Chapter 9

75 6 0
                                    

"Eonni, oppa-deuri. Memandangkan kitorang berlima pergi bercuti, eonni, oppa-ga dibenarkan untuk bercuti jugak." Ujar Jay sebaik sahaja memasukkan bagasinya di dalam bonet kereta. Mereka berlima berdiri sebaris menghadap pembantu-pembantu rumah -di luar rumah- sebelum bertolak ke lapangan terbang.

"Tapi hari kitorang balik tu, semua kena start kerja balik. So, before kitorang sampai kat rumah, rumah ni kena cantik, bersih, what so ever. Ok?" Soal Ae sambil tersenyum lebar.

"Baik, cik muda." Semua pembantu rumah mereka menjawab serentak.

Kemudian Im berpusing menghadap pengawal peribadi mereka pula. "Eonni, oppa semua ni pon cuti. Tak payah ikut kitorang, sebab Jun Hoe ada sekali. So, tak payah risau sangat. Ok?" Ujar Im. Sarjan Han dan ketua pengawal peribadi yang lain hanya membalas dengan anggukan kepala.

Kemudian, mereka berlima menaiki kereta. Min dan Ain menaiki kereta Jun Hoe, manakala Im, Ae dan Jay menaiki kereta yang dipandu oleh pemandu peribadi mereka. Kedua-dua kereta dipandu terus ke Incheon Airport. Mereka bertolak awal sehari kerana Jun Hoe perlu memulakan kerjanya membantu crew production set up location yang bermula hari ini.

Perjalan ke Incheon Airport memakan masa hampir 1 jam. Mereka semua keluar dari kereta dan mengeluarkan bagasi mereka dari bonet kereta.

"Aku gi parking dulu. Korang pergi check in." Ujar Jun Hoe sebelum beredar mencari parking.

"Woahh! Apasal ramai ngat orang ni?" Ujar Im sebaik sahaja melihat hampir beratus orang, yang kebanyakannya perempuan, berkumpul di hadapan pintu masuk utama lapangan terbang tersebut. Jay, Ae, Ain dan Min hanya mengangkat bahu mereka tanda tidak tahu. Hampir kesemuanya memegang kamera dan handphone masing-masing.

Mereka mula berjalan menuju ke pintu masuk dengan bagasi mereka. Tidak lama kemudian sebuah van hitam berhenti berhampiran mereka berlima. Pintu van dibuka dan beberapa orang lelaki keluar dari van tersebut membuatkan kesemua orang yang hadir di hadapan pintu masuk tadi mula menjerit dan menangkap gambar.

Flashlight yang terpancar dari kamera dan handphone mereka membuatkan lima gadis tersebut berasa silau. Mereka berhenti berjalan apabila flashlight tersebut semakin kuat dan banyak.

"Woa! Woa! Woa!! Pahal ni siot?!" Ujar Im sambil menutup matanya dengan tangan untuk mengelak dari silau.

Ae menoleh ke belakang untuk mencari punca mereka menangkap gambar. Terdapat 7 orang lelaki, dengan berpakaian sedikit fashionable, dan beberapa daripada mereka memakai cermin mata hitam dan ada juga yang memakai topeng muka dan cap. Dengan pantas Ae sedar bahawa mereka adalah artis.

"Ya! Ya! Jom jalan cepat. Masuk. Masuk." Ae menyuruh kawan-kawannya agar segera berjalan. Mereka berlima memasuki lapangan terbang tersebut dan berjaya melepaskan diri dari kesesakan peminat-peminat itu.

"Fuhhh.. Apasal weh?" Soal Min kepada Ae.

"Artis. Aku rasa diorang pon pergi KCON ni jugak kot." Ujar Ae.

"Haihhh silap hari la kita gerak hari ni. Patut pergi semalam. Kalau bukan sebab paper aku.. haduhh" Ain mengeluh. Baru sahaja tiba di airport, mereka sudah mula rasa penat.

"Dah la.. jom check in." Ujar Jay. Mereka berlima berjalan menuju ke kaunter untuk urusan seterusnya.

Namun, Im sempat menoleh untuk melihat artis yang berada diluar. Matanya terbeliak apabila terdapat sosok tubuh dan rupa yang dikenalinya. Tidak lain tidak bukan, Jungkook, pasangan blind date-nya 3 minggu lepas. Im pantas berpusing semula, mengharapkan agar Jungkook tidak menyedari kehadirannya.

Gadis itu pantas mengeluarkan topeng muka yang berwarna hitam dari beg galasnya lalu memakai untuk menutup mukanya. Dia tidak mahu Jungkook tahu bahawa dia berada di situ dan akan ke lokasi yang sama. Dia pantas mengejar kawan-kawannya yang sudah jauh meninggalkannya.

Typical Love Story [Malay Ver.] - JK FFWhere stories live. Discover now