Chapter 2

168 7 0
                                    

Setelah menonton wayang, mereka berempat membeli-belah bersama-sama. Bukan kehendak Im dan Min, tetapi kehendak Ae dan Jay. Kalau ada Ain, maka lengkaplah geng shopaholic itu. Im dan Min hanya mampu duduk termangu di luar kedai terutamanya apabila di kedai jualan alat solek dan skin care product. Adalah sangat lama untuk menunggu mereka membeli dan memilih. Namun sekiranya singgah di kedai baju dan sneakers, mungkin akan membangkitkan semangat Im dan Min.

"Min… lamanya…" Im merungut. Kepalanya disandarkan pada Min. Mereka berada di Sephora, kedai yang penuh dengan alat solek.

"Weh! Aku haus laa. Jom, kopi. Sementara tunggu diorang ni." Min mengajak Im. Pantas Im mengangkat kepalanya.

"Jom! Aku nak aiskrim." Bibirnya tersenyum setiap kali menyebut nama makanan.

"Jom tanya diorang, diorang nak sekali tak." Mereka berdua melangkah masuk ke kedai itu dan mendekati Jay dan Ae yang sedang sibuk memilih eye shadow.

"Weh korang! Kitorang nak pergi McD, beli kopi ngan aiskrim. Nak pape tak?" Tanya Im.

"Nak!" Serentak mereka berdua menyahut.

"Bagi aku Latte Caramel." Order Jay.

"Aku nak aiskrim laa, beli sama apa yang korang beli. Nanti aku bayar." Ae tersenyum lalu terus menyambung kembali memilih eye shadow dengan Jay.

"Korang tunggu sini tau." Pesan Min. Mereka hanya mengangguk perlahan. Sangat kusyuk sekali memilih warna eye shadow.

Im dan Min berjalan menuju McD yang tidak jauh dari Sephora. Hanya melangkau beberapa lot kedai sahaja. Pengawal peribadi mereka disuruh untuk menunggu bersama Ae dan Jay. Tiba sahaja di McD, mereka berdua mula beratur menunggu giliran. Keadaan di situ sangat sesak dengan para pelanggan walaupun pada hari bekerja.

Vbrr~ Vbrrr~

Handphone Im vibrate, tertera 'Eomma' pada skrin handphonenya. Im menunjukkan pada Min dengan muka pasrahnya. Dia dan Min tahu apakah maksud daripada panggilan tersebut. Im berjalan keluar dari McD. Nafasnya ditarik sebelum menjawab panggilan tersebut dengan rela hati.

"Hello."

"Eun. Eomma tahu kamu berada di ST sekarang kan?!"

'Ish! Eonni. Tak boleh ke mulut tu diam.' Im berceloteh dalam hati memarahi tindakan pengawal peribadinya yang selalu memberi laporan kepada ibu bapanya mengenai aktiviti hariannya.

"Then? Kenapa pulak? Apa masalahnya?" Im bertanya kepada ibunya.

"Tak de masalah, tapi eomma nak minta tolong boleh?"

"Alaa eommaaaa, tak nak laa pergi blind date tu. Pleaseee.. Bukannya kena dengan taste Im pon." Im merungut apabila dia pantas menangkap pemikiran ibunya. Pertolongan yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan adalah pergi ke blind date yang diaturkan oleh ibunya.

Sudah banyak kali ibunya mengaturkan temu janji untuk gadis muda itu mencari pasangan hidup. Namun, setiap daripada lelaki-lelaki yang diperkenalkan, Im menolak on the spot. Bukannya tidak mahu, tetapi Im dapat lihat lakonan mereka yang hanya menginginkan kekayaan keluarga mereka. Tambahan pula dengan kelakuan Im yang seperti tomboy dan kasar menyebabkan setiap date tidak menjadi.

"Nope. This time you will obey with my word. Kalau tak eomma akan minta ayah kamu bekukan akaun bank kamu." Puan Jung Seo Hyo mengugut anak daranya itu.

"Bekulah, beku. Tak kesah pon. I can survive." Ujar Im penuh keyakinan.

"Ok. Jagiya~" Puan Jung memanggil suaminya yang sedang sibuk dengan kertas kerja.

Sepantas kilat Im memanggil ibunya kembali. "EOMMA! OK! OK! Alright. Fine. I'll go. But promise me that this will be the last."

"Ok. Tapi, disebabkan this date is the last date, eomma nak kamu keluar date dengan dia at least 3 kali." Balas ibunya.

"3 kali?!" Im terkejut dengan kata-kata ibunya.

"Ye la, i want this date to be successful. At least be friend pon tak pe. Ok?"

"Sekarang kamu pergi ke restoran makcik kamu for the date."

"Sekarang ke?!"

"Ye laa sekarang. Habis, kamu nak tunggu bila lagi. Pergi cepat. Pukul 8 malam tepat date tu." Puan Jung mendesak Im.

"Haa.." Im menamatkan panggilan telefon. Dia melihat waktu pada jam tangannya. Pukul 7.43 malam.

Min berjalan mendekati Im dengan dua kopi dan dua aiskrim di setiap tangannya. "Asal? Its a date again?" Soal Min apabila melihat muka Im yang sangat pasrah. Im mengangguk perlahan.

"Sorry weh. But i need to go." Im mengambil aiskrim sundae cone yang dari tangan Min. Sekali lagi dia tertunduk mengeluh.

Min sangat memahami perasaan kawan baiknya itu. "Bertabahlah wahai sahabat." Min menepuk nepuk bahu Im.

Im mula melangkah dengan kepalanya tertunduk kebawah. Hatinya sememangnya tidak merelakan langkah kakinya. Aiskrim yang sepatutnya menggembirakannya tidak dimamah.

"Nanti story!" Pesan Min dari jauh. Im seakan dengar tidak dengar. Dia teruskan berjalan menuju ke restoran makciknya yang berada di tingkat 2. Satu per satu langkahnya diteruskan.

Min memandang kawannya itu berlalu pergi. Riak muka Min berubah kepada takut dan risau apabila menyedari terdapat seorang lelaki sedang berjalan pantas ke arah Im dan akan berlanggar dengan Im sekiranya tidak menumpukan perhatian.

"Im! Watch out!" Min menjerit memberi amaran. Im berhenti dan berpaling ke arah Min. Ketika badannya berpusing, seperti ramalan Min, Im berlanggar dengan seseorang yang sedang berjalan pantas ke arahnya. Maka, secara tidak sengaja tangan kirinya yang memegang aiskrim sundae mendarat pada badan orang itu tepat mengena jaket kulit berwarna hitam.

Dengan pantas Im berpaling semula melihat kepada siapakah dia berlanggar. Seorang lelaki. Itu sahaja yang Im dapat kenal pasti kerana mukanya tertutup dengan topeng hitam dan cermin mata hitam. Ditambah pula dengan cap hitam menyebabkan Im sukar untuk mengecam wajah lelaki tersebut. Namun badannya tinggi daripada Im, bahunya yang bidang menunjukkan bahawa dia adalah lelaki plus with the short hair, of course.

"Oh my gosh! Sorry. Saya minta maaf. I'm so sorry." Im pantas mengalihkan tangannya yang memegang aiskrim dari badan lelaki tersebut. Dia mengambil tisu -yang dia dapat secara percuma dia cafeteria universiti- dari poket seluarnya lalu mengelap tompokan aiskrim yang mengena jaket lelaki itu. Keadaan menjadi sangat kalut apabila Im mula berasa panik dan kasihan terhadap lelaki tersebut.

Zzap!

Lelaki tersebut menyentap pergelangan tangan Im secara tiba-tiba menyebabkan dia berhenti mengelap. Im berasa hairan dan sedikit takut apabila tangannya digenggam kuat oleh lelaki itu.

"Jauhkan tangan kau yang kotor tu dari jaket aku yang mahal ni. Aku dah lambat tahu tak. Kalau bukan sebab nama aku, dah lama aku tumbuk kau kat sini, tau tak?" Im terkejut dengan apa yang dia baru dengar. Lelaki itu melepaskannya tangan Im dan berlalu pergi begitu sahaja.

Im masih tercengang dengan kata-kata dari lelaki itu. Melihat kesudahan tersebut dari jauh, Min segera mendekati Im.

"Kau ok tak?" Soal Min. Mendengar suara Min, Im tersedar dari lamunannya. Darahnya meningkat naik, perasaan tidak puas hati mula menyelubunginya. Matanya pantas mencari lelaki tersebut yang semakin jauh darinya.

"Woi! Kau pikir aku kesah jaket kau tu mahal ke murah ke!! Petik jari la aku boleh beli bende tu! Apa?! Nama apa?! Kau famous sangat ke yang aku nak kena tunduk dengan kau?! Tak reti nak hormat orang ke haa?!!" Im menjerit memarahi lelaki tersebut dari jauh. Orang-orang yang lalu lalang disekitarnya memandang Im dengan pandangan yang pelik. Min yang berada disebelahnya berasa malu dengan tindakan kawannya itu.

"Dah laa. Apa kau merepek ni Im. Rileks laa." Min cuba menenangkan Im.

"Dia pikir dia sape agak eh?! Ada jugak orang macam ni eh? Ish geram aku. Dengan blind datenya, ni lagi, memang sengaja nak pasal ngan aku. bla.. bla.. bla.." Im membebel seorang diri sambil membuang aiskrimnya yang rosak. Dia mengelap-ngelap tangannya yang melekit.

"Nanti aku story, aku dah lambat ni." Im bergegas ke restaurant makciknya. Lagi 4 minit sebelum pukul 8 malam. Min terpinga-pinga apabila Im meninggalkannya begitu sahaja. Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya melayani perangai kawannya itu.

Typical Love Story [Malay Ver.] - JK FFWhere stories live. Discover now