13

16 1 0
                                    

Aku membersihkan mukaku dengan bekalan air yang kami bawa. 

Aku membayangkan wanita,  anak kecil dan sesetengah orang yang pergi dari dunia di hadapan mataku.  Aku mula sebak memikirkan mereka. 

Aku membasuh mukaku lagi.  Aku menuju ke masjid untuk menunaikan solat asar.  Sesampainya aku..  Aku melihat tubuh ilhan yang sedang solat.  Menyembah-Nya.  Aku tersenyum.  Syukur Ya Allah...  Aku mempunyai suami sepertinya...  Aku solat di bahagian perempuan dengan khusyuk.  Berdoa agar nasib anak-anak syria terbela... Berdoa agar keselamatan mereka dan rakan-rakan sekerjaku selamat. 

Selesai sahaja...  Aku berjalan mengambil angin di luar.  Ditemani ilhan. 

"sayang... Kalau ditakdirkan saya pergi dulu...  Awak kena tahu yang saya cintakan awak... Saya sayangkan awak...  Kerana Dia." ujar ilhan. 

Aku menutup mata. Berharap agar waktu itu tidak akan tiba dan berharap saat waktu itu tiba....  Aku bersamanya... 

Aku tersenyum.  "jom main dengan budak-budak dekat sini" ajakku untuk menghilangkan rasa sebakku. 

Ilhan tersenyum dan mengikut jejak langkahku.  Kami bermain,  bergelak ketawa,  bergurau bersama kanak-kanak disana. 

Ketika maghrib tiba...  Kami sokat berjemaah bersama dan membaca surah-surah suci al-Quran sementara menunggu waktu isyak. 

Selesai solat isyak, kami makan bersama-sama.  Ilhan menontot movie dari ipad yang dibawanya bersama kanak-kanak syria. 

Aku membantu kakak seniorku dalam penyediaan tempat tidur mereka.  Sebelum tidur mereka semua dibekalkan susu dan biskut kecil. Saat aku ingin memberikan lebih,  mereka menolaknya dan menyatakan bahawa orang lain lebih memerlukannya. Ada juga yang mengajakku makan bersama Merek sekali kerana sesetengah mereka mengetahui yang aku tidak makan sejak aku datang ke sana. 

Saat kesemua mereka sedang diulit mimpi...  Aku berjalan-jalan di sekitar ditemani secawan kopi panas. 

Aku mencari tempat-tempat yang cantik dan mengambil gambar.  Aku menangkap gambar suasana tenang kota itu.  Tiba di suatu tembok, aku duduk di situ dan mengambil gambar bintang pada malam itu. 

"sayang...  Tak tidur?" tanya ilhan yang tiba-tiba datang. Aku menggeleng.  "saya tak rasa penat pun. Awak tidurlah dulu..."

Ilhan mengambil tempat disebelahku dan merangkulku dengan tangan sasa miliknya.  Aku menyandarkan kepalaku ke bahunya. 

Aku mengambil gambar ilhan sewaktu ilhan memandang langit malam itu. 

"hensemnye.  Suami siapa ni?" gurauku sambil merenung gambar ilhan. 

Ilhan senyum je.  Bangga kut isteri dia puji. 

______________________________________________

Selepas dua minggu kami disini...  Rakan sekerja kami balik ke Malaysia.  Ada yang mengambil keputusan untuk stay demi menolong yang lain dan menggantikan paramedik yang cedera. 

Aku dan ilhan mengambil keputusan untuk stay di kota suci ini.  Kami meneruskan tugasan kami seperti biasa. 

Sejak kebelakangan ini...  Tentera zionis  tidak menyerang kota syria.  Dan itu adalah perkara yang amat disyukuri oleh kesemua penduduk syria.  Tetapi bila-bila masa sahaja mereka boleh melancarkan serangan. 

Bantuan dari negara lain pun banyak yang tiba.  Banyak juga berita tentang rusuhan dan ketidakpuasan rakyat tentang layanan dan apa yang terjadi kepada gaza,  syria dan bermacam tempat lagi. 

Aku ingin pergi ke palestin untuk membantu mereka di sana. Tetapi aku rasa penduduk di sini juga memerlukan bantuan. 

" menung apa?" tanya ilhan. 

"kalaulah saya ni raja dunia... Dah lama saya penjarakan kesemua tentera zionis.  Dan syria pasti akan lebih maju.  Palestin tidak lagi akan tertindas.  Dan tiada kekejaman atau ketidakadilan berlaku." balasku.

"imaginasi lebih awak ni. Tiada raja dunia dekat dunia ni."

Aku mencebik.  "bukan imaginasi,  tetapi impian.  Dan cikgu saya selalu cakap,  berimpian tinggi itu perkara yang elok."

Ilhan gelak.  "jom makan.  Anak awak dah panggil.  Marah diorang nanti kalau awak taknak makan"

Aku angguk dan mengikutnya ke tempat kanak-kanak itu menunggu. 

"cepat-cepat." arah kanak-kanak itu. 

Kami makan bersama-sama.  Merek berkongsi makanan mereka walaupun mereka tau,  terdapat banyak lagi makanan yang disediakan untuk mereka. 

Seorang budak kecil memberikan aku sebungkus nasi. "ini ada nasi untuk kakak.  Kakak sudah melakukan banyak pertolongan kepada kami.  Terima kasih"

Terharu tak terkata...

Bersambung...

setitik cinta buat syafiraWhere stories live. Discover now