Chapter 6

103 7 0
                                    

"Oh! 핸섬 씨~ (Mr. Handsome~)" Ae melepaskan tangannya dari lelaki itu lalu terus menyentuh pipi Wonwoo sekali lagi. Ae memandang Wonwoo sambil tersenyum. Sekali lagi kakinya lemah dan badan Ae terus berpaut pada Wonwoo. Wonwoo juga cuba menahan badan Ae dari jatuh dengan memeluknya.

"Hehehe~" Ae ketawa kecil sambil matanya tertutup. Melihat kelakuan Ae, Wonwoo sekali lagi pasrah dengannya.

"Hey! Kau sape?!" Lelaki tadi berasa bengang melihat Wonwoo bermesra dengan Ae.

Wonwoo memandang lelaki itu dengan renungan tajam. Lantas dia menarik Ae ke belakangnya. "Aku boyfriend dia, kenapa?" Wonwoo berkata dengan tenang tapi sedikit tegas. Dia menghulur tangannya untuk meminta clutch Ae dari lelaki tersebut. Lelaki itu menyerahkannya dengan kasar lalu terus beredar meninggalkan mereka berdua.

Ae yang tidak sedar dengan situsi yang berlaku hanya terdiam di belakang Wonwoo. Perlahan-lahan Ae mengelurkan tangannya dari celah sisi Wonwoo dan memeluknya dari belakang. Wonwoo sedikit terkejut dengan tindakan Ae. Namun gadis itu sudah pun tertidur bersandarkan belakang badan Wonwoo yang bidang dan sasa. Wonwoo melepaskan tangan Ae, dan perlahan-lahan mendukungnya di atas tangannya. Ae dibawa ke kereta Wonwoo yang dipakirkan di pakir bawah tanah.

Ae diletakkan di tempat duduk penumpang. "저기요.. 아가씨 (Excuse me.. Miss). Bangun. Awak ada bawa kereta tak? Ada kawan-kawan yang ikut sekali tak?" Soal Wonwoo kepada Ae yang separa sedar.

"Emmm.." Itu sahaja yang dibalas Ae. Malangnya, Wonwoo bingung, tidak tahu soalan mana yang dijawab. Dia pasrah dengan diri sendiri apabila bijak bertanya banyak soalan kepada orang mabuk.








- Ain's -
-Jeju Island-

Jam menunjukkan waktu pukul 9:00 a.m. Keadaan di bilik Ain cerah disinari cahaya matahari. Namun barangannya yang bersepah dimerata tempat mengurangkan kecantikkan bilik itu yang sepatutnya menjadi satu tarikan kepada pelancong. Walaupun baru satu malam dia menetap di hotel itu, keadaan di bilik itu sudah tunggang-langgang seperti sudah bertahun-tahun menetap disitu.

Ain sedang mengeringkan rambutnya di bilik air. Dia sedang bersiap untuk perjumpaan bersama Pengarah Lion Group yang akan berlangsung jam 10 pagi nanti. Ain mengenakan pakaian half formal, t-shirt plain putih dengan one piece coat and pants warna red velvet. Seutas rantai disarung dilehernya dan 2 bentuk cincin di jari telunjuknya dan jari kelinking tangan kanan serta jam tangan di tangan kiri sebagai perhiasan. Clutch dan high heels berwarna putih melengkapkan pakaiannya hari itu.

Dia mempunyai masa sejam lagi sebelum ke lokasi perjumpaan. Ain keluar dari hotel untuk bersiar-siar ditepi pantai yang berhadapan hotelnya, kakinya tidak mahu menjejak pasir kerana memakai heels, maka dia hanya berjalan dilaluan pejalan kaki berdekatan dengan pantai. Ain berjalan-jalan sepanjang tepi pantai sambil menikmati bayu laut yang bertiup.








Click! Click!

Kamera diturunkan dari mata untuk meneliti gambar yang dirakam satu per satu. Dahinya berkerut lalu kamera diangkat semula untuk menangkap gambar mengikut kepuasan hati agar dapat dimasukkan kedalam journalnya. Lelaki tersebut berjalan sekitar pantai untuk mendapatkan pemandangan yang menepati cita rasanya sambil menunggu ahli team production yang lain tiba bagi sesi penggambaran model-model majalah fashion, Elle.

Satu per satu pemandangan ditangkap oleh kameranya, kiri, kanan, depan, belakang badannya berpusing untuk menangkap gambar. Walaupun sibuk dengan kerjayanya sebagai Interior Designer, Kang Hyung Gu, atau nama panggilannya Kino, sanggup menjadikan hobinya itu sebagai kerjaya sambilan. Tiba-tiba lensa kamera terhenti pada seorang wanita yang sedang berdiri ditepi pantai tidak jauh darinya. Rambut panjang mengurai ditiup angin, matanya ditutup untuk menghayati bayu laut yang bertiup.

Typical Love Story [Malay Ver.] - JK FFWhere stories live. Discover now