12

19 2 0
                                    

Kami turun dengan segera.  Aku terlihat khemah paramedik yang menetap di situ telah roboh dan dipenuhi darah.  Membuntang mataku.  Lantas itu aku melepaskan genggaman tanganku dari ilhan dan menuju ke khemah yang roboh itu.  Aku mengalih batu2 yang menghempap khemah itu dan melihat dalamnya. 

"Ya Allahh!!!!!" jeritku dan menangis. 

Terdapat mayat-mayat paramedik yang bertugas dalam keadaan yang mengerikan.  Ada yang jasadnya hancur gara-gara dihempap batu. Dengan ubat-ubatan yang bersepah.  Rakanku yang lain menuju ke arahku dan melihat apa yang aku lihat.  Masing-masing beristighfar. 

Kami menurunkan bantuan dan berkejar-kejar kesana-kemari.  Ilhan membantu paramedik yang tinggal.  Kami memasang khemah-khemah dan membawa setiap yang cedera ke dalam khemah. 

Semasa aku menolong seorang wanita tua..  Satu bom dari udara berdekatan kami dilepaskan.  Aku menarik wanita tua itu untuk lari menyelamatkan diri...

Tapi dia menggeleng dan senyum.  "semoga Allah merahmati kamu" ujar wanita itu dan menolakku jauh. 

Aku menangis dan berlari dari kawasan yang akan meletup itu. Akhirnya satu ledakan kuat yang membingitkan telinga mula memenuhi ruang pendengaranku dan gegaran dari ledakan itu membuatkan aku terjatuh dan tercampak. 

Aku sedaya upaya untuk bangun.  Aku melihat tempat wanita tadi duduk hanya dipenuhi darah yang banyak.  Tubuh wanita itu hancur.  Aku menangis dan menuju ke arah tempat yang dipenuhi darah itu.  Aku memegang darahnya.  Aku terbayang sewaktu dia senyum dan berharap agar Tuhan merahmati aku.  Aku mengelap air mataku dan meneruskan tugas aku. 

Darah yangku lihat... 
Darah tidak berdosa...
Darah yang suci dari sebarang dosa...

Ku lihat mereka bertarung di hadapan mata...
Ku lihat mereka menitiskan air mata...
Kehilangan demi kehilangan yang terpaksa diredhai kehilangannya....

Setiap anak kelahiran ini....
Satu demi satu... 
Hilang keluarga...
Hilang nyawa... 

Tetapi tetap teguh hati mereka untuk meneruskan hidup...
Tetap kental jiwa mereka untuk menempuh segalanya...
Tetap matang fikiran mereka terhadap apa yang bakal terjadi dan mereka yakin akan berlaku.. 

Tetap berkongsinya mereka saat susah..
Saat lapar... Suka dan duka.. 

Bamgkit wahai anak syria...
Bangkit  demi keamanan yang kau impikan... 
Bangkit demi islam tercinta... 
Bangkit mengalahkan para zionis...

Semoga mati binatang itu!

Beberapa jam kemudian... Keadaan kembali tenang...  Mungkin kerana para zionis sedang berehat atau kepenatan bermain-main dengan bom-bom dan penindasan yang dilakukan mereka.  Lagi bagus jika mati mereka semua. 

Aku menuju ke khemah dan membantu penduduk-penduduk yang cedera sama ada parah atau tidak. 

Sedang aku merawat seorang lelaki tua... Aku melihat seorang anak kecil yang berdarah kepalanya...  Memberikan tempat pembaringannya kepada seorang nenek tua yang kelihatan penat.  Aku menjadi sebak.  Ya Allah...  Rahmati mereka semua...  Tempatkanlah mereka ke dalam syurga firdausMu.... 

Aku merawat hampir semua mangsa dengan pantas dan tiada satu pun kesilapan aku buat.  Terima kasih kepada pengajian dan kelulusan yang aku ada.  Aku mengambil course perubatan dan business.  Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya. 

Tiba di satu tubuh lemah yang sedang baring...  Aku terkejut. 

"ilhan... " aku memanggilnya dengan penuh debaran. 

Lelaki itu memandangku.  "hai sayang... " ujarnya lembut dan memegang tanganku.
Aku memeluknya erat. 

"syukurlahh...  Awak tak apa-apa" ujarku sambil menangis. 

Dia mengucup kepalaku lembut.  "jangan risau pasal saya...  Saya cuma terkena tempias ledakan bom.  Tapi alhamdullah saya okay je.  Suami awak ni kuat tau" ujarnya berbaur gurauan. 

Aku memeluknya erat.  "awak duduk sini diam-diam.  Saya nak pergi buat kerja kejap je lagi.  Selepas tu saya temankan awak. Tidurlah"

Ilhan mengangguk dan melelapkan matanya.  Mukanya kelihatan tenang sekali.  Aku tiba-tiba risau.  Aku menyucuk badannya dengan jari.  Tak bangun.  Aku mula menangis.  Aku goyangkan badan dia... 

Dia buka matanya.  "kenapa ni?" tanyanya risau. 

"saya takut awak tinggalkan saya... Jangan mati dulu.  Kalau nak mati pun ajak saya dulu" luahku sambil nangis. 

"masyaallahh... Isteri siapa ni? Saya nak tidur je....  Jangan risau...  Saya takkan tinggalkan awak." ujar ilhan dan mengusap kepalaku yang ditutup dengan tudung. 

Aku mengangguk dan meneruskan kerjaku. 
Selesai merawat pesakit-pesakit yang ada...  Aku menuju ke arah suamiku dan duduk disisinya. 

Aku membisikkan surah-surah penyembuh ke telinganya. 

"semoga sembuh...  Suamiku"

Bersambung...

setitik cinta buat syafiraWhere stories live. Discover now