Chapter 4

103 8 0
                                    

- Jungkook's -

Jungkook berada di dalam MVP milik syarikatnya yang sering digunakan untuk membawa ahli BTS yang lain ke tempat kerja atau penggambaran. Ibunya berada disebelah manakala pengurus BTS memandu MVP tersebut.

"Eomma, dah banyak kali Jungkook cakap, Jungkook tak ada masa dengan semua ni. Bercinta, berkahwin semua ni. Tak mungkinlah. Kalau terkantoi dengan paparazzi, dengan fans macam mana?! Dia boleh dalam bahaya tau tak?!" Jungkook tidak puas hati dengan tindakan ibunya.

"Lagi bagus. 'Jungkook BTS bercinta dengan anak perempuan ST Group'. Sedap kan tajuk tu? Lagi pon kontrak kamu untuk bercinta dah lama tamat kan? Betul tak Manager-nim?" Pengurus BTS hanya mengangguk tanda setuju.

"Hyung, kenapa hyung bersutuju dengan eomma pulak?" Jungkook tidak mampu berkata apa. Dia sangat pasrah dengan perkara yang berlaku.

"Eomma akan bincang dengan Bang PD. Kamu, pastikan kamu keep in touch dengan Eun Rim." Ujar Puan Jeon. Jungkook terdiam seribu kata.

- end -








- ALL -

Im baru sahaja tiba di rumahnya. Rumah banglo yang tersergam indah pemberian ibu bapanya dan ibu bapa rakan-rakannya yang lain. Walaupun tidak sebesar rumah asalnya -iaitu rumah ibu bapanya- , rumah itu tetap besar bagi 5 orang perempuan muda untuk tinggal bersama.

Kata laluan dimasukkan dan Im melangkah masuk ke dalam rumahnya. 2 orang pembantu rumah menunduk hormat kepadanya dan membantu mengambilkan beg sandang Im dari Sarjan Han. Im berjalan menuju ruang tamu. Dia menghamparkan dirinya diatas sofa dan melelapkan matanya, memikirkan situasi yang baru sahaja berlaku beberapa jam lepas.

"Im!! Look who's here! Tadaa!" Jeritan Ae dari tingkat atas mengejutkan Im dari lamunannya. Im bangun memandang ke tingkat atas. Kelibat kawannya, Ain, tersenyum kepadanya.

"Ain!!" Im bergegas naik ke tingkat 2 rumahnya.

"Bukan kau kata kau balik hari Ahad ke?" Soal Im kebingunan sebaik sahaja berhenti dihadapan Ain.

"Nak buat cane. Meeting tu habis cepat." Ujar Ain. Dia menarik Im masuk ke dalam biliknya dimana mereka berkumpul sebelum Im pulang.

"Kau duduk sini. Sekarang bukan time aku untuk story. Korang pon bukannya nak dengar bende bende boring tu kan. Kau, Im, story kat kitorang what happen at your blind date." Ujar Ain panjang lebar.

Mereka berlima menumpukan perhatian terhadap Im. 4 daripada mereka berada di atas katil king size milik Ain. Min meniarap beralaskan batal peluk Ain manakala Jay disebelah kanannya baring mengiring menghadap Im. Sementara itu, Ain yang bersebelahan Im duduk bersimpuh dihujung katil dan disebelah kirinya, Ae duduk bersila di atas kerusi milik Ain.

"Ok. Tadi.. Kan aku ngan Min pergi McD." Im mula bercerita satu demi satu. Bagaimana dia bertembung dengan Jungkook sehingga habis.

15 minit masa diambil untuk Im menceritakan blind datenya hari itu. Kawan-kawannya hanya terdiam mendengar 'drama' dari mulut Im. Pada masa yang sama mereka juga mencari maklumat tentang Jungkook di internet. Mereka sedikit terkejut dengan pencapaian yang telah dicapainya bersama member BTS yang lain sepanjang tempoh 11 tahun ini.

"Heoolll… daebak." Min berasa sedikit kagum dan cemburu dengan situasi Im. Kalau dibandingkan dengan dirinya, semua kawannya itu masih tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki. Oleh itu, sebagai seseorang yang sudah bertunang, Min berasa cemburu dengan Im kerana dia masih boleh berjumpa dengan lelaki lain.

Semasa Min berumur 10 tahun, dia ditunangkan oleh ibu bapanya dengan anak lelaki sulung kepada Lembaga Pengarah CJ Entertainment atas hubungan persahabatan mereka. Pertunangan itu dibuat secara terbuka menyebabkan hampir seluruh rakyat Korea mengetahui berita tersebut. Walaupun berkemungkinan berita itu telah dilupakan, namun sekiranya paparazi mendapat tahu salah seorang daripada mereka menjalinkan hubungan sulit dengan orang lain, reputasi syarikat mereka mungkin akan menurun.

Typical Love Story [Malay Ver.] - JK FFWhere stories live. Discover now