Chapter 12

94 6 0
                                    

"Im! Bangun! Ya! Im!"

Im membuka matanya apabila merasakan seseorang sedang menendangnya bertubi-tubi. Dia bangkit perlahan-lahan dalam keadaan mamai dengan matanya yang masih lagi tertutup. Dia menguap sambil mengeliat.

"Emm.." Im menggaru lehernya yang tidak gatal sambil memandang sekeliling. Kawan-kawannya sudah tiada dan Min yang sedang bersiap dihadapan cermin tidak jauh darinya.

"Wae?" Soalnya. Dia masih lagi rasa mengantuk dan ingin sambung tidur.

"Pergi siap cepat. Kata nak keluar. Dah pukul 7.30 dah ni.." Ujar Min.

Im menghempas badannya semula diatas katil. "Alaaa~~ tak nak ikot laa~" Matanya tertutup untuk sambung tidur sebelum Min memaksanya lagi untuk bangun.

"Yah! Bangun. Jangan lupa esok kita nak 'berperang'. Banyak bende nak kena prepare." Min menyeret kawannya itu turun dari katil dengan menarik tangannya.

Melihat kesungguhan kawannya itu untuk mengajaknya keluar, Im mengalah dan bangun untuk ke tandas. "Hahhh.. ye la.." Ujar Im sambil menguap.

15 minit kemudian, Im keluar setelah selesai bersiap. Dia menyarungkan beanie berwarna biru gelap di kepalanya saat dia melangkah keluar dari bilik air. Sesuai dengan pakaiannya, iaitu t-shirt putih dengan denim outer dan seluar jeans dark blue.

"Dah jom. Diorang dah tunggu lama dah tu." Min mendahului Im keluar dari bilik mereka. Mereka berdua menaiki lif turun ke lobi untuk berjumpa dengan kawan-kawan mereka.

Ding!

Phone Min berbunyi menandakan terdapat mesej baru masuk.

- Korang lambat sangat, jadi kitorang gerak dulu. Pergi Aeon Funabashi. Btw, Jun Hoe tak turun lagi. -

Mereka berdua baru sahaja tiba di lobi. Min memberhentikan langkah apabila membaca mesej daripada Ain. "Kau pergi kat kereta dulu. Aku nak call Jun Hoe jap." Ujar Min kepada Im lalu beredar untuk membuat panggilan.

Im mengangguk dan berjalan menuju pintu utama. Dia menunggu Min di sekitar pintu utama.

Sementara itu, Min sedang menelefon Jun Hoe. "Hello."

"Oh, Min. Kenapa?" Soal Jun Hoe di hujung talian. Dia masih lagi sibuk dengan preparation di lokasi persembahan.

"Kau kat mana?" Soal Min pula.

"Dekat Makhuhari Messe lagi la. Kerja tak habis lagi ni." Balas Jun Hoe sambil tangannya sibuk mencatat sesuatu mengenai kerjanya diatas report. Jun Hoe sangat sibuk di sana kerana persembahan akan berlangsung esok. Namun, dalam kesibukannya dia tidak akan mengendahkan panggilan dari gadis yang disukainya itu. Panggilan telefon daripada Min dan suara manis tunangnya itu sedikit sebanyak menghilangkan tekanan yang dialami ketika sedang bekerja.

"Laa.. ingat kan dah habis, balik semua. Sebab kitorang nak keluar ni. Ingat nak ajak sekali." Min menerangkan kepada Jun Hoe.

"Oh.. Tak pe la. Korang pergi je. Aku pon lama lagi ni. Banyak lagi kerja nak kena buat." Jun Hoe sempat meminta seorang staf untuk memeriksa set-up wall yang berada di belakang kiri pentas.

Sudah lama dia perhatikan dinding itu kerana hatinya merasakan bahawa dinding kayu itu masih tidak kukuh apabila menyedari ianya bergoyang sedikit kedepan dan kebelakang. Sekiranya tidak dibaiki, ia akan mencederakan orang lain apabila terjatuh atau terhempap dan kecederaan tersebut mungkin teruk kerana kondisi dinding tersebut yang berat dan besar.

"Ok la. Ada apa-apa nak pesan tak?" Min bersikap baik dengan menanyakan sekiranya tunangnya itu memerlukan sesuatu untuk dikirim memandangkan Jun Hoe akan pulang lewat malam itu.

Typical Love Story [Malay Ver.] - JK FFWhere stories live. Discover now