Chapter 13

77 7 0
                                    

Chapter 13

Setelah tiba di Makhuhari Messe, Jun Hoe memperkenalkan lima gadis tersebut dengan beberapa show manager untuk memberikan mereka tugas secepat mungkin.

Im dan Ae akan bertugas untuk set up di bahagian bilik menunggu artis lelaki manakala Jay, Min dan Ain di bilik menunggu artis perempuan. Mereka akan membantu mengagihkan makanan dan minuman, set up in-ear monitor pada badan mereka dan tugas tambahan sekiranya terdapat staf atau artis meminta pertolongan mereka.

Sebaik sahaja mengetahui tugas mereka, seperti biasa mereka akan memakai topeng untuk mengelakkan sebarang rakaman terhadap muka mereka. Almaklum lah, pihak produksi selalunya akan memuat naik video 'behind the scene' para artis untuk peminat-peminat mereka. Dan Im perlu berhati-hati agar Jungkook tidak mengecam dirinya.

Mereka berlima mula bertugas mengikut arahan yang diberikan. Im dan Ae sibuk mengemas bilik menunggu, set up kerusi dan meja sebelum para artis tiba.

"Ouh! Beratnya." Ujar Im seorang diri apabila berjaya mengangkat meja untuk diletakkan di tengah bilik. Dia kini terpisah daripada Ae dan keseorangan di sebuah bilik menunggu. Im kemudiannya menyusun sofa mengikut cita rasa susunannya. Sudah menjadi satu tabiat bagi graduan Architecture itu untuk menetapkan susun atur sesebuah bilik agar kelihatan kemas dan cantik.

Tanpa disedari pintu bilik tersebut dibuka dan ramai orang memasuki bilik tersebut. "Annyeonghaseyo.." Setiap daripada mereka menyapa sambil menunduk hormat kepada Im dan gadis itu membalas yang sama. Nampaknya para artis dan staf mereka sudah tiba untuk persiapan.

Seorang demi seorang memasuki bilik tersebut, dan Im sekali lagi mengenali sosok tubuh salah seorang lelaki yang baru sahaja melangkah masuk. 'Ya tuhan!  Ni bilik BTS ke?! Dalam banyak-banyak bilik kenapa aku masuk bilik ni?!' Im merungut dalam hati sambil cuba menyorok mukanya dan menyelinap keluar tanpa pengetahuan mereka.

Jungkook menyedari kelibat Im yang cuba menyelinap keluar. Matanya mengekori gerak geri Im yang seperti pencuri. Dia ketawa kecil melihat gadis itu cuba untuk mengelak daripadanya lagi.

"Oh! Staf-nim!" Seorang staf lelaki yang bersama dengan BTS memanggil Im dan membuatkannya terkejut, berdiri tegak seperti tentera.

"Ya, saya!" Jawab Im penuh semangat. Jungkook masih lagi ketawa dengan reaksi Im yang lucu dan comel.

"Mari ikut saya, tolong saya angkat stage outfit diorang kat kereta." Staf lelaki tersebut keluar semula diikuti Im.

Im mula melakukan tugas demi tugas dan kesemua tugas tersebut datang dari staf BTS. Semakin lama Im berada disitu, semakin banyak tugasnya dan semakin ramai staf mereka mengecam wajahnya untuk meminta pertolongan. Dan sudah tentu, apabila muka Im sudah di cam oleh semua staf yang bersama BTS, dia terpaksa mengikut kata mereka memandangkan dia yang paling muda diantara semua staf yang lain. Dalam erti kata lain, dia akan tetap berada di bilik menunggu BTS dimana dia tidak sepatutnya berada disitu. Im cuba untuk menyelinap keluar dari bilik tersebut beberapa kali, dan setiap kali itu lah, namanya dipanggil.

'Korang! Sesape tolong panggil aku kat bilik BTS. Cakap laa yang korang nak aku tolong buat kerja ke, ape ke.. TOLONGGGGG' Im menghantar mesej kepada kawan-kawannya.

"Staf-nim!" Sekali lagi seseorang memanggil Im

"내! (Yes!)" Im beransur kepada staf tersebut.

Ding!

Min memeriksa handphone-nya apabila terdapat mesej masuk. "Hahahahaha.. padan muka." Min tergelak selepas membaca mesej daripada Im.

"Apasal?" Soal Jay dan Ain. Min menunjukkan mesej tersebut kepada mereka berdua.

"Biar. Biarkan pompuan tu. Tah apa yang dia takut sangat dengan si Jungkook tu pon aku tak tau." Ujar Ain sambil menyambung kerjanya mengemas kerusi yang sudah digunakan. Min dan Jay hanya tergelak sambil menggelengkan kepala memikirkan situasi yang berlaku kepada Im.

Im dan seorang lagi staf perempuan sedang membawa makanan untuk para staf dan BTS. "Saya rasa muka awak macam familiar, tapi tak ingat kita jumpa kat mana." Staf tersebut memecah kesunyian di antara mereka berdua.

"Oh. Saya tak selalu buat kerja ni. Sekarang ni pon as a volunteer jer. Kalau awak pernah nampak saya, mungkin dari show sebelum ni." Ujar Im sambil tersenyum kepadanya. Tapi sebenarnya dia sedang menahan kesakitan di kedua-dua tangannya kerana membawa satu plastik beg besar yang sarat dengan makanan dan menyakitkan tangannya.

"Oh.. patut la.. saya Shin Hee Na, staf BTS." Hee Na memperkenalkan dirinya dan menghulurkan tangannya untuk bersalam. Namun, Im terpaksa menolak kerana kedua tangannya sedang memegang plastik makanan.

"Tak pe. Kita boleh bersalaman nanti." Hee Na menambah sambil tersenyum kepada gadis muda itu.

"Saya Jung Eun Rim, boleh panggil saya Im. Staf Kcon." Im pula memperkenalkan dirinya sambil tersenyum. Kerana kesibukannya sebelum ini, dia baru sedar bahawa Hee Na sangat cantik di dalam dan di luar. Baik dan peramah, memiliki wajah yang cantik dan pakaiannya menunjukkan kematangan wanita tersebut. Berbanding dengan Im yang sering kali memakai hoodie dan tidak langsung mencerminkan usianya.

Mereka berdua berjalan kembali menuju ke lounge BTS. "Awak ada boyfriend tak Im?" Sekali lagi Hee Na memecah kesunyian diantara mereka berdua.

"Hahaha tak de. Saya tak pernah lagi in a relationship." Ujar Im sambil tersengih.

"Ehhh! Kenapa?! Awak comel kot. Tinggi, tak kan tak de orang nak?!" Hee Na menambah.

Im tergelak kecil dengan reaksi Hee Na. Dia sudah pun terbiasa dengan reaksi orang lain apabila dia membuka mulut mengenai pengalaman bercintanya. "Entah la. Mungkin saya ni terlalu perfect sampai orang lain tak sanggup nak amik saya kot.. hahaha" Im bergurau.

"Eii berlagaknya.." Hee Na membuat mimik muka meluat dan dibalas dengan ketawa Im.

"Eonni pulak? Mesti tengah ada boyfriend sekarang kan?" Soal Im kepada Hee Na.

"Hmm... Tak tau nak cakap ada ke tak." Kata-kata Hee Na membuatkan Im berasa pelik.

"Kenapa macam tu pulak?" Soal Im lagi.

"Hmm... eonni rasa, eonni je yang suka dia. Tapi dia tak pernah suka eonni atau anggap eonni ni girlfriend dia." Hee Na mula berasa sedih. Reaksi wajahnya seakan mahu menangis tapi ditahan.

"Eonni.." Im turut terasa kesedihan yang dialami Hae Na.

"Ish! Teruknya lelaki tu. Dah ada girlfriend buat laa cara ada girlfriend. At least ade girlfriend. Nak dibandingkan dengan aku ni, satu boyfriend pon tak de. Teruk laa dia tu!" Im memarahi lelaki itu bagaikan dia berada dihadapannya. Hee Na ketawa kecil dengan gelagat Im.

"Dah dapat perempuan cantik macam eonni ni pon tak reti nak appreciate ke. Lain laa macam aku ni, buruk, badan pon tak de." Bebel Im lagi.

"Eh! Mana ada.. Im pon cantik jugak apa." Hee Na menafikan kenyataan Im.

"Ehhh tak de la. Saya ni tak cantik langsung.. lain la macam eonni... eonni cantik, baik pulak tu." Im memuji lagi Hee Na.

"Terima kasih.." Hee Na tersenyum mendengar pujian daripada Im.

Sedar tak sedar, mereka tiba di bilik BTS dan meletakkan makanan di atas meja. "얘들 아.. (Guys..) Jom makan." Hee Seol memanggil rakan sekerjanya.

Dia menghulur sebungkus makanan kepada Im. "Ah. Terima kasih eonni." Im mengambil makanan tersebut dan dibalas dengan senyuman oleh Hee Na. Kemudian Hee Na mengeluarkan lagi 2 bungkus makanan lalu beredar mendekati Jungkook. Dia menghulurkan makanan tersebut kepada lelaki itu dan mengambil tempat disebelahnya.

Perbuatan Hee Na diperhatikan oleh Im. 'Rapat jugak eonni dengan Jungkook.' Bisik Im dalam hati.

'By the way! aku lapar! Mana diorang nii..' Im membebel sendirian lalu beredar keluar dari bilik tersebut mencari rakan-rakannya untuk makan bersama. Makan adalah keutamaannya sekarang.

Typical Love Story [Malay Ver.] - JK FFWhere stories live. Discover now