42 • Gaduh

4.9K 546 61
                                    

— Maths —




Day 10

Faizz membaringkan tubuhnya di atas katil dan melepaskan keluhan berat. Dia baru saja selesai mengulang kaji pelajaran selama enam jam tanpa henti. Berehat pun untuk menunaikan solat saja. Tak ada selera langsung dia nak makan. Sehinggakan Puan Fatima mulai bimbang akan kesihatannya.

"Izz, meh la makan sikit. Kamu tu langsung tak makan dari tengah hari tadi tau. Makanan makan malam tadi mak su dah tolong panaskan dah. Makan ya, nak?" Suara Puan Fatima di luar bilik Izz kedengaran.

Izz mengeluh lagi.

"Yelah yelah, nanti Izz makan. Thank you, mak su." Ucapnya, masih terbaring di atas katil.

"Sama-sama. Mak su dengan pak su masih kisah pasal kamu tau. Risau bila tengok Izz tak makan seharian."

"Hmm..." Izz cuma bergumam mendengar kata-kata mak ciknya.

Kemudian, suasana sepi saja. Menandakan Puan Fatima sudah pun beredar pergi dari situ.

Tangan Izz mula menggapai-gapai di sisinya bagi mencari di mana telefonnya terletak. Telefon berjenama Samsung yang terletak di bawah bantal dicapai lalu dia menghidupkannya.

Wallpaper lock screen ditatap. Gambar dia dan Ain semasa mereka masih bersama. Wallpaper home screen juga merupakan gambar dia bersama Ain cumanya gambar lain.

Dia masih tak boleh move on dengan bekas kekasihnya lagi. Siapa saja yang boleh move on dengan kekasih mereka dengan begitu mudah? Lagi-lagi bila orang itu orang yang sudah kita kenali selama hampir 10 tahun?






Susah.

Sangat susah bagi Faizz. Lebih-lebih lagi bila dialah punca hubungannya dengan Ain putus. Dia tak akan dapat memaafkan diri sendiri sehinggalah Ain kembali bersamanya. Wanita itu begitu bermakna dalam hidupnya.





~~~~





Ain merehatkan diri di dalam biliknya setelah selesai belajar bersama Airil pada pukul 9:30 malam. Dia menyandarkan diri di kepala katil dan membuka media sosial. Bila dia tengok tiada update atau berita baru di Instagram, dia membalas mesej yang dihantar oleh rakan-rakannya di WhatsApp.

Izz di sebelah lain, melihat status WhatsApp Ain online. Dia pun menggunakan peluang ini untuk menghantar mesej kepada wanita itu.





Ting!

Sebuah notifikasi keluar dari atas skrin telefon Ain semasa sedang sibuk dia berbual dengan rakannya di group mesej. Dia terus menolak notifikasi tersebut ke atas agar hilang dari pandangan tetapi Izz menghantar mesej lagi.

Lagi dan lagi.





Izz: Sara

Izz: nak jumpa kejap boleh?

Izz: dah lama kita tak keluar sama-sama

Izz: rindu tau 🥺





Ain masih belum membuka mesej itu. Dia hanya membaca notifikasi yang keluar tadi.



Nak jumpa? Hm... nak buat apa je?

Desis hati gadis itu.

Hatinya ragu-ragu memikirkan sama ada patut atau tidak dia membalas mesej itu.





MathsWhere stories live. Discover now