Chapter 15

100 5 0
                                    

Chapter 15

- Ain's -

Ain dan Min sedang sibuk mengemas di sebuah bilik. Kerusi dan meja disusun satu per satu, sampah sarap dibersihkan sehingga bilik itu berada di dalam keadaan sedia kala.

"Ain dah siap dah ni.. Jom. Kita pergi buang sampah tu semua, lepas tu tolong Im pula." Min mengajak Ain. Min mengangkat kotak yg penuh dengan sampah yang dikumpul mereka manakala Ain mengambil kotak yang penuh dengan barangan terpakai ataupun yang sudah rosak.

"Urghf! Berat siot!!" Ain merungut.

"Aku pon berat gak nih. At least kau sekotak, aku ni 2 kotak. Dah tak nampak jalan dah ni.." Ujar Min pula. Matanya berusaha mencari laluan untuk dia melangkah agar tidak berlanggar dengan sesiapa.

"Ok. Gerak sekarang. Lepas ni aku pergi tolong Jay sekejap dekat stage, kau pulak pergi cari Ae. Then we go to the left backstage tolong Im kat sana." Ain menerangkan tugas mereka selepas ini.

"Orait." Balas Min lalu terus mendahului Ain keluar dari bilik tersebut untuk ke tempat pembuangan sampah di luar lokasi persembahan. Ain pula ke lori penyimpanan barang yang berada di arah bertentangan dengan Min. Mereka berpecah untuk menyelesaikan tugas mereka.

'Ughh! Beratnya.. ya tuhan..' Rungut Ain lagi dalam hati. Kotaknya memang penuh dengan barang-barang dan sangat berat. Bila-bila masa sahaja kotak tersebut akan meluncur jatuh dari tangannya dan menghempap kaki jika dia tidakm berhati-hati.

'Sabar Ain.. sikit je lagi nak sampai.' Ain semakin menghampiri pintu keluar. Malangnya tiada siapa berada disitu untuk membukakan pintu untuknya.

"Haihh.." Keluh Ain lalu memusingkan badannya pada pintu untuk menolak pintu tersebut memandangkan tangannya penuh.

Baru sahaja Ain hendak menolak pintu tersebut, pintu itu dibuka secara mengejut dari luar menyebabkan Ain terjatuh. Barang-barangnya habis berselerak, terkeluar dari kotak. "Adoii.." Ain berpaling sedikit untuk melihat gerangan yang membuka pintu tersebut. Seorang lelaki berpakaian long coat biru gelap dengan sweater turtle neck berwarna hitam. Dan cap disarung dikepalanya.

"Nuna.. 괜찮아여? (Are you ok?)" Seorang lelaki muda bergegas membantu Ain untuk bangun dan bukannya lelaki tersebut, yang hanya memandang situasi yang berlaku dengan pandangan matanya yang tajam.

"Kino-hyung! Cepat laa tolong sekali." Marah Dae Yu kepada pakciknya. Dia sedang sibuk mengutip barang-barang Ain kembali ke dalam kotak. Kino tidak berganjak, dia dan Ain merenung antara satu sama lain.

'Kino? Mana pernah aku dengar nama tu eik?' Soal Ain dalam hati.

Kino, '……'

Tiba-tiba Kino menarik tangan Ain beredar dari situ. "Eh! Kau nak bawak aku ke mana ni?!" Ain cuba melepaskan diri dari Kino namun tidak berjaya disebabkan genggaman Kino yang kuat.

"Hyung! Hyung nak pergi mana?! Tunggu saya!" Dae Yu mula gelabah, tangannya pantas mengutip semua barang-barang Ain. Namun, Kino tidak mempedulikannya dan terus berjalan, menarik Ain.

Akhirnya mereka berhenti di hadapan khemah rawatan – yang disediakan sekiranya terdapat peminat yang pengsan ataupun cedera–. Mereka berdua berhenti dihadapan seorang doktor perempuan yang sedang sibuk mengemas peralatan rawatannya. Ain berasa pelik dengan tindakan lelaki tersebut membawanya kesitu.

"Oh! Kino. Kenapa?" Ujar doktor itu, seperti sudah lama mengenali Kino.

Kino menolak Ain kepada doktor itu. "Dia cedera." Ujar Kino ringkas.

'Aku!? Cedera?! Mana!?' Soal Ain dalam hati. Dia sendiri tidak menyedarinya. Ain berpusing melihat badannya untuk mencari kecederaan yang dikatakan oleh Kino. Memang betul, Ain luka di siku akibat terjatuh tadi.

Typical Love Story [Malay Ver.] - JK FFWhere stories live. Discover now