04 • Homework

9.4K 944 49
                                    

— Maths —





Ain menapak masuk ke dalam kelas dan tiba-tiba Farah menerpa ke arahnya.

"Weh weh, Ainnnn! Kau dah siap ke homework Maths yang cikgu bagi semalam? Pinjam weh, pinjam. Aku belum siap lagi!" Kata Farah kelam-kabut.

"Dah."

"Hah, bagi bagi! Cepat weh, nanti cikgu masuk!"

"Ye ye, saborlahhh."

Ain meletak begnya di atas kerusi lalu mengeluarkan buku latihan Matematik. Tak pasal-pasal bukunya dirampas oleh Farah. Haih... siapa yang ada kawan macam ni, mohon bertabah.

Sepuluh minit berlalu, Puan Rosha masih belum masuk ke dalam kelas.

"Eik? Mana cikgu ni? Tak pernah-pernah lambat masuk kelas."

Farah menyimpan alat tulisnya ke dalam bekas pensel. Dia baru saja selesai menyiapkan kerja rumah Matematik dia.


"Hahahahah!" Tawa Ain terlepas.

"Kau dah kenapa gelak?"

"Haih, Farah.. Farah.. kau lupa ke cikgu kata hari ni dia ada kursus kat luar?" Ain sambung ketawa.

Melopong mulut Farah.


"Ha'ahlahhh. Dah tu kenapa kau tak ingatkan aku?? Eyyy, kau nih! Punya gelabah aku siapkan kerja tadi!" Farah mencampak buku latihan Ain pada muka gadis itu.

"Woi, buku aku! Kuajor mu!"

"Padan muka hang."



Ain menyelak bukunya untuk tengok balik kerja rumah yang disiapkan olehnya semalam dengan Airil.





• Flashback semalam •





"Kau reti tak buat ni?" Tanya Airil. Dahinya berkerut seribu, penat mengajar Ain.

Ni baru dua jam. Belum lagi dua hari. Dua minggu.

Ain menggeleng perlahan. Dia pun dah takut dengan Airil, asyik kena marah. Sampai Puan Dina tegur apa yang lantang sangat suara.

Betullah orang kata. Orang yang banyak diam ni, orang yang paling garang.


"Haih, sini aku ajar." Airil menarik buku latihan Ain dekat dengannya.

Satu persatu dia ajar supaya Ain tak terlepas satu pun langkah kerja.








"Ohhh... like that~ halah, senang jer. Cikgu pi putar belitkan. Eyyy, menyusahkan orang." Marah Ain.

"Tak payah nak bising. Sekarang, aku nak kau buat balik soalan yang sama kat sini."

Sehelai kertas diberikan kepada Ain. Dia pun cuba menjawab soalan topik Matrices yang diberikan oleh cikgu.

Tak sampai tiga minit, Ain sudah siap.




"Nah. Betul kan?"

Airil menyemak jalan kerja dan jawapan Ain.

"Kau jawab ke kau hafal jawapan dia?"

"Ehh, aku jawablah. Tak ada masa aku nak menghafal." Ain menjeling.

"Jeling lagi. Aku korek biji mata tu kang."





• End of flashback •





"Woi... woi!" Farah memetik jari di depan Ain, menyentakkan gadis tersebut.

"Ah- apa dia kau?"

"Amboi... sampai tersenyum sendiri tu dah kenapa? Teringatkan kekasih hati ke?" Usik Farah.

"Tak adalah. Kau ni suka memandai."

"Hahaha, dahlah weh. Sekarang waktu Biologi kan? Jom pergi makmal. Nanti cikgu marah kang sebab lambat."

Ain dan Farah membawa buku serta alat tulis mereka lalu bergerak ke makmal Biologi bersama rakan sekelas yang lain.





~~~~





Kringggg!

Loceng waktu balik berbunyi. Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas ingin pulang ke rumah masing-masing.

Ain berlari, mengejar Airil yang sedang berjalan menuju ke kawasan tempat letak motosikal.

"Airil! Airil..!"

Langkah dihentikan lalu Airil menoleh apabila terdengar namanya diseru.

"Apa?"

"Hari ni ada kelas kan?" Tanya Ain tersenyum.

"Hm." Airil mengangguk dan melangkah pergi.

Monyok terus muka Ain.

Ya Allah, kenapalah sombong bebenor hamba-Mu yang satu tu?




"Sabar jelah weh. Orang sombong memang macam tu. Kau kena faham." Ujar Farah sambil memegang bahuku.

"Itulah. Seksa aku kena belajar dengan dia."

"Hahahah. Nasib kaulah, kawan."


Ain dan Farah berjalan menuju ke pagar utama sekolah.

"Haih... rindu pula dekat pujaan hatiku." Ain tiba-tiba bersuara dan tersenyum sendiri.

"Oh, ha'ahlah. Lupa pula aku pasal dia. Bila dia nak balik eh?" Tanya Farah.

"Minggu depan. Hurm, lamanya dia bercuti."

"Eh, hakak ni rindu sangat nampak hahaha. Okey weh, mak aku dah sampai dah tu. Jumpa nanti."

"Byeee." Ain melambai ke arah Farah sebelum kereta emak Farah meninggalkan pekarangan sekolah setelah gadis bertudung sekolah itu melangkah masuk.


Ain duduk di pondok kecil yang dibina tidak jauh dari pagar utama sekolah. Sesekali jarinya bermain dan memintal hujung rambut hitamnya yang diikat satu.

"Meow~" seekor kucing berbulu oren berjalan di sekitar kawasan Ain berada.

"Alololoo... comelnyaaa~ meow. Meow." Ain cuba menarik perhatian kucing tersebut.

Namun, kucing tersebut memanjat dinding sekolah dan melompat keluar. Seakan-akan tidak perasan akan kewujudan gadis itu di hadapannya.

"Hmph, kucing pun sombong macam dia. Tak nak layan aku."




Beberapa minit kemudian, Encik Naem iaitu papa kepada Ain tiba di sekolah. Gadis tersebut menapak masuk ke dalam kereta Toyota C-HR jingga milik papanya lalu kereta itu pun meluncur laju pulang ke rumah.





❤️❤️❤️

MathsWhere stories live. Discover now