34 • Memories

5.7K 522 108
                                    

— Maths —





Part ni banyak flashback. Jadi minta maaflah kalau macam confusing sikit. Baca slow-slow k hahaha enjoy! 🤧💘





Keesokan harinya, Ain pulang dari sekolah dan terus mandi untuk menyegarkan tubuh badannya. Cuaca di Malaysia ni memang panas memanjang aje. Bila dah hujan, lebat sangat pula. Haih.

Bersyukur sajalah yang negara kita berada di garisan Khatulistiwa di mana cuaca dan arah angin baik-baik saja. Lepas tu, bencana alam pun tak mudah melanda negara kita. Cuma kadang-kadanglah, beberapa negeri ditimpa bencana. Tapi anggap sajalah ia sebagai ujian daripada Allah tanda Dia sayangkan kita. Sentiasa bersangka baik dengan perancangan Tuhan.

Okey, melencong ke cerita lain pula. Adoi...




Setelah menyarungkan baju bersih, Ain mengeringkan rambutnya dengan hair dryer berjenama Philips. Selesai itu, dia duduk di atas katil, memandang ke sekeliling biliknya.

"Sepahnya bilik aku... ya Allah, nak kena kemas ni." Omel Ain sendiri.

Dia baru perasan bahawa biliknya bersepah macam kandang kambing. Dengan katil yang tidak tersusun bantalnya, selimut tidak berlipat, buku-buku berselerak di atas meja belajar, lantai berhabuk. Haih...

Dengan malasnya Ain menyusun bantal-bantal di atas katilnya terlebih dahulu. Tilam dikibas-kibas lalu selimut dilipat kemas. Kemudian, buku-buku yang berselerak disusun dengan rapi di atas meja. Baju kotor di atas lantai dikutip dan dimasukkan ke dalam bakul baju yang disediakan dalam biliknya.

"Aduhhh, malasnya nak vakum lantai." Rungut Ain.

Dia melangkah keluar bilik dan mencari di mana terletaknya vakum. Ain masuk ke sebuah bilik yang dijadikan sebagai bilik penyimpan barang dan membawa vakum menuju ke biliknya semula. Plag vakum dicucuk pada suis lalu vakum dihidupkan.





Whiiiiirrrrr...!!


Bunyi vakum yang kuat kedengaran apabila butang hidup ditekan. Ain mula menggosok-gosok lantai menggunakan batang vakum itu lalu habuk di lantai disedut.

Setelah beberapa minit, Ain mematikan vakum lalu mencabut plag vakum tersebut. Sebuah butang pada vakum itu ditekan dan terus wayar vakum yang panjang tersebut masuk ke dalam badan vakum itu. Almari baju dibuka oleh Ain untuk mengemas isi dalam almarinya pula.

Korek punya korek bawah-bawah baju yang dilipat elok itu, tangannya terpegang sesuatu yang berbulu.

"Ahhh!" Terjerit Ain, sangkakan apa yang disentuhnya tadi ialah tikus.

"Ewww! Apa tuuuu??" Tanya dia sendiri. Mukanya menunjukkan reaksi geli.

Kelam-kabut Ain menarik baju-bajunya keluar dari almari dengan perasaan takut. Habis semua baju yang tadinya elok berlipat, kini berselerak di atas lantai pula. Hanya kerana ingin melihat apa yang berbulu tadi.








Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MathsWhere stories live. Discover now