15

32 1 0
                                    

Aku menempatkan ilhan di satu lori bantuan yang terselamat. 

"saya pergi ambilkan air untuk awak" terus aku menggeledah lori untuk mencari bekalan air yang tinggal.  Jumpa sahaja air, aku menghulurkannya kepada ilhan.

"terima kasih sayang" balas ilhan dan meminum air itu. 

"banyak tak bekalan air yang tinggal?" tanya ilhan.  Aku angguk. 

"ada satu lagi lori.  Dekat situ mesti banyak air.  Saya pergi cek sekejap"

Terus aku menuju ke lori bantuan ke-3. Aku tersenyum gembira apabila melihat terdapat banyak bekalan air yang ada.  Aku, ilhan dan petugas yang tinggal mengedarkan air kepada penduduk syria yang tinggal.  Ya Allah...  Kuatkan mereka... 

Kami mengebumikan mayat-mayat yang ada.  Mayat rakan sekerja.  Mayat kanak-kanak.

Keesokkannya...  Serangan demi serangan berlaku.  Aku hanya mampu berdoa. 

Setelah serangan telah reda..  Aku dan ilhan ke masjid dan melaksanakan tanggungjawab kami terhadap Allah.  

Kami berjalan di sekitar masjid.  Aku memikirkan nasib penduduk kota syria.  Aku mengalirkan air mata. 

"jangan nangis sayang....  Selagi hayat kita masih ada... Kita jalankan tanggungjawab kita dengan menolong umat islam." ujar ilhan.  Aku memeluknya.  Dadaku sesak.  Hanya tuhan yang tahu betapa aku takut untuk menempuhi perkara yang akan datang. 

"jangan tinggalkan saya" 

Dia senyum dan peluk aku makin erat. 

Kami menyambung tugasan.  Tetapi kali ni sangat  mencabar.  Terlalu ramai yang terkorban dan ahli kami terlalu sikit untuk membantu. 

Tiba-tiba..
Datang 5 lori bantuan baru ke lokasi kami.  Kami masing-masing melakukan sujud syukur. 

Seramai 50 orang datang untuk membantu.  Kami dikehendaki untuk berehat. Aku dan ilhan melelapkan diri di satu khemah khas untuk kami. 

Setibanya waktu malam...  Satu bunyi kuat yang melanda mengejutkan aku dari tidurku.  Aku mencari kelibat ilhan tetapi tiada.  Aku mula panik. 

Aku memanggilnya tetapi tidak ada suara yang menyahut.  Aku keluar dari khemah dan kaku melihat suasana sekeliling yang terbakar sana-sini.  3 daripada 5 lori bantuan yang sampai tengah hari tadi terbakar.  Hampir kesemua dijilat api. 

Satu tangan menarikku untuk memasuki perkarangan rumah batu yang setengah hancur. Aku menjerit tapi mulutku ditekup olehnya. 

"syyy...  Ni sayalah... " bisik lelaki itu.  Aku memandangnya dan memeluk lelaki itu. 

"apa dah jadi?"tanyaku.

"tentera zionis turun untuk mengambil mayat rakan diorang yang mati sebab ribut pasir masa tu.  Diorang mungkin anggap, ianya salah kita.  Jadi dia letupkan dan mula mengganas." jelas ilhan. 

Aku mula panik.  Bila-bila masa je mereka boleh menembak kami.  Kami  menyorok di perabot yang rosak. 
Apabila kami merasakan situasi sudah selamat...  Ilhan keluar dulu untuk memastikan situasi selamat. 

Aku mengikuti jejak ilhan dan kami masuk ke dalam lori bantuan.  Dimana,  ramai penduduk yang terselamat ditempatkan disitu.  Kesemua mereka diam dan menyambut kedatangan kami. 

"semua sudah selamat" ujar ilhan dalam bahasa arab.  Kesemua mereka menarik nafas lega. 

Selepas kejadian itu,  israel tidak kerap menyerang syria dan aku dan ilhan diarahkan untuk balik ke Malaysia.  Berehat. 

Aku dan ilhan mengucapkan selamat tinggal kepada semua penduduk yang terselamat.  Dan kamj sempat menghadiahkan anak patung dan coklat untuk kanak-kanak di sana. 

Dalam perjalanan kami ke Malaysia...  Kami masih lagi memikirkan nasib apa yang menanti mereka di syria.  Tapi kami lega juga kerana salah seorang dari aku dan ilhan,  tiada satu pun yang cedera parah. 

Setibanya kami di Malaysia.... Kami menarik nafas lega... 
Kami ditempatkan di hospital untuk rawatan dalaman. Syukur kami tidak apa-apa. 

Seminggu kemudian...

Aku berjalan di persisiran pantai ditemani dia yang halal untukku.  Dia yang ada tatkala susah dan deritaku di syria...

Dia setia memegang tanganku. Aku memberhentikan langkah.  Dia terus berjalan sampailah dia sedar pegangan tangannya terasa ditarik olehku.  Dia menoleh... Dan datang kepadaku. 

"ilhan.." ujarku lembut.

"syafira.. " balasnya dan tersenyum. 

"ilhan... Dia jejaka yang mencuri hati. Dia jejaka yang tidak jemu mengajarku untuk menikmati keindahan sejati. Dia yang tidak jemu mendekatkan aku dengan kuasa Allah SWT yang sakti.. " ujarku lembut sambil memandang matanya. 

Ilhan tersenyum dan mengeratkan pegangan tangan kami. 

"dia... Suamiku...  Syurgaku.. " sambungku. 

Ilhan gelak.  "puitis betul awak ni..  Comel" balas ilhan dan mendepakan tangannya.  Aku datang kepadanya dan memeluknya erat.  Dia mengucup dahiku lembut. 

Dia tetap menyayangiku sepenuh hatinya. Tidak sedikitpun cintanya tidak diberikan kepadaku.  Walau setitik cinta itu.  Ianya buatku.. 

______________________________________________

Kami masih lagi meneruskan operasi bantuan kami.  Bukan sahaja di syria,  malah palestin,  dan bermacam tempat lagi. 

Bersama kita menolong saudara kita di sana..  

Inilah kisah kami... 

~~tamat~~

setitik cinta buat syafiraWhere stories live. Discover now