11

27 2 0
                                    

Selesai acara akad nikah... Aku menuju ke dapur.  Berborak dengan ibu bapa ilhan. 

"fira...  Follow me" panggil ilhan. 

Aku mengikutinya sahaja kerana tanganku dipegang erat olehnya.  Dia membawaku ke dapur. Tiba-tiba dia mengucupku lembut. 

Aku terpana.  "sekarang...  Ciuman kotor tu dah hilang... You're mine now.. " ujar ilhan dan memelukku. 

Aku menangis dan membalas pelukannya. "thank you...."ucapku terharu.

"terima kasih sebab terima saya walaupun saya banyak kekurangan..." sambungku.

"tak kisahlah betapa banyak kekurangan awak..   Awak selamanya milik saya"

Aku menangis.  "bengkak mata saya kalau nangis je"

Dia gelak dan mengeratkan pelukan. 

______________________________________________

Kami menunaikan solat sunat bersama.. Selesai solat...  Kami membaca al-quran bersama.

Aku baring di atas lengannya sambil memandang siling kosong. 

"awak sedia?" tanyaku.

"sedia untuk?" tanya ilhan dan memandangku.

"operasi kita seterusnya...  2 minggu kita akan ada dekat sana.. " balasku. 

"untuk kepuasan saya...  Tak mungkin saya tak sedia.. " ujarnya.  Aku senyum. 

Aku memejamkan mataku...

Aku bersyukur Ya Allah....  Kau telah kurniakan dia dalam hidupkuMenggantikan segala derita dan laraku menjadi bahagia dalam sekelip mata...

Sesungguhnya aku mencintainya... Semoga aku akan kekal dengannya...  Cinta kami...  Sampai syurga... 

InshaaAllah.....

Aku memeluk badan sasa milik ilhan dan pelukanku dibalas. 

Rasa bahagia ini tidak terganti...  Setiakanlah hati kami berdua untuk kekal dalam hubungan kami....  Hapuskanlah segala perkara yang memudaratkan hubungan kami....

______________________________________________
Tiba waktu yang kami tunggu...  Operasi seterusnya...  Yang entah bahaya apa yang menanti kami...  Ilhan dan aku tidak merancang untuk mempunyai anak buat masa ini kerana ilhan risaukan tentang keselamatan aku dan bayi yang akan aku kandungkan nanti... 

"sayang...  Dah sedia?" tanya ilhan.  Aku hanya mengangguk. 

Kami meletakkan barang di kenderaan yang sama seperti operasi sebelumnya. 

Kami bertolak ke lokasi kami berkumpul. 

Aku mengucapkan selamat tinggal kepada mommy,  daddy,  Hana, Nana dan Isha..  Sempat juga aku ke kampung dan meminta restu dari arwah ibu bapaku...

Semoga Tuhan melindungi kami...

Kami bertolak dengan hati yang gundah gulana.  Semasa di dalam lori, tiada satu pun yang bersuara.  Semuanya membisukan diri.  Trauma,  sedih dan sebagainya... 

Dan sekali lagi kami ditahan oleh para zionis.  Kali ini kami membawa 3 lori yang dipenuhi bantuan dari Malaysia.  Tidak seperti operasi sebelumnya..  Kami hanya membawa 1 lori. 

Ilhan memegang tanganku erat...  "jangan gigit bibir awak...  Saya taknak awak diperlakukan hal yang sama lagi" pesan ilhan.  Aku cuma mengangguk. 

Kami turun dari lori dan berkumpul di luar.   Para zionis masing-masing mengecek  barang-barang yang dibawa oleh kami. 

Seorang dari mereka meraba-raba kesemua tubuh rakan sekerjaku untuk memastikan tiada sebarang senjata termasuk ilhan dan aku.  Saat tiba giliran aku... 

"look,  the girl that commander kiss. Ahahaha.  Such a brave girl" laung lelaki itu.  Aku buat muka selamba. 

Dia mula meraba-raba aku.  Rasa nak nangis.  Tapi aku tahan.  Selesai je,  dia pergi kat ilhan and buat benda sama dan kepada orang seterusnya. 

"kami mahu mengingatkan kamu semua sekali lagi.  Jangan bertindak bodoh. Kami yakin yang kamu semua sudah menyaksikan commander kami membunuh seorang budak pada minggu lepas. Jadi,  jika kamu semua tidak mahu nasib kamu menjadi seperti itu...  Jaga diri kamu" ujar seorang lelaki dalam bahasa arab dan tersenyum sinis. 

Kami semua menahan amarah.  Tanah yang dulunya milik gaza...  Dirampas oleh israel. Binatang yang kejam. 

Kami meneruskan perjalanan ke destinasi kami. 

Sesampainya kami di sana... Kesemua sedang berlari-lari.  Nampaknya serangan berlaku lagi. 

Bersambung...

setitik cinta buat syafiraTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon