Chapter 17

87 10 4
                                    

Para staf dan beberapa artis mula mengerumuni kawasan tersebut. Beberapa ahli bomba dan pasukan penyelamat juga telah tiba untuk membantu mengeluarkan mereka. Saat dinding tersebut berjaya dialihkan, Jungkook dan Im dikejarkan ke hospital secepat yang mungkin untuk dirawat. Mereka mengalami kecederaan parah di kepala dan kecederaan ringan di beberapa bahagian anggota lain.

Dalam beberapa minit sahaja, berita mengenai kemalangan Jungkook dengan seorang staf perempuan mula tersebar di media massa. Para peminat dan reporters sudah mula mengerumuni kawasan hospital untuk mengetahui perkembangan artis terkemuka kesayangan mereka itu.

Kurang daripada satu jam kemudian, berita mengenai identiti staf perempuan tersebut iaitu Jung Eun Rim sebagai anak kepada Pengarah ST Group juga penuh di laman-laman sosial. Ramai yang tertanya mengenai hubungan mereka dan tujuan Im berada di situ.









Min, Ae, Jay dan Ain masih lagi menunggu keputusan pembedahan daripada doktor. Mereka semua risau dengan keadaan kawan mereka yang sudah hampir 4 jam berada di dalam bilik pembedahan. Jun Hoe juga turut bersama dengan gadis-gadis tersebut. Dia berasa serba salah apabila kemalangan tersebut berlaku di lokasi di bawah pemantauannya.

Ahli-ahli BTS dan beberapa staf syarikat serta krew produksi juga berada di ruang menunggu yang sama. Mereka menanti dan berdoa agar Jungkook tidak apa-apa.

30 minit kemudian, lampu hijau di hadapan bilik pembedahan tersebut terpadam. Pintu bilik pembedahan terbuka dan dua orang doktor lelaki keluar dari bilik tersebut. Seorang mendekati pewaris Jungkook, dan seorang lagi mendekati pewaris Im.

"Kamu semua pewaris Encik Jeon/Cik Jung ke?" Kedua-dua doktor bersuara serentak. Kawan-kawan Im menggangguk pantas begitu juga dengan ahli BTS.

"Bagaimana dengan keadaan Jungkook, doc?" Soal RM kepada Doktor Yamabuki dalam bahasa Jepun.

"Kawan saya tak apa-apa ke doktor?" Ae bertanya kepada Doktor Saito dengan harapan berita gembira keluar dari mulut doktor itu.

"Cik Jung telah berjaya mengharungi stage kritikal. Dia mengalami pendarahan di kepala. Namun, jangan risau kerana kami telah berjaya merawatnya. Cik Jung juga mengalami beberapa luka ringan di beberapa anggota badan. Berkat tindakan pantas Encik Jeon melindunginya, Cik Jung tidak mengalami sebarang kecederaan parah selain di kepalanya." Terang Doktor Saito.

"Encik Jeon berjaya melepasi stage kritikal. Dia mengalami pendarahan dan gegaran dikepala serta kehilangan banyak darah. Tangan kanannya patah mungkin disebabkan hempakan kuat apabila ingin melindungi Cik Jung. Tapi, kamu semua tak perlu risau. Kami telah berusaha sedaya upaya dan berjaya menyelamatkannya." Doktor Yamabuki menjawab pertanyaan RM.

Kedua-dua belah pihak menghembur nafas lega. "Bila dia akan sedar kan diri?" Soalan diajukan kepada doktor yang merawat mereka berdua.

"Kami akan memantaunya dari semasa ke semasa. Dan sekiranya ubat yang diberi memberikan tindak balas positif, kemungkinan dia akan sedar esok hari." Jelas kedua-dua doktor itu.

"Kami sudah memindahkannya di bilik rawatan dan kamu semua boleh menjenguknya sekarang. Sekiranya ada apa-apa masalah, kamu boleh panggil saya." Doktor itu menambah sebelum tunduk hormat dan mengundur diri.

Mereka semua membalas tunduk hormat dan beredar ke wad Jungkook dan Im kecuali Jun Hoe. Setelah mengetahui keadaan mereka berdua, Jun Hoe pantas memaklumkan bapanya. Setelah itu, Jun Hoe mengadakan perjumpaan dengan semua krew persembahan yang terlibat kecuali empat gadis tersebut. Mereka semua berkumpul semula dilokasi pengambaran untuk perbincangan dan penyiasatan seterusnya mencari ikhtiar bagi menyelesaikan masalah dan meredakan kekecohan ini.

Jun Hoe dan beberapa show manager dan stage designer berdiri dihadapan puluhan staf yang berkerja dibawah mereka. Kesemua staf tersebut mula risau dan takut apabila Jun Hoe berada dihadapan mereka. Hampir kesemuanya pernah bekerja dibawah penguasaan Jun Hoe dan mereka tahu bagaimana rasanya dimarahi oleh seorang tentera. Baran Jun Hoe bagaikan tiada lagi esok untuk mereka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 13, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Typical Love Story [Malay Ver.] - JK FFWhere stories live. Discover now