8

22 1 0
                                    

Dia mula meletakkan minyak ke tangannya dan menyentuh kakiku.  Aku menahan sakit yang bukan kepalang.  Aku menekup mulutku supaya tidak menjerit. Dia mula mengurut kaki aku dengan tekanan kuat.  Aku menjerit dalam tekupan mulutku.

Aku mengalirkan mata.  Hanya tuhan yang tahu betapa sakitnya.

"dah siap."

Aku melepaskan tekupan mulutku.  Aku mengelap air mataku.

"cuba gerakkan sikit" arahnya.  Aku terus menggerakkan kaki aku. 

"better?" tanyanya.  Aku angguk. "thank you" dia senyum. 

"kenapa awak buat keputusan untuk tinggal di sini?" tanyaku. 

Dia senyum.  "sama seperti awak...  Kenapa awak datang sini memberi,  menolong dan menyumbang kepada penduduk kota ini." balasnya.

Aku terpana.  "saya rasa..  Kepuasan dunia yang saya cari selama ini ialah setiap senyuman dari penduduk kota ini.  Tidak kira lelaki atau perempuan.especially kanak-kanak." jelasnya lagi sambil mengemas ubat-ubatan. 

Aku senyum.  "macam mana dengan awak? Apa tujuan awak datang ke sini dan apa kepuasan yang awak rasa awak dapat dari kota ini?"

Aku menarik nafas  dan memulakan ceritaku dengan tenang. 

"saya datang ke sini untuk menegakkan keadilan.  Saya tak tergamak untuk berasa selesa padahal saudara seislam saya disini mempertaruhkan nyawa mereka. Saya di sana duduk,  tidur,  dan berdiri di tempat yang selesa sedangkan mereka disini derita,  bercucuran air mata...  Tak mungkin bagi saya untuk membiarkan mereka."

Aku mengalirkan air mata. Dia hanya tersenyum tenang. 

"kepuasan yang awak dapat?" tanya ilhan.

Aku menarik nafas,  menahan segala rasa yang terbuku di hati..

"saya nak atau dapat menjadi ibu angkat kepada anak-anak di sini... Dan sama seperti awak...  Kepuasan saya dalam senyuman mereka..." sambungku. 

Aku menangis lagi.  Aku nak jadi ibu kepada diorang sebab aku taknak diorg tak ber-ibu dan bapa macam aku... 

"reaksi awak sama macam saya masa first time saya jejak kaki di sini.  Saya menangis,  meratapi pemergian setiap penduduk kota ini... Menangislah....  Jika perkara yang awak tangisi itu sangat berharga dan bernilai..." balas ilhan. 

Aku mengelap air mata aku.  "saya lapar..  Awak dah makan?" tanyaku.

Dia gelak.  "belum.  Awak makan dulu.  Saya nak jalan-jalan ambil angin. Awak pun patut jalan-jalan sikit.. Kalau nak kaki tu elok cepatlah" ujarnya dan melepaskan satu senyuman manis. 

Aku mencebik dan cuba bangun.  Tau-tau jatuh. 

Ilhan tengok aku dengan muka berlagak.  Okay takpe.  Kita buktikan kat dia.  Mehh-mehh.   Aku try bangun dengan bantuan kerusi dan jalan.  Tuh pun terhinjut-hinjut.  Aku menuju ke tempat kanak-kanak itu bermain tadi.

"kenapa dengan kaki kakak?" tanya salah seorang dari kanak-kanak itu dalam bahasanya sendiri. 

"tiada apa-apa.. Sikit sahaja ini" balasku dan tersenyum. 

"betul kah?" tanya budak itu lagi.

"yaa,  betul...  Tengok ini" aku menggerakkan kaki aku dan melompat.  Aku menahan sakit dengan menggigit bibir aku. 

Budak tu teruja betul.  "mari main lagi!" ajak budak itu.

Adoii! Main ting-ting pakai kaki kanan. Kaki kanan akula yang sakit nih.  Gimanaaa?!!

Aku senyum.  "jom!"

Aku melempar batu dan cuba untuk melompat. 

1...

2...

3...

4...

Lompatan ke-5 buatkan kaki aku menggeletar.

Dan lompatan ke-6 buatkan aku makin sakit.  Aku menahan sakitku dengan menggigit bibir dan menggenggam tangan.

Baru nak lompat yang ke-7 kali...  Tau-tau lengan aku kena tarik dengan someone. 
Aku pusing... 

"ilhan?"

"jangan teruskan lagi kalau awak sakit boleh tak?!" marah ilhan dengan bahasa malaysia supaya tidak difahami oleh kanak-kanak di situ. 

Aku tepis tangannya.  "saya taknak kanak-kanak ni tahu saya sakit padahal mereka lebih sakit dan derita dari saya." balasku dan ingin meneruskan. 

Kanak-kanak disitu memandang kami pelik.  Mungkin kerana tidak memahami apa yang kami cakap.

"biar mereka tahu, mereka faham.  Mereka tidak akan terasa" sambung ilhan lagi.

"dan kenapa awak bercakap dalam bahasa Malaysia kalau awak nak mereka tahu?" tanyaku lagi dan tersenyum. 

Aku meneruskan lompat.  "Tinggal 4 lompatan lagi dan saya akan sampai" ujarku tanpa memandang ilhan. 

7...

Tiba di petak ke-8. Dimana batu yang aku baling ada di situ.  Aku melompat mengelak petak itu dan mengambil batu itu.

9... Kaki aku mula menggeletar. 

10. Aku berjaya menghabiskan lompatan. Dan terjatuh.  Aku memeluk lututku dan menangis. 

"kakak tak apa-apa?" tanya seorang budak lelaki kepadaku.

"kakak tak apa-apa... Sudah...  Pergi makan.  Nanti kamu semua lapar" balasku tanpa melihat muka budak itu. 

Kedengaran larian kanak-kanak itu semakin jauh dariku.  Aku mendongak.  Ilhan menarik lenganku dan membantu aku bangun dan mengiringku ke khemah. 

Sampai di khemah,  "rest well... Jangan lupa makan malam ni. Kalau awak nak pergi mana-mana...  Panggil saya.  Jangan gerak seorang" pesan ilhan.  Aku cuma membuat isyarat tangan menunjukkan tanda okay. 

Dia kemudian keluar dari khemah dengan senyuman. 

Aku tak faham betul.  Tadi marah.  Sekarang cakap slow lepastu senyum.  Pelik-pelik. 

Aku merehatkan diri aku. 

Bersambung...

setitik cinta buat syafiraWhere stories live. Discover now