2

46 2 0
                                    

Sepanjang perjalanan,  aku termenung akan nasibku yang akan datang. 

Seturunnya aku di stesen bas, aku menggunakan google map untuk mencari hotel yang terdekat.

Aku menahan teksi untuk kesana. 

"cik nak ke mana?" tanya pemandu teksi itu.

Perempuan? Pelik. 

"emm...  Encik tau tak hotel terdekat dekat sekitar sini?" tanyaku

Pemandu itu pusing memandangku. 

"fira?" tanya pemandu itu. 

Aku terkejut bukan kepalang. Perempuan itu mencabut misai palsu yang dipakainya. 

"hana!!"

"yaaaaa!! Ingat lagi kau kat aku!"

Aku sekadar tersengih. 

"asal kau cari hotel nih?" tanyanya mesra sambil mula bergerak ke destinasi yang diketahuinya.

"nak cari tempat tinggal sementara.  Lepas aku dapat rumah sewa nanti aku pindah." balasku.

"ishh kau ni.  Kenapa tak cakap dengan aku dulu yang kau pergi KL nih.  Kalau tak,  aku boleh ambik kau dari kampung" marah Hana.

"aku taknak susahkan orang..  Hehe"

"alang-alang kau dah ada dekat sini,  kau tinggal dengan aku jelah.  Aku tinggal berdekatan sini je.  Rumah pun aku beli,  bukan sewa.  Kalau sewa susah.  Tuan tanah bising.  Lawat-lawat rumah lepastu tanya pasal hutang"

Aku gelak dan ikut sahaja kehendaknya.

Sampai di rumahnya,  dia memberiku kunci rumah. 

"bukan kita je tinggal dekat sini tau? Selain aku dan kau,  ada dua orang kawan aku tinggal dekat sini.  Sorang nana,  sorang isha.  Nana pakai cermin mata bulat.  Pipi dia pun bulat.  Tapi kurus jer orangnya.  Yang isha pulak,  dia tinggi,  sexy,  rambut panjang,  dia slalu balik memalam.  Jadi sekarang dia takde dekat rumah.  Kalau nak jumpa dia,  jumpa esok pagi waktu sarapan.  Wokkeh,  kau boleh masuk n tanye nana kat mana bilik aku.  Nanti kau masukkan barang kau kat bilik aku.  Kita kongsi bilik eh? Bilik lagi satu tu belum dibersihkan.  Wokkeh? Aku ade kerja ni.  Kalau ponteng,  gaji kena potong. Tataaaa!" jelas Hana panjang lebar dan terus masuk ke dalam teksinya dan memecut. 

Aku mengangkat beg dan masuk.  Selepas aku buka mangga pagar,  seorang perempuan cantik berambut panjang menyapa. 

"Han! Kan aku dah cakap! Basuh baju kau!" marah perempuan itu. 

Aku tersenyum. 

Dia pandang aku atas sampai bawah.  "err,  ustazah salah tempat ni.  Masjid ada dekat depan tu.  Belok kiri,  pastu kanan,  ade lorong kecik tu masuk pastu dah sampai" terang perempuan itu. 

Aku gelak.  "saya kawan Hana.  Baru berpindah ke sini.  Hana suruh saya masuk dan jumpa dengan Nana." jelasku.

"ohhhh,  cakaplah siang-siang.... Wokkeh jom masuk. Meh barang,  aku tolong angkat"

Masuk je dalam.....  Aku tercengang. 

"masuklah.  Buat macam rumah sendiri" pelawa Nana.

Sepah ya amat! Hanya tuhan yang tahu!

Ya Allah! Baju dalam kecik tu pun dia sangkut kat tangga je!

Aku menggeleng kepala.  Perangai Hana sama macam dulu.  Entah-entah,  kawan dia ni pun sama jugak!..

Ishh. Nana menunjukkan aku bilik Hana.  Seperti yang dijangka...  Memang lagi kotor dari tempat pelupusan sampah. 

Aku hampir pitam.  Aku ni dahlah ada ocd! Uhuk.  Aku membuka tudungku dan meletakkannya ke kerusi.  Aku menyinsing lengan bajuku dan menuju ke dapur. 

Okeh! Ini Syafira! Pantang menyerah! Aku memebersihkan dapur mereka dengan bersungguh-sungguh. 

Tang tung tang tung... Siap! Aku terbaring penat di sofa.  Habis berkilat semuanya.  Tangga pun aku mop. 

Ishh! Macam mana diorang boleh hidup dalam keadaan tadi? Seram betul!

Lama kelamaan aku mula mengantuk dan melelapkan mataku. 

______________________________________________

"hoi bangun" kejut Nana. 

Aku terpisat-pisat.  Aku bangun dan menggeliat. 

"rajinnya kau basuh satu rumah! Aku tak tahan betul kalau bersih-bersih ni! Rada macam nak sepahkan balik!" puji Nana.

Aku tersenyum bangga.

" dah dah.  Pergi bersiap.  Kita pergi makan kat luar" arah Nana. 

Aku menggeleng kepala.  "beli barang dapur saja,  nanti saya masak" pintaku.

"uishh! Kau ni.  Kau dah basuh satu rumah ni,  takkanlah aku nak suruh kau masak pulak? Takpe takpe..  Kita gi makan luar.  Anggap aku belanja.  Lepas makan kita gi mall. Cari barang dapur.  Haaaaa malam ni kau masaklah."

Aku menggeleng saja. "okayy"

Sesampainya kami di kedai makan pilihan Nana,  kami memesan makanan dan menonton televisyen yang disediakan. 

Tv tersebut memaparkan tentang penduduk Gaza yang tidak terbela nasibnya.  Yang merana hidup mereka.  Bantuan yang dihantar kesana dari Malaysia telah diserang oleh tentera zionis israel. 

Aku terpana.  Aku sedap-sedap disini menikmati linangan air mata mereka.... 

Nana perasan akan perubahan wajahku.

"kau berminat?" tanya Nana.

"berminat?" 

Bersambung....

setitik cinta buat syafiraWhere stories live. Discover now