35 • Stay with you

5.6K 576 181
                                    

— Maths —





Hari ini hujung minggu. Ain duduk di dalam biliknya, memikirkan peperiksaan SPM yang akan tiba dua minggu akan datang.



Takutnya... SPM dah dekat. Result aku masih bercorak-corak lagi. Haih, macam mana ni?



Naik murung Ain memikirnya. Takut kalau dia gagal membanggakan mama dan papanya. Kedua-dua abangnya berjaya mendapatkan keputusan cemerlang. Dia sendiri masih belum yakin dengan dirinya sama ada dia boleh menjadi seperti abang-abangnya atau tidak.

Ain merenung kosong kertas Ujian Percubaan SPM Biologinya. Gred D.


Aish, susahnya Biologiiii!


Nak menangis Ain.

"Macam mana niii? Ya Allah, tolong akuuu."

Otak Ain ligat memikirkan cara untuk menjadi pandai seperti Airil. Airil dapat B+ untuk Biologi.



Ish, kalau Airil pun tak boleh dapat A, macam mana pulak aku? Hurmmmm.













Tiba-tiba, Ain mendapat satu idea.




"Yes, Airil!"





~~~~





Esoknya...

"Err... Airil." Panggil Ain lalu dia berfikir sebentar.





Nak tanya ke tak ni?




"Ta-takde papelah."

Gadis itu menggeleng-geleng kepalanya. Pandang saja muka Airil, terus tak jadi nak cakap. Sejak di sekolah tadi, Ain memanggil Airil tapi tak jadi nak meluahkan kata-katanya.

Semasa masuk ke dalam kelas, waktu rehat dan waktu balik juga. Banyak kali dia cuba tenangkan diri tapi gagal bila memandang muka Airil.

Sekarang tengah belajar bersama-sama pun masih gagal nak meluahkan ayatnya.

"Kau ni dari tadi panggil aku, tapi takde pape pula. Nak cakap, cakap jelah. Takut apa?"

"Urm... takdelah. Akuuu... hurm..."

Ain membuat muka sedih. Takut betul nak cakap pasal ni.

"Kenapa? Cakap jelahhh. Kau takut-takut apa ni?" Tanya Airil hairan.

"Takdelah. Erm... kau tahu kan lagi dua minggu kita nak SPM?"

"Ahhaa.. so?"

"Akuuuu... skhdjsjd weh takutlahhh. Huhuu~!"

"Ya Allah, weh nak takut apa? Aku bukannya makan orang pun. Cakaplah." Dahi Airil berkerut memandang Ain. Stres pun ada tengok Ain gelisah semacam.

"Janji dengan aku kau tak marah kalau aku cakap ni?"

"Dah kenapa pula aku nak marah? Kau bukannya buat salah pape pun."

"Janji cepat!" Tegas Ain bersuara.

"Fine, aku janji."

Ain membisu seketika sebelum bersuara.

MathsWhere stories live. Discover now