Chapter 10

86 7 0
                                    

- Jungkook's -

Kapal terbang baru sahaja mendarat di Lapangan Terbang Haneda Tokyo. Sebaik sahaja pengumuman dibuat untuk membenarkan para penumpang untuk turun, Im bergegas keluar untuk mengelak daripada Jungkook.

"Jungkook-ah. Jom turun." Jimin mengajak Jungkook. Jimin melintas dihadapan Jungkook dengan clutch ditangannya.

Jungkook bangkit berdiri dan perasan bahawa Im sudah pun tiada disebelahnya. Dia tidak berasa apa-apa yang pelik dengan tindakan Im beredar lebih awal. Lagipun, lagi bagus Im tiada, tidak perlu lah dia menghadap mukanya sepanjang masa. Jungkook mencapai begnya  dari tempat penyimpanan barang diatas kepalanya. Sementara dia menyarung begnya di bahu, Jimin sudahpun beredar bersama member yang lain keluar dari kapal terbang itu.

Sebelum beredar, di hujung matanya menyedari bahawa terdapat sebuah buku nota kecil di tempat duduk Im. Jungkook mengambil buku tersebut dan menyelak muka surat yang pertama. - Jung Eun Rim - Nama Im tertulis disitu.

'Dia tertinggal kot.' Ujar Jungkook dalam hati. Dia berniat untuk memulangkannya semula pada Im sekiranya berjumpa lagi.

"Jungkook, 얼른. (Hurry up.)" Jin memanggil Jungkook. Jungkook tersedar dari lamunannya lalu terus menyimpan buku tersebut di dalam begnya dan keluar dari situ.

- end -








...

Mereka tiba di Sun Hotel. Sebuah hotel 4 bintang milik Sun Holdings yang terletak di Chiba. Seperti biasa, hampir kesemua pekerja hotel berada di pintu masuk untuk menjemput tetamu VVIP mereka.

Ae mendahului sambil diiringi Manager Hotel. Mereka berlima mengekori Ae memasuki ruang legar hotel. Hiasan di dalam hotel menunjukan ciri-ciri kebudayaan Jepun tetapi masih berunsurkan kemodenan. Lukisan seramik di dinding, lantai dan juga perhiasan disitu menerapkan unsur-unsur sejarah lama penduduk Jepun dan beberapa haiwan mistik kepercayaan mereka.

Sementara Ae bertanyakan mengenai bilik mereka, kawan-kawannya yang lain menunggu di ruang menunggu. Im dan Min berjalan-jalan di sekitar ruang legar tersebut untuk melihat lukisan-lukisan yang terdapat disitu. Mereka berdua sangat focus terhadap lukisan disitu sehingga dikejutkan dengan suara beberapa orang lelaki yang sedang berbual dan ketawa tidak jauh dari mereka.

Im menoleh memandang kumpulan lelaki tersebut. Secara naturalnya senyuman pasrah terukir dibibirnya. "Haihhh.. why not?! Of course! why not kan? hahahaaa.." Im ketawa palsu dengan perasaan yang penuh reda.

"Diorang pon kaya. Hotel ni pon affordable untuk diorang. Why not?! Halahh halahh" Ujar Im lagi. Min yang berada disebelahnya berusaha menahan ketawa apabila mengenali sosok tubuh yang dimaksudkan oleh Im. Jay dan Ain mendekati Im, begitu juga dengan Ae.

"Im. tu kan--" Belum sempat Jay bersuara, Im pantas memotong percakapannya.

"Yes! Yes! Dia la orang yang korang harapkan siapa." Ujar Im. Sekali lagi mereka ketawa melihat kepasrahan Im dengan takdir hidupnya.

"Kan aku dah cakap, ni takdir hidup kau. Hahahaha" Ae dan kawan-kawannya yang lain mengketawakan Im. Im terdiam seribu kata, dia mula menutup mukanya kembali agar Jungkook tidak menyedarinya.

"Ok. Ok. Ni kunci bilik korang..." Ae berhenti ketawa dan mengagihkan kunci bilik mereka. Namun Im tidak menumpukan perhatian. Dia asyik memandang kelompok ramai itu - iaitu BTS dan para staff - dari jauh. Bukan apa, hanya sebagai langkah persediaan  dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi antara dia dan Jungkook.

Selang beberapa saat, Jungkook menyedari kehadiran Im disitu dan ini membuatkan Im mula panik. Dia perlu segera bersembunyi dari berhadapan dengannya. Jungkook memandangnya dari jauh sebelum mula berjalan mendekatinya.

Typical Love Story [Malay Ver.] - JK FFWhere stories live. Discover now