9

21 2 0
                                    

Aku terjaga dari tidurku selepas terdengar bunyi letupan dan jeritan.  Hati aku mula berdebar.  Aku keluar dari khemah dan melihat suasana sekeliling yang tampak huru-hara.  Aku bertanya kepada salah seorang wanita yang sedang berlari. 

"apa yang sedang berlaku?" tanyaku risau.

"para askar zionis menyerang!" jawab wanita itu dan berlari. 

Aku mula panik.  Aku mencari rakan sepasukan aku dengan panik.  Satu lagi letupan kedengaran.  Aku mula menangis.  Hanya Tuham yang tahu betapa takutnya aku.

Aku menuju ke arah lori yang kami bawa tadi. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. 

Kesemua kanak-kanak berlari berkeliaran.  Ada yang menangis. Ada juga yang berdarah-darah.  Seorang anak perempuan yang menangis di tepi bangunan itu tidak sedar yang ada batu dari bangunan itu hampir terjatuh.  Aku menjerit dan cuba berlari secepat mungkin ke arah budak itu tetapi kaki aku sakit.  Akhirnya aku terjatuh dalam masa yang sama...  Batu itu mula terjatuh dan menghempap budak itu. Aku menjerit dan menangis. 

"takk!!!!!" aku jerit dan mengesot menuju ke  arah budak yang sudah terhempap dengan batu besar itu.  Aku melihat tangannya yang hanya berjaya keluar dengan sayu.  Aku mengangkat batu itu tetapi kudratku sebagai wanita tidak mengizinkanku. 

Aku menangis lagi dan cuba untuk mengangkat batu itu.  Sehingga tanganku luka dan berdarah. 

Selepas aku berjaya mengangkat batu itu,  aku memeluk jasad budak perempuan yang hancur itu...  Aku menangis dan mengucup tapak tangannya. 

"fira!!!!" jerit satu suara.  Aku memandang ke arah itu.  Ilhan sedang berlari ke arahku. 

Aku tersenyum.  Dia menarik dan membantuku bangun. 

"ilhan...  Budak ini...." ujarku dengan esakan yang tak tertahan. 

"i know...  Kita pergi ke masjid dulu! Dekat sini tak selamat! Ramai kanak-kanak dan penduduk syria di sana" balas ilhan. 

Aku menangis.  Darah di mana-mana sahaja. 

Tiba-tiba satu bom dilepaskan dan jatuh berdekatan tempat aku dan ilhan berada dan membuatkan kami tercampak.  Ilhan memelukku dan jasad budak yang tidak bernyawa itu. 

Suasana menjadi gelap. 

______________________________________________

Aku bangun dari pembaringan.  Aku berada di khemah perubatan bersama beribu-ribu mangsa. Keaadaan kelam kabut.  Para medical yang bertugas berusaha mengubati kesemua mangsa bom. 

Kepala aku terasa sakit. Aku menyentuh kepalaku dan seperti yang dijangka...  Kepalaku berdarah. 

Aku mencari ilhan di setiap tempat. 

Aku keluar dari khemah dan mencari di khemah lain. 

Sampai di masjid... Aku melihat satu kelibat yang sedang solat dengan baju yang berdarah. 

Selesai sahaja lelaki itu solat...  "ilhan... " panggilku sayu. 

Lelaki itu memandangku dan senyum.  Aku menuju ke arahnya dan menangis. 

"awak okay?" tanyaku.

"saya okay je...  Selepas solat,  rasa macam segala sakit saya hilang" balas ilhan dengan senyuman yang terpahat dibibirnya. 

Aku terjatuh.  Sungguh lutut aku ketar. 

"kepala awak berdarah.. " tegur ilhan dan mengelap kepalaku dengan kain merah yang disimpannya. 

Aku menolak kain itu dan senyum.  "badan awak berdarah.  Nak saya lap dengan tudung saya?" tanyaku dan gelak. 

Dia senyum. "saya nak solat maghrib...  Awak nak jadi jemaah saya?" tanya ilhan. 

Aku mengangguk dengan senyuman. 

Aku mengambil air wudu' dengan niat,  membersihkan diri aku dengan segala kotoran di hati,  jiwa dan dari seluruh badanku. 

Ilhan melaungkan azan dengan merdu. 
Aku merakamkan bait-bait azan yang dilaungkannya. 

Kami solat berjemaah bersama sebelum satu pun penduduk di situ datang untuk solat maghrib. 

Selesai solat, kami keluar dari masjid dan menuju ke khemah untuk membantu.  Aku mengedarkan apa yang patut.  Syukur alhamdulillah...  Lori-lori bantuan tidak terkena bom mahupun tempiasnya... 

Aku mengedarkan makanan ke semua penduduk.  Ada yang menangis.  Meratapi pemergian anak kecilnya. 

Aku mentabahkan diri dan memberikan makanan untuknya. Selesai mengedar kesemua barang keperluan mereka...  Aku menyertai para petugas lain untuk mengebumikan jasad-jasad penduduk yang menjadi mangsa. 

Pengebumian itu diiringi esak tangis keluarga masing-masing termasuk aku. 

Tiba waktu isyak...  Kami semua ke masjid untuk menunaikan sokat isyak berjemaah. 

Selesai solat...  Tiada satu pun dari mereka yang keluar dari masjid.  Mereka semua bertafakur,  berdoa,  membaca al-quran dan bermacam lagi. 

Aku memerhatikan keadaan sayu itu dan turut mengikuti mereka untuk berdoa demi kemenangan dan keamanan kota itu. 

Selesai sahaja... Aku menuju ke khemah.  Mencari ilhan.   Sedang aku mencari-cari...  Seseorang menjentik sanggulku.  Aku toleh..

"ilhan!" marahku. 

"ahhah... Cari saya?" tanyanya. 

"ya.  Jom.  Semua sedang berehat.  Jadi saya nak ajak awak jalan-jalan di sekitar. Alhamdulillah tak banyak mangsa yang terkorban...  Saya harap malam ni tiada serangan dari para zionis... "

Ilhan senyum. "aamin...  Awak nak ajak saya jalan ke mana?" tanya ilhan. 

......

Aku duduk di satu batu...  Diikuti ilhan.  Tapi jauh sikit.

"esok saya balik Malaysia...  Awak nak ikut? Keluarga awak mesti rindukan awak" ujarku.

"saya ada terfikir nak balik Malaysia...  Tapi saya rasa..   Penduduk di sini lebih memerlukan saya... " balas ilhan tenang. 

"awak...  Walaupun macam tu...  Keluarga awak tetap nombor satu. Boleh awak ikut saya balik Malaysia? Kita akan berada di Malaysia selama seminggu dan kita akan kesini lagi.  Dan masa tu...  Saya bercadang untuk kekal tinggal disini juga..."

"kali ini saja" balas ilhan.  Dia pun tidak tahu kenapa dia mengikut sahaja apa yang dicadang oleh aku. 

Bersambung...

setitik cinta buat syafiraWhere stories live. Discover now