Chapter 8

98 7 0
                                    

Chapter 8

Jun Hoe dan Min tiba di belakang bangunan sekolah tersebut. Sementara itu, empat orang stalker itu menyorok disebalik dinding.

"Pahal kau ni?!" Min menyentap tangannya dari Jun Hoe.

Melihat Min yang meraba-raba pergelangan tangannya kerana kesakitan membuatkan Jun Hoe tersedar. 'Wait. What?! Hold on! Asal aku buat macam tu? Aku dah gile ke?' Soal Jun Hoe dalam hati. Dia sendiri bingung dengan kelakuannya tadi.

"Hello.. kau okay tak ni? Sihat tak?" Ujar Min apabila Jun Hoe tidak membalas apa-apa. Tangannya terus diletakkan di atas dahi Jun Hoe untuk memeriksa suhu badannya.

Dub! Dub! Dub! Jantung Jun Hoe berdegup kencang. Ini kali ketiga dia berasa demikian. Kali pertama adalah ketika Min merenung matanya secara dekat untuk memastikan penipuannya sebelum ini. Kedua adalah ketika dia menemani Min belajar di rumah gadis itu pada waktu malam dan Min tertidur sehinggakan kepalanya bersandar pada bahu Jun Hoe secara tidak sengaja. Namun, sehingga kini dia masih lagi tidak tahu puncanya.

"You're fine, tak demam." Ujar Min lalu menurunkan tangannya. Dia memandang lagi Jun Hoe yang termenung. Kali ini dia menepuk sedikit bahu Jun Hoe agar dia tersedar.

"Oi! Kau okay tak?" Soalnya lagi.

"Hah?! Ok, ok." Balas Jun Hoe. Min mengeluh sedikit dengan reaksi Jun Hoe yang sedikit pelik. Dia kembali menghidu bau bunga ros yang diberikan oleh Ho Tae. Min tersenyum sendirian. Hatinya berbunga-bunga dengan pemberian Ho Tae. Ini kali pertama dia mendapat hadiah daripada seorang lelaki yang tidak dikenalinya, atau lebih tepat lagi secret admirer.

Jun Hoe kembali bengang apabila melihat reaksi Min yang gembira dengan pemberian Ho Tae itu. Dia terus menampas bunga tersebut dari tangan Min. "Apa la hebat sangat bunga ni. Takat sekuntum je. Aku boleh bagi kau sejuta." Ujar Jun Hoe dengan angkuh.

"Wei! Apa ni?! Bagi balik!" Min melompat-lompat untuk mengambil kembali bunga tersebut dari Jun Hoe. Jun Hoe yang tinggi lampai itu segera mengangkatnya di atas kepala agar tidak dapat dicapai oleh Min yang pendek. Dia ketawa kecil dengan telatah Min yang comel.

Semakin lama, Min semakin rapat dengan Jun Hoe. Tanpa disedari dadanya mengena badan Jun Hoe yang sasa. Jun Hoe lantas terkaku apabila tersedar akan situasi tersebut. Sekali lagi, jantungnya berdegup kencang dan wajahnya terasa sedikit panas. Pelik. Dia tidak pernah merasakan seperti ini walaupun sudah beberapa kali dia keluar dengan perempuan lain. Akhirnya Min berjaya mendapatkan semula bunga ros tersebut.

"Dapat pun. Hish!" Min terus beredar dari situ. Dia berasa geram dengan kelakuan Jun Hoe. Perangainya amat pelik hari itu. Jun Hoe masih lagi terpaku disitu. Dia mengurut-urut dadanya mengaharapkan degupan jantungnya reda.

Empat orang stalker yang sibuk memerhati mereka berdua mula tersengih antara satu sama lain. Dengan pantas mereka menangkap situasi yang berlaku dan keluar dari persembunyian lalu mendekati Jun Hoe yang masih lagi di awang-awangan.

"Oppa." Tegur Ae. Tiada tindak balas dari Jun Hoe. Mereka berempat menahan ketawa dengan reaksi Jun Hoe.

"Oppa rasa berdebar-debar ke?" Soal Jay cuba untuk memerangkap Jun Hoe. Tanpa berfikiran waras, Jun Hoe mengangguk menyetujui persoalan Jay.

"Sebab Min ke?" Soal Im pula. Sekali lagi Jun Hoe mengangguk. Mereka mula berbisik antara satu sama lain untuk mengajukan soalan terakhir.

"Oppa suka Min ke?" Soal Ain sambil tersengih menantikan jawapan. Jun Hoe mengangguk lagi.

"Uuuuuu hahahahaha." Mereka berempat ketawa sesama sendiri, terhibur apabila berjaya membuatkan Jun Hoe meluahkan isi hatinya. Suara mereka yang bising membuatkan Jun Hoe kembali ke realiti.

Typical Love Story [Malay Ver.] - JK FFWhere stories live. Discover now