3

39 1 0
                                    

... Aku tersenyum riang dalam masa yang sama aku risau juga. Bermacam perkara yang aku fikirkan.

"amacam? Berminat tak?" tanya Nana lagi.

Aku angguk.  "tapi saya nak cari kerja dekat sini dulu.  Nak kumpul duit.  Boleh saya sumbang sikit. Boleh?"

"boleh je.  Emm,  esok kau ikut aku pergi tempat kerja aku. Kerja satu tempat dengan aku je senang" pelawa Nana.

"okay,  terima kasih Nana"

______________________________________________

Keesokkannya...

"kau tunggu aku dekat sini kejap.  Aku pergi panggil boss" arah Nana.

Aku mengangguk kecil. Sementara menunggu,  aku melihat sekeliling. 

Tak dapat dinafikan,  bangunan tuh tersangatlah besar.  Rasa macam istana cuma tiada unsur-unsur melayu lama.  Semuanya moden. 

Tak lama lepas itu,  Nana dan seorang lelaki segak berkot hitam dengan kaca mata hitam menuju ke arah aku. Aku bangun menunjukkan tanda hormat aku. 

"so..  Awak ni orang yang Nana sebut-sebut tu? Not bad" ujar lelaki itu. 

Aku cuma tersenyum. 

"dengan kelulusan yang awak ada,  awak layak untuk terima kerja ni" sambung lelaki itu lagi.

"terima kasih encik" ucapku dan tersenyum.

"awak tahu apa jawatan awak?" tanya lelaki itu.

Aku pandang Nana,  dia senyum je.

Lelaki itu mengeluh. "mulai hari ini,  awak diambil kerja sebagai Personal Assistant saya.  Do your work well" sambungnya dan pergi.

"kenapa tak cakap yang saya akan jadi P.A?" tanyaku kalut. 

"hehe..  Suprise! Takpela.  Kau kerja dulu macam biasa.  Okay? Kalau kau nak cari aku...  Meja aku dekat-dekat je dengan meja kau.  Belok kiri,  terus,  belok kanan...  Dah sampai meja aku! Haa esok mula kerja tau.  Datang sebelum pukul 8. Boss tak suka orang lambat.  Sekarang kau pergi pejabat boss and tanya apa yang patut kau buat sekarang. Bye aku nak pergi tandas.  Dari tadi aku tahan" Terang Nana dan terus meninggalkan aku. 

"pejabat dekat mana?" tanyaku seorang. 

... Tingg!!!!! Terbuka sahaja pintu lift,  aku keluar dan membaca setiap nama bilik yang ada. 

Aku mengeluh.  Sampai hati Nana tinggal aku macam ni.  Aku mencangkung kerana kepenatan. 

"err...  Awak okay?" tanya seseorang. 

Aku mendongak melihat siapakah gerangan yang baik hati itu.

"err...  Cik siapa? Ada apa dekat sini?" tanya lelaki itu. 

Aku bangun dan senyum.  "pejabat boss awak dekat mana? Dari tadi saya cari tak jumpa-jumpa.  Kenapa bangunan ni banyak tingkat. Jenuh saya cari.  Nasib baik ada lift"

Lelaki itu gelak.  "awak dah sampai di tingkat yang betul pun.  Mari saya tunjuk" pelawa lelaki itu.

Aku mengikutnya ke mana sahaja dia pergi. Tau-tau sudah sampai. 

"ha..  Awak pergi bilik hujung tu. Ha itula bilik boss"

Aku melihat arah yang ditujukan olehnya.

"terima kasih" ucapku dan terus menuju ke bilik itu. 

Sesampainya di hadapan bilik itu,  aku mengetuk pintu.

"masuk" arah satu suara tegas. Nasib baik aku bukan jenis melatah.  Kalau tak, malu sudah.  Jadi aku pun masuk. 
Nampak muka lelaki yang bakal menjadi boss aku.  Aku pun senyum.  Dia pandang pelik. 

"tercegat dekat situ ada apa? Nak saya jemput ke?" tanya lelaki itu.  Terus aku tukar riak muka dan mendekati lelaki itu.
Walaupun takde perkataan yang tak elok,  ayat dia nampak biadab. Ciss. 

"ada apa jumpa saya?" tanya lelaki itu.

"entahlah.  Nana suruh saya tanya boss apa yang patut saya buat sekarang" jelasku jujur.

"haa?" aku angguk. 

"apa yang awak nak buat? Kenapa kena tanya saya pulak? Eiii! Nana....  Nana." tanya lelaki itu.  Nampak macam cakap sorang.  Pfftt.  Gila sudah.

Lelaki itu mengeluh.  "Ha esok da.... "

Tak sempat dia cakap habis,  aku potong. 

"datang sebelum pkul 8. Boss paling tak suka orang lambat.  Okay."

Dia tersenyum.  "good. Esok saya nak tengok muka awak ada dekat sini.  Dan esok awak jangan lupa mintak staff card dekat Atira."

Aku tersenyum.  "okay boss"

"emm...  Sekarang awak ada masa?" tanya lelaki itu. 

"ada.  Kenapa boss?"

"okay good.  Pukul 12 nanti lunch dengan saya. Sementara tu,  awak tunggu sini dulu.  Nak pergi jalan-jalan dulu pun boleh tapi make sure pukul 12 awak ada dekat sini."

"okay boss.  Saya tunggu sini jela.  Lagi 1 jam lebih je nak pukul 12."

"okay good."

______________________________________________

"assalamualaikum anak mommy!" sapa seorang perempuan yang sedikit berumur selepas sahaja dia masuk ke dalam pejabat itu. 

Dia pandang aku dan boss pelik.  

Bersambung....

setitik cinta buat syafiraWhere stories live. Discover now