14

19 0 0
                                    

Setelah sekian lama kami duduk di syria.  Kami dipanggil untuk ke Malaysia untuk menjadi tetamu khas dalam satu event di sekolah di kuala lumpur. 

Aku dan ilhan berat hati ingin meninggalakan kota syria.  Tetapi kami tiada pilihan. 

Sesampainya kami di kuala lumpur...  Aku menyediakan projek pembentangan aku.  Kami dikehendaki memberi ceramah khas tentang syria.  Aku yang tak pernah ada pengalaman berceramah,  menjadi cuak. 

Setibanya kami di sekolah itu,  kami disambut dengan begitu meriah sekali.  Aku tidak begitu senang kerana asyik memikirkan nasib penduduk syria. 

"assalamualaikum...  Dan selamat sejahtera...." ilhan memulakan perbicaraan. 

Setiap bait kata-katanya,  dihadam oleh setiap pelajar dan guru-guru yang ada.

"setiap pengalaman yang kami dapat dengan menetap di syria...  Membuatkan kami merasakan...  Kepuasan yang kami inginkan selama ini ialah dengan setiap senyuman yang kami terima dari setiap kanak-kanak dan penduduk di sana. Bayangkan jika anda semua berada di tempat mereka...  Walaupun mereka ditindas,  walaupun hari demi hari...  Mereka kehilangan ramai orang yang mereka sayang...  Mereka tetap matang menempuh segala yang datang.  Mereka tetap ketawa apabila diberitahu sebarang jenaka. Tidak terpalit rasa risau di hati mereka.  Kerana mereka tahu...  Allah memerhati mereka.  Allah akan sentiasa melindungi mereka.  Jika tidak di dunia.. Mungkin dia akhirat nanti.  Wallahualam...  Adik-adik yang sekarang sedih dengan kehilangan kekayaan yang ada...  Ingatlah bahawa kanak-kanak di syria yang tidak mempunyai apa-apa berasa sangat bersyukur walau harta yang mereka ada hanyalah apa yang ada di tubuh mereka." 

Aku menangis tapi cepat-cepat aku lap.  Taknak orang tahu. Aku memaparkan gambar-gambar kanak-kanak di syria di layar lebar yang disediakan. 

Selesai sahaja acara itu,  satu tepukan gemuruh dihadiahkan kepada aku dan ilhan. 
...

Kami kembali ke rumah kami untuk berehat seketika dan keesokkannya kami akan bertolak ke syria sekali lagi bersama dengan rakan-rakan sekerja yang sama.  Ada juga ahli baru.  

Setibanya kami di syria..   Kami menjalankan aktiviti kami seperti biasa. 

Pada waktu malam...  Satu serangan berlaku.  Kali ini tentera zionis makin mengganas.  Kira-kira lebih 30 bom dilepaskan di udara.  Paramedik yang ada langsung tidak mencukupi.  Jumlah mayat yang menjadi mangsa bom dan peluru tentera zionis nelebihi 100 orang. 

Aku tetap meneruskan pekerjaanku bersama ilhan. 
Rakan sekerjaku ramai yang tertewas. Tiba-tiba satu bom dilepaskan diudara menjatuhkan dirinya ke lori bantuan yang kami bawa. Dan hasil dari itu,  satu letupan yang amat kuat berlaku.  Kesemua khemah pesakit yang mmberdekatan lori itu tercampak.  Aku menjerit dan menangis. 

Tiba-tiba kesemua penduduk lari. Ada yang menjerit-jerit.  Ilhan menarikku masuk ke dalam satu rumah.

"ada apa?" tanyaku. 

"ribut pasir. Tundukk!!!" arah ilhan menyelimuti badanku dengan selimut.  Aku menjerit kerana ilhan tidak menyelimuti dirinya sekali. 

Ya Allah...  Lindungi ilhan...  Lindungi suamiku.  Tidak putus doaku buat ilhan. 

Dapat aku rasakan satu angin yang kuat menyapa.  Kedengaran jeritan dan letupan.  Barangkali dari letupan helikopter atau jet tentera zionis diudara yang diserang ribut pasir. 

Tidak lama lepas itu...  Keaadaan kembali tenang.  Aku membuka selimut yang melindungiku dari ribut pasir. 

Aku mendapati ilhan berada di sebelahku. Terbaring lesu.  Dipenuhi pasir. Aku mula. Menangis dan menariknya. 

Aku membersihkan pasir dimuka dan dibadannya. 

"bangun sayang...  Bangun..." pintaku dengan esakan yang tidak dapat dibendung lagi. 

Aku mengucup dahinya...  Aku belai ubun-ubunnya...  Ya Allah..   Selamatkanlah dia..   

Tiba-tiba,  ilhan bangun dan batuk-batuk.  "sayang ada air tak? Saya rasa saya tertelan pasir" ujar ilhan.  Aku tergelak dan memeluk tubuhnya dengan tangisan kesyukuran.  Ya Allah....  Syukur ya Allah..   

Aku memapahnya keluar dari rumah yang kami masuk. 

Ya Allah....  Keadaan serabut.  Ramai yang terbaring diselaputi pasir.  Ada yang duduk, menangis.  Khemah yang disediakan tiada satu pun yang elok.  Sesetengah rosak,  sesetengah tercampak jauh gara-gara ribut yang menyerang.  Terdapat bangunan yang hancur dan ada juga serpihan helikopter yang meletup.  Jet yang terhempas.  Dan mayat-mayat yang bertaburan gara-gara letupan lori bantuan. 

Bersambung...

setitik cinta buat syafiraWhere stories live. Discover now