1

90 2 0
                                    

"Syafira Adeeba" aku segera berdiri dan menuju ke arah Cikgu Salina yang berdiri menunggu di hadapan pintu kelas dengan riak wajah yang sangat cemas. 

"cikgu panggil saya?"

"awak kena ikut saya pergi hospital sekarang" arah Cikgu dengan cemas.

"ada apa cikgu?" tanyaku sedikit berdebar.  Seperti ada sesuatu yang terjadi yang menyebabkan aku risau.

"mak ayah awak... Mereka...  Accident. Meninggal di tempat kejadian"

Sehabis keterangan Cikgu Salina,  air mata aku menitik jatuh ke bumi.  Mengharap yang ini semua hanyalah mimpi. 

Namun apa yang kita inginkan tak semestinya kita dapat kecapi. 

______________________________________________

Aku menggenggam tanah kubur ayah.  Aku menangis.  Tanpa tangisan didengari. Aku menahan supaya tidak dingari sesiapa. 

Mak ngah mengusap belakang badanku dengan lembut.  Tanda memujuk.  Tapi sedikit pun aku tak terkesan.  Aku terus menerus menangis. 

Sesakit dan sepedih tangisan,  adalah tangisan yang ditahan. 

Aku mencium batu nisan ibu dan seterusnya ayah. 

Kemudian aku menyertai bacaan yaasin untuk ibu dan ayah.  Bacaanku diiringi dengan suasana pilu dan sedu sedan.

Selesai bacaan yaasin,  aku memeluk kubur ayah dan ibu.  Terus aku beredar seorang diri.

Aku tau... Saudara mara aku sedang mengutukku dan tidak ada satu pun yang mahu menjagaku. 

Aku menuju ke rumahku.  Satu-satunya kenanganku dengan ibu dan ayah.

Aku masuk ke bilik ibu dan ayah dengan tangisan yang dari tadi ditahan. Aku mencapai baju ayah dan ibu lalu aku mengucupnya dengan penuh pilu. 

" ayah dan ibu...  Tenanglah di syurga ya? Terima kasih kerana berjaya mendidik dan menjaga fira sehingga hari ini.  Sudah tiba masanya untuk ayah dan ibu berehat"

Doakan fira ayah...  Doakan fira ibu...  Anakmu memohon restu, ampun maafmu. 

Aku mengesat air mataku dan baring di katil ayah dan ibu.  Betapa aku merinduinya.  Walau baru seketika mereka tiada. 

Sedih. Hiba.  Satu penyesalan bagiku adalah,  aku tiada waktu mereka bertarung nyawa.  Aku tidak sempat menyalam tangan-tangan mereka yang selama ini membesarkan aku. Aku tidak sempat mengucup pipi mereka buat kali terakhir.  Aku tidak sempat mengucapkan salam terakhirku kepada mereka. 

Selamat tinggal ayah dan ibu...  Aku akan selalu mendoakanmu. 

Aku menutup mataku untuk tidur...  mengharapkan hari esok lebih baik dari hari ini.

______________________________________________

8 tahun kemudian....

Aku mengamati setiap bait perkataan yang tertulis di batu nisan kedua orang tuaku. 

"ibu..  Ayah...  Fira minta restu ayah dan ibu.. Fira ingin berpindah ke ibu kota.  Fira nak cari rezeki di sana tetapi fira tak akan sesekali menjual atau menyewakan rumah kita kepada orang. Fira minta ampun." ujarku.  Air mataku sekali lagi jatuh. 

Aku sedekahkan al-fatihah buat kali terakhir sebelum aku pergi meninggalkan mereka.  Menggapai tujuh langkah aku meninggalkan mereka,  aku menoleh.  Aku menangis lagi.  Aku ternampak dua figura ibu dan ayah yang sedang melambaiku dengan senyuman manis seperti merestui keputusanku.  Aku mengelap air mataku dan keluar dari kawasan perkuburan islam itu dengan segala macam perasaan yang terbuku di dada. 

Selamat tinggal ayahanda dan bonda tercinta...
Sudah tiba masanya anakmu keluar ke kota...
Membina,  mencari...  Erti kehidupan sebenar... 

Kau tetap disini menunggu anakmu...
Aku disana akan slalu terkenangmu..
Semoga syurga adalah tempat perjumpaan kita nanti...
Bukan singgahan atau tumpangan...
Malah selamanya dan abadi...

Selamat tinggal ayahanda dan bonda tercinta...

Jasa dan kasihmu tak ku lupa...
Didikan dan ihsanmu tak ku buang walau seketika...

Selamat tinggal... Buat selamanya...

Bersambung...

setitik cinta buat syafiraWhere stories live. Discover now