleter tak ingat dunia. Kau sendiri pon dengar prof panggil nama aku tadi kan?! Haaa…" Ujar Min sambil tersengih. Im hanya memberikan renungan tajam kepada Min.

Vbrr~ Vbrrr~

Handphone Min vibrate menandakan seseorang sedang menelefonnya. Tertera nama -Jay- pada skrin handphone-nya. Ditunjukkan kepada Im kemudian menjawab panggilan tersebut.

"Hello."

"Otw! Otw!"

Tutt…

Tidak sampai 2 saat, panggilan telefon tamat begitu sahaja. "Macam biasa laa member kau tu." Min memberitahu Im. Matanya membaca waktu pada jam tangannya. 2:11 p.m. Im mengeluh. Badannya disandarkan pada Min sambil tangannya pantas mengambil cap Min. Im menyarung cap tersebut sehingga menutupi matanya.

Im sangat tabah dengan sikap rakannya yang tidak menepati masa setiap kali berjanji. Siswazah dari Universiti Korea tahun ke-4 ini mempunyai sikap menepati waktu yang sangat berbeza dari orang lain. Gadis bernama Jung Eun Rim ini telah tiba 5 minit awal di lokasi yang dijanjikan untuk berkumpul. Walaupun sebenarnya tempoh masa yang dianggarkan untuk tiba di lokasi berbeza dari yang sepatutnya.

Mereka telah berjanji untuk shopping dan makan bersama selepas habis kuliah hari ini. Walaupun tidak sampai 30 minit menunggu, tapi 11 minit bagaikan berjam-jam. Min dan Ae tiba bersama-sama 6 minit lewat. Seperti biasa, Jay adalah yang terakhir tiba. Im tidak mampu berkata apa-apa kerana kawannya yang seorang ini memang sejak azali payah untuk menepati masa.

Beberapa minit kemudian kelihatan seorang lagi gadis berlari anak kearah mereka. Berpakaian kot berwarna soft-chocolate dengan sweater kelabu. Seluar jeans dengan sneakers Nike berwarna hitam melengkapkan pakaiannya.

"Sorry." Ujar Jay sambil tersengih macam kerang busuk.

"Ok semua dah sampai. Jom gerak! Kau Jay, belanja aku makan." Im bangkit dari tempat duduknya. Begnya digalas sambil berjalan mendahului rakan-rakannya. Langkahnya dihentak hentak menunjukkan betapa geramnya dia terhadap rakan-rakannya.

Mereka sepatutnya berlima, namun Ain terpaksa mengikuti ayahnya ke Arab Saudi atas urusan kerja. Lagi 2 hari dia akan pulang ke Korea.

Mereka berlima merupakan mahasiswi tahun ke-4 di Universiti Korea untuk sijil Master. Im dan Min mengambil jurusan yang sama iaitu Architecture manakala Ain dan Jay mengambil jurusan TESL dan Ae pula mempelajari jurusan Akaun. Kelima-lima gadis ini merupakan anak perempuan kepada Lembaga Pengarah syarikat-syarikat besar di Korea.

"Im~ rilek laa. Aku lambat sikit jerp. Tak yah laa marah." Jay cuba memujuk Im.

"Eh! Bila masa plak aku marah? Aku ok laa, macam aku tak biasa pulak ngan kau." Im berkata dengan nada pasrah.

Im merupakan anak perempuan kedua kepada Lembaga Pengarah ST Group, Tuan Jung Sae Teung. Ayahnya merupakan founder kepada syarikat tersebut. Walaupun baru 15 tahun dibangunkan, syarikat tersebut telah berjaya mendapat nama sebagai antara syarikat terbesar di Korea dan beberapa negara lain. Kakaknya, Jung Eun So akan mewarisi syarikat tersebut sebagai pewaris sulung dan kini telah menyandang jawatan CEO syarikat itu.

Jay atau nama penuhnya Kim Jae Soo merupakan puteri bongsu Menteri Dalam Negeri dan Keselamatan Korea, Tuan Kim Go Jun. Berkat hubungan persahabatan ayahnya dengan Menteri Pertahanan Negara serta ayah-ayah mereka yang lain, setiap daripada mereka berlima dijaga oleh 3 pengawal keselamatan yang direkrut dari Pasukan Tentera Elit Korea. Selain itu, jawatan ayahnya tidak menjadi tanggungjawab abangnya dan Jay untuk diwarisi. Maka, Jay bebas memilih kerjaya yang diingini. Malahan, bapanya juga tidak mahu anak-anaknya menceburi bidang pekerjaan yang merbahaya itu.

"Hehe ok kau cakap kau nak makan apa, aku belanja." Jay tersenyum sambil tangannya memeluk lengan Im.

"Tak kan Im jer, aku nak gak." Ae mencelah.

"Eh! Kau beli sendiri laa. Duit banyak kan?!" Jay menolak Ae.

"Alaa belanja aku sekali~" Ae menggesel gesel badannya pada Jay.

"Weh! Aku kena palau eh?" Tiba-tiba Min bersuara di belakang mereka. Mereka bertiga berpusing serentak.

Im menarik Min menyertai mereka bertiga. "Alalala~ Min kena palau ye? Hahahahaha nak manja manja plak. Gi mati." Im bergurau dengan kawannya itu.

Ae atau Park Young Ae pula merupakan anak keempat Tuan Park Go Yul, Lembaga Pengarah Sun Holdings. Nama syarikat Sun Holdings sangat terkenal di sekitar negara-negara Asia dan beberapa negara barat kerana hampir 15 buah cawangan telah dibangunkan di beberapa buah negara tersebut. Syarikat tersebut merupakan antara syarikat gergasi di Korea dan Ae adalah pewaris seterusnya. Hal ini kerana abang dan kakaknya tidak berminat terhadap pengurusan syarikat itu. Oleh itu, Ae sanggup memikul tanggungjawab tersebut sebagai pewaris generasi ketiga keluarganya.

Lee Min Young lain sedikit daripada kawannya yang lain. Kerana, syarikat konglomerat terkenal di dunia dan no.1 di Korea, Samsung, adalah milik bapanya. Min adalah anak sulung kepada Tuan Lee Yong Shil, Lembaga Pengarah Samsung. Satu per lima pendapatan di Korea disumbang oleh Samsung. Syarikat gergasi tersebut akan diwariskan kepada Min sebagai pewaris sulung keluarganya walaupun course yang diambilnya di universiti bertentangan dengan pengurusan syarikat itu.

Akhir sekali, Yoo Ah In yang kini berada di Arab Saudi. Anak tunggal kepada Lembaga Pengarah LG Corporations, Yoo In Hwoi. Antara 10 syarikat terbesar di Korea yang menghasilkan barangan elektrik. Sebagai satu-satunya pewaris syarikat tersebut, Ain terpaksa akur dengan tanggungjawabnya. Oleh itu, setiap 2 hari seminggu Ain perlu mengikuti dan mengetahui segala perkembangan terkini syarikat tersebut. Termasuklah menyertai mesyuarat, press conference, lawatan luar negara dan kilang-kilang.

Mereka berempat berjalan-jalan mengelilingi pusat membeli-belah tersebut. Seperti hari-hari kebiasaan, mereka diikuti oleh seorang daripada tiga pengawal peribadi mereka. Lagi dua, mengawal dari jauh seperti yang diarahkan oleh gadis-gadis itu.

Mereka berlima ini mungkin adalah antara anak orang kaya yang paling merendah diri (maybe?). Mereka tak suka dikawal terlalu ketat, atau dilayan terlalu formal dan dihormati. Mereka sanggup beratur seperti masyarakat biasa, mereka juga tidak kisah menaiki kenderaan awam yang sesak.

Namun disebabkan oleh kekuasaan dan kerisauan ibu bapa mereka, setiap daripada mereka memiliki 3 pengawal keselamatan, seorang pemandu peribadi dan sebuah banglo besar lengkap dengan pembantu rumah. Keputusan ini dilakukan apabila mereka ingin keluar dari rumah ibu bapa mereka dan tinggal bersama di tempat lain. Niat mereka hanya ingin hidup berdikari setelah meningkat dewasa dan hidup seperti masyarakat biasa.

Maka, sebuah perjanjian telah dipersetujui antara ibu bapa mereka dan mereka sendiri. Kesemua pengawal, pemandu dan pembantu tersebut akan mereka terima tetapi dengan arahan mereka. Maksudnya, sekiranya mereka mahu, mereka akan panggil, sekiranya mereka tidak mahu, mereka akan mengarahkan mereka untuk pulang dan berehat. Ibu bapa mereka tiada hak untuk memberi arahan kepada kesemua pekerja mereka.

Typical Love Story [Malay Ver.] - JK FFTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang