6

28 2 0
                                    

Aku salam tangan mommy dan mengucupnya lembut. 

Ya Allah...  Mudahkanlah segala urusanku ke sana... Limpahkanlah rezeki untuk keluarga ini....  Keluarga yang memberi kasih sayang kepadaku walaupun banyak kekuranganku...

"hati-hati ya fira....  Dah sampai sana... Call mommy tau.... " pesan mommy. 

Aku angguk sayu.  Teman sekerjaku memanggilku.

Aku memeluknya buat kali terakhir sebelum aku berangkat ke sana. 

Aku menuju ke kumpulan staff ngo yang sekejap lagi akan berangkat ke syria.

"siapa mereka tadi? Suami awak tak datang?" tanya rakan seperjuanganku. 

"mereka tu mertua saya. ..  Suami saya sudah meninggal"

"maafkan saya..   Tidak mengapa...  Saya boleh menceriakan awak.. Apa-apapun...  Awak sudah bersedia untuk tugas pertama awak ke syria?"

Aku mengangguk dan tersenyum.  Bukan sahaja sedia...  Aku teruja,  gembira dan bermacam perasaan aku.  Aku jugak sediakan berkotak-kotak coklat dan gula-gula berperisa yang diminati kanak-kanak untuk diberikan kepada anak-anak syria. 

Sebelum memulakan perjalanan ke syria...  Seorang petugas membaca doa dan memberi sedikit tazkirah.

"semoga perjalanan kita sentiasa dirahmati Allah....  Ikhlaskan hati kita...  Sentiasa berdoa untuk kebebasan anak-anak dan saudara kita di sana..."

Aku tersenyum membayangkan betapa cerianya anak-anak syria apabila aku membawa coklat untuk mereka semua. 

Kami mula bertolak dengan iringan doa yang tidak putus-putus.






______________________________________________

Dalam perjalanan kami...  Tiba-tiba kami berhenti. Semua yang ada di dalam diarahkan keluar. 

Kami semua menurut tanpa banyak kata.

Seorang daripada askar zionis israel membuka belakang lori dan mengecek semua yang ada di dalamnya. 

"kamu semua bawa senjata?" (tanyanya dalam bahasa arab)

Kami semua menggeleng.  Alhamdulillah aku memahami apa yang dikatakan. Aku menyiapkan diriku sebelum menyertai perbadanan ini.

"bagus.  Walau kamu semua datang ke sini untuk menolong dan memberi bantuan kepada penduduk syria...  Kami tidak menjanjikan yang kami tidak akan menyerang,  melepaskan bom,  membunuh penduduk syria termasuk kamu semua.  Apabila kamu memasuki perkarangan syria... Kamu semua adalah makanan kami! Jangan cuba melakukan benda bodoh!" pesan askar itu lebih kepada amaran. 

Kami mengangguk.  Tiba-tiba seorang daripada mereka memakan satu coklat yang aku bawakan untuk penduduk syria.  Entah kenapa aku menjadi berang!

"itu untuk anak-anakku dan saudara islamku di syria! Kenapa engkau memakannya?" tanyaku (bahasa arab)

Askar itu menggelakkan aku. 

"orang baru? Kau mahu kami bunuh kami semua dan mengambil semuanya sehingga tiada satupun untuk kau sumbangkan ke syria?!" marah askar itu. 

Seorang dari rakanku menarikku supaya meminta maaf ke askar itu. 

Aku mengeluh dan diam.  Memang tak  mungkin aku akan meminta maaf kepada manusia sekejam mereka. 

Mereka menggelakkan aku. 

"bodoh" caci satu dari mereka.  Aku menahan amarahku. 

Selepas itu,  kami meneruskan perjalanan kami ke syria. 

"kami mengagumi keberanian kau untuk menetapkan hak penduduk syria... Tapi dalam situasi ini...  Mereka lebih berkuasa dari kita. Kita tidak akan dapat menandingi mereka walau dengan beribu senjata moden kecuali dengan restu Allah.  Jadi buat masa ini...  Kita hanya mampu menolong penduduk di sana dengan menyumbangkan apa yang kita ada.  Segala yang lain,  kita serahkan saja kepada-Nya." ujar ketua kami.

Ramai yang tersenyum kepadaku.  Tidak ramai yang berani mempertahankan hak mereka atau penduduk syria apabila sudah menjejaki tanah israel. 

Aku menahan rasaku.  Sungguh tidak adil. 



Bersambung...

setitik cinta buat syafiraحيث تعيش القصص. اكتشف الآن