Chapter 14

83 6 0
                                    

Chapter 14

"So, macam mana kerja dengan Jungkook?" Soal Ae lalu menyuap makanan ke dalam mulutnya. Mereka berlima kini berada di sebelah kiri pentas untuk makan bekalan makanan tengah hari mereka.

"Hmm? Ngh! Ngoang nghan!" Im bersuara dengan mulut penuh dengan makanan sebelum dipotong oleh Jay.

"Yah! Yah! Telan dulu makanan tu." Marah Jay kepada Im dan gadis itu menurut kata rakannya itu.

"Korang!! Aku mintak tolong kan?! Asal tak datang?!" Soal Im dengan penuh kemarahan. Tapi tangannya menyuap lagi makanan ke dalam mulutnya. Min ketawa dengan telatah kawannya itu. Mahu marah tapi dalam masa yang sama nak makan.

"Kau tu la! Apa yang kau takut sangat dengan Si Jungkook tu?! Buat lek sudah la." Marah Ain pula.

Im menelan makanannya sebelum menjawab. "Kau faham tak.. aku kalau boleh tak nak ada kena mengena dengan jantan tu, kau tau tak?!"

"Laa.. setakat satu hari ni je. Bukannya selama-lamanya." Ujar Ain lagi. Im mengecilkan matanya merenung kawannya itu lalu meneruskan makan makanannya.

"Hmm.. ye la ye la.." Im mengalah dengan kawannya. Mereka hanya mampu tersenyum melihat telatah Im yang seperti budak kecil itu walaupun sudah dewasa.

Sebaik sahaja waktu makan tengah hari tamat, mereka kembali ke posisi masing-masing untuk menyambung kerja mereka. Seperti yang dikatakan oleh Ain, Im hanya bekerja seperti biasa dan tidak menghiraukan kewujudan Jungkook di bilik tersebut.

Masa berlalu dengan pantas. Kesemua artis telah pun selesai melakukan camera reheasal dan pre-recording mereka dan kini masing-masing berada di bilik manunggu untuk bersiap menukar baju dan bersolek. Majlis atau showcase ini akan bermula dalam 15 minit lagi bemula dengan sesi karpet merah oleh para artis yang hadir.

"Im! Tolong pakaikan jaket ni kat J-Hope." Pinta seorang stylist kepada Im. Gadis itu hanya menurut tanpa membantah kerana masa semakin suntuk.

Keadaan di setiap bilik menunggu para artis semakin kacau bilau dengan persiapan mereka. Staf kehulur-kehilir melakukan tugas agar sempat siap sebelum sesi bermula.

Dihadapan pintu masuk Makhuhari Messe itu sudah pun dibentangkan dengan karpet merah dan puluhan reporters sudah pun mengerumuni kawasan itu dengan kamera mereka. Kurang dari 5 minit sesi penggambaran dan interview akan bermula.

Beberapa grup artis juga sudah pun bersedia disebalik pintu masuk sebelum giliran mereka untuk berjalan di atas karpet merah tersebut.

5

4

3

2

1

[on camera]

"Wahhh!! Sangat meriah sekali!! Woo hoo. Apa khabar semua!!" Ujar MC 1.

"Uwahh.. hebat nya!" Ujar MC 2 pula. Melihat suasana yang dipenuhi reposters dan para peminat membuatkan mereka lebih teruja untuk memulakan acara malam tersebut.

"Apa khabar, kami - MC 1 - & - MC 2 -. kami akan menjadi mc red carpet anda untuk Kcon Japan 2024!!!!"

"Woo!!"

Sementara pengacara tersebut mengambil masa untuk mendapatkan 'feeling' red carpet, para artis sudah pun bersiap sedia dengan pakaian dan costume yang cantik dan bergaya untuk sesi permulaan ini. Hanya sedikit tacapan dan penambahan disana sini oleh stylist mereka.

Im masih lagi sibuk untuk menyempurnakan pemakaian BTS. Walaupun para stylist sudah pun mengelilingi BTS, tapi Im cuba sedaya upaya untuk membantu apa-apa yang patut.

Dia memeriksa satu per satu ahli BTS. Sudah pastinya seseorang yang perfectionist mahukan kesempurnaan pada artis itu walaupun tiada kena mengena dengan dirinya.

Im membetulkan kemeja Jimin yang tidak di-tight-in dengan betul. Im pantas beralih kepada RM disebelah Jimin untuk mengemaskan rambutnya yang sedikit tidak terurus. Kemudian matanya menyedari tali leher yang senget pada ahli seterusnya. Tindakan refleksnya membuatkan dia tidak menyedari bahawa ahli tersebut ialah Jungkook.

Jungkook memandang Im yang sedang membetulkan tali lehernya. Matanya diturunkan kerana ketinggian mereka berdua yang sedikit berbeza. "Eun–"

Baru sahaja Jungkook bersuara, Im pantas memotong percakapannya. "Diam. Jangan bercakap dengan aku. Selagi kamera still on, buat macam tak kenal aku." Ujar Im disebalik mask. Tangannya mengusap sedikit kolar baju Jungkook sebelum beralih kepada V pula. Jungkook terdiam seribu kata. Matanya hanya mengekori setiap gerak geri Im sebelum beredar keluar ke Red Carpet.

Selama 10 minit sesi Red Carpet BTS belangsung. Kemudian mereka kembali ke bilik menunggu untuk berehat sementara menunggu giliran persembahan mereka. Im pula dipanggil oleh Jun Hoe untuk membantu Min dan Jay mengagihkan air kepada peminat-peminat yang hadir. Mereka juga perlu mengawal keadaan sekiranya peminat menggila.

"あの! (Excuse me!) ファンが皆さん! (Fans!) Go back a little bit! You gonna crush the fence!" Jerit Im kepada para peminat. Namun, sudah tentu mereka tidak mendengarnya kerana terlalu focus melihat artis kegemaran mereka. Dengan bantuan beberapa staf lelaki, mereka berjaya menolak sedikit fan ke belakang agar tidak tercedera.

Setelah hampir 1 jam bertugas, Im, Min dan Jay kembali melakukan tugasan mereka di belakang pentas apabila terdapat staf lain menggantikan tempat mereka di kawasan tempat duduk peminat.

"Fuhh.. ya ampun.. penat betul la nak control diorang tu. Haihh.." Im merungut sebelum mengambil beberapa teguk air mineral untuk menghilangkan dahaga. Min tidak mampu berkata apa-apa. Dia hanya mampu mengibaskan bajunya untuk menyejukkan badan, begitu juga dengan Jay. Mengawal perangai gila peminat bagaikan berlari marathon beribu kilometer, penat dan berpeluh mereka dibuatnya.

"Pening dohh kepala aku tadi. Nasib tak pengsan je." Ujar Im.

"Sama. Aku memang dah tak tahan dah last last tadi. Nasib baik back up sampai. Kalau tak.." Jay menggelengkan kepalanya mengenang kesulitan yang dihadapi mereka semasa menangani peminat-peminat yang menggila.

"Im! Situ pon awak. Haa bagus. Semua ada kat sini. Cepat, tolong saya set up in-ear monitor pada BTS dan TWICE, MONSTA X sekali. Jom." Sekali lagi Im mengeluh kecil mendengar nama BTS. Namun dia tidak mampu melawan kata staf tersebut memandangkan dia bukan siapa-siapa yang boleh membantah arahan orang yang mempunyai jawatan tinggi.

Min dan Jay tergelak kecil melihat reaksi Im sebelum mengikuti staf lelaki tersebut ke belakang pentas dimana artis-artis tersebut sedang bersedia. Sebaik sahaja sampai, staf tersebut terus memberikan in-ear monitor kepada setiap daripada mereka dan menarik satu per satu terus ke ahli yang masih belum memakai alatan tersebut. Im memakaikannya pada RM.

Sekali lagi Jungkook memandang Im sementara Jay memakaikan in-ear monitor padanya. Entah kenapa, dia ingin bertanyakan mengenai kandungan buku kecil milik Im. Namun disebalik kehendaknya, dia ingin menjaga privasi gadis tersebut.

"Ok. Siap." Ujar Jay. Jungkook hanya membalas senyuman kepada gadis yang tidak dikenalinya itu. Sementara itu, Im juga sudah selesai memakaikan in-ear monitor pada RM. Tanpa membuang masa, mereka meneruskan kepada ahli TWICE dan MONSTA X. Selepas itu mereka diberikan tugas di tempat lain.

Jungkook sedikit sebanyak mengekalkan adab sebagai penyanyi profesional dihadapan lensa kamera. Dia tidak mahu keinginannya untuk bercakap dengan Im menguasai dirinya. Maka, berinteraksi dengan kamera dan memikirkan mengenai ARMY dapat mengalihkan perhatiannya daripada Im.

Setelah persembahan daripada (G)I-dle, TWICE memasuki stage dan melakukan persembahan mereka dengan jayanya. Kemudian, Monsta X menguasai seluruh lokasi persembahan diikuti BTS sebagai persembahan terakhir. Selama lebih kurang 12 minit masa diambil untuk BTS menamatkan senarai persembahan Kcon Japan malam itu.

Mereka mempersembahkan 3 buah lagu kepada peminat kesayangan mereka, ARMY. Di antara setiap persembahan, mereka menyelitkan sesi ramah mesra dengan peminat selama lebih kurang 1 minit. Selesai sahaja persembahan lagu terakhir, ucapan penutupan daripada MC sebagai labuh tirai. Para artis juga dijemput naik semula diatas pentas untuk berinteraksi dengan peminat mereka dari Jepun buat kali terakhir sebelum pulang ke Korea.

[camera off]

Typical Love Story [Malay Ver.] - JK FFWhere stories live. Discover now