Chapter 7

86 7 0
                                    

Sementara itu, Wonwoo berada di dapur untuk memasak sarapan untuk dirinya dan Ae. Dia mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak dari peti sejuk. Daging, pork spine, sayur-sayuran dan beberapa korean traditional paste. Menu pagi itu adalah Haejjunguk (Korean Hangover Soup. Dia memulakannya dengan merebus daging dan memotong sayur-sayuran.

Wonwoo sememangnya tinggal berseorangan. Selain daripada tidak suka menyusahkan orang lain, dia tidak suka meninggalkan roommate-nya keseorangan memandangkan dia sering ke luar negara dalam tempoh masa yang panjang. Jadi memandangkan dia tinggal sendirian, maka Wonwoo lebih senang memasak untuk dirinya daripada membazit duit makan di luar.

Tidak sampai 15 minit sarapan siap dihidang di atas meja. Wonwoo memakan dahulu sarapannya memandangkan Ae masih belum siap. Beberapa minit kemudian Ae keluar dari bilik Wonwoo dengan sweater kelabu milik Wonwoo. Sweater itu sungguh besar di badan Ae yang kecil sehingga kelihatan seperti dress padanya. Ae berjalan mendekati Wonwoo di meja makan.

Lelaki itu sedang meminum kopi sambil membaca berita dari tabletnya. "Kau buat apa tercegat kat situ. Duduk, makan." Ujar Wonwoo apabila menyedari Ae yang berdiri dihadapannya tanpa berbuat apa-apa. Ae berasa geram dengan nada suara Wonwoo yang sedikit kasar apabila bercakap kepadanya. Dia mengecilkan matanya merenung Wonwoo dengan perasaan tidak puas hati. Ae mengambil tempat duduknya dihadapan Wonwoo dan memakan sarapan yang sudahpun terhidang diatas meja.

'Uuu.. not bad. Pandai jugak laki ni masak.' Ae kagum apabila merasakan masakan Wonwoo yang sedap. Dia terus makan sehingga pinggannya licin. Suasana antara mereka berdua sangat awkward tanpa sebarang topik perbualan. Ae ingin menanyakan perkara yang terjadi malam itu, namun kerana layanan kasar yang diberikan Wonwoo tadi membuatkannya takut untuk bersuara.

Sebaik sahaja Ae habis makan, Wonwoo bangkit dari tempat duduknya. Mata Ae hanya mengekori Wonwoo yang kelihatan sibuk. Lelaki itu ke ruang tamu mengambil jaketnya dan kunci kereta lalu terus ke pintu keluar. Sebelum keluar, dia sempat berpesan kepada Ae supaya segera pulang.

Ae hanya mengangguk perlahan. Tiba-tiba terlintas sesuatu difikirannya. Ae pantas keluar untuk mengejar Wonwoo. Namun, tidak sempat apabila kereta Wonwoo sudahpun dipandu jauh meninggalkan rumah itu.

"Ish. Baru nak mintak hantar kan balik." Ujar Ae bersendirian. Dia kemudiannya pantas menelefon pengawal peribadinya untuk menjemputnya pulang.

Ae kembali ke dalam rumah. Dia memandang sekeliling rumah single storey itu. Design interior yang simple dengan pilihan warna biru gelap, hitam dan putih, sesuai untuk seorang lelaki bujang. Keadaan rumah itu sunyi tanpa sebarang alat muzik ataupun haiwan peliharaan yang dapat membuatkan rumah itu sedikit ceria. Ae kembali di dapur untuk mengemas pinggannya.

Sementara pengawal peribadinya masih belum tiba, dia kembali memasuki bilik tidur Wonwoo. Ae berjalan melihat sekeliling bilik itu. Pelbagai trophies dan sijil dipamerkan dibilik Wonwoo.

"Oo. Jeon Won Woo rupanya."

"Uuuu pilotttt. hmm-- "

Ae membaca pernyataan yang terdapat pada Airlines Transport Pilot Certificate milik Wonwoo. Kemudian pandangan matanya beralih pada sebuah bingkai gambar di sebelahnya. Gambar itu menunjukkan Wonwoo bernama seorang wanita tua dan seorang lelaki tua. 'Mungkin atuk dengan nenek dia kot.' Ujar Ae dalam hati. Beberapa saat kemudian, telefon Ae berdering.

"Nae. (내.)" Jawab Ae. Panggilan telefon itu dari Sarjan Choi.

"Kereta Cik sudah tiba." Balas Sarjan Choi pendek.

"Ok. Saya keluar sekarang." Balas Ae pula lalu terus berjalan keluar dari rumah tersebut.








Typical Love Story [Malay Ver.] - JK FFWhere stories live. Discover now